27 July 2010

Trio skuad simpanan dihantar pulang

3 pemain skuad simpanan Arsenal di hantar pulang Wenger selepas masing-masing mengalami kecederaan.. Henri Lansbury dan Craig Eastmond mengalami kecederaan semasa membantu Arsenal menang 3-0 ke atas Sturm Graz sementara Conor Henderson bergelut dengan kecederaan yang di alami beliau sejak menentang Barnet..

Mengikuti mereka bertiga ialah bek kiri, Armand Traore.. Namun jangan risau kecederaan mereka tidak serius.. Fans Arsenal mungkin berpeluang melihat aksi mereka di Emirates Cup nanti jika mereka berjaya sembuh selepas dijangkakan Fabregas dan Van Persie masih tidak akan menyertai pasukan..

Sementara itu Sol Campbell sah akan meninggalkan Arsenal sekali lagi dengan beliau menerima lamaran Newcastle United.. Campbell akan menjalani ujian perubatan semasa artikel ini ditulis.. Jadi Wenger secara rasminya terpaksa mencari pertahanan baru jika Campbell disahkan sebagai pemain Newcastle.. Adios!!

1 comments:

Sazly Salfarina said...

Memang kene carik defender. Musim lepas menyaksikan arsenal menjaringkan banyak gol, tapi melepaskan banyak jugak gol. C'mon wenger, ramai defender kat luar tu yang teringin nak main untuk arsenal.

27.7.10

Post a Comment