15 July 2010

Sergio Busquets komen tentang Fabregas

Akhirnya ada jugak pemain Barcelona yang merespect Arsenal.. Pemain tersebut ialah Sergio Busquets.. Busquets mengakui dia akan gembira jika Fabregas menyertai Barcelona.. Namun Busquets menegaskan yang mereka perlu menghormati Arsenal.. Ini apa komen Busquets..

"He is a great player that would add a lot to the team, but we have to respect that he is owned by another club that is not Barcelona, that he is an Arsenal player and, for the time being, there's nothing to be done.."

Setakat ini Gerard Pique, Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Lionel Messi merupakan pemain yang mahukan Cesc Fabregas menyertai mereka musim panas ini.. Namun apa yang dilakukan Gerard Pique dan Carlos Puyol langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap Arsenal yang memiliki Fabregas sehingga 2014..

Sementara presiden Barcelona pula x faham bahasa.. Arsenal dah sah2 x berminat nak melakukan perbincangan untuk menjual Fabregas.. Dia x habis-habis nak buang masa menyakitkan hati orang.. Karang Arsenal ambil tindakan mahkamah karang baru tahu.. Menyeseal x sudah nanti..

Okey lupakan pasal Cesc Fabregas.. Spy Atikah melaporkan Arsene Wenger dan Harry Redknapp sedang bersaing untuk mendapatkan penyerang berusia 17 tahun England yang berbakat besar iaitu Connor Wickham daripada Ipswich Town yang kini sedang dilanda hutang..

Ipswich telah meletakkan tanda harga sebanyak 10 juta pound untuk khidmat pemain kelahiran akademi mereka ini.. Namun Redknapp dilaporkan hanya bersedia untuk membayar 8 juta pound untuk khidmat Connor.. Namun persoalannya ialah adakah Wenger bersedia untuk membayar 8 ke 10 juta pound untuk khidmat pemain berusia 17 tahun??

Menurut spy Atikah.. Connor dilaporkan merupakan klon Wayne Rooney.. Walaupun baru berusia 17 tahun.. Connor cukup tinggi.. Ketingiannya sekarang ini ialah 1.91 meter.. Connor merupakan tonggak penting dalam skuad England U-17 yang memenangi kejuaraan Eropah bulan Mei yang lalu..

Menurut apa yang diceritakan spy Atikah.. Connor Wickham boleh tahan hebatnya.. Connor bukan sahaja mampu menjaringkan gol namun dia juga mampu memperdayakan pertahanan.. Badannya pun boleh juga dikatakan agak tegap iaitu sesuatu yang kurang dalam skuad Arsenal dan skuad simpanan dan belia Arsenal..

Atikah akan terus perhatikan perkembangan terkini tentang berita ini.. Jika ada sesuatu yang berlaku.. Atikah akan postkan di dalam blog ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment