You make us proud Rachel Yankey

Tugas kapten England sebelum ini merupakan milik seorang lagi pemain Arsenal Ladies, iaitu kapten pasukan, Faye White.. Namun disebabkan Yankey akan muncul pemain kedua yang memiliki cap ke-100, beliau diberikan penghormatan untuk mengetuai skuad England Ladies pada perlawanan menentang Turkey yang berkesudahan England menang 3-0..


Fuh lega Atikah dengar pemain-pemain Arsenal Ladies yang beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia ini.. Mereka semua masih berada di prestasi terbaik mereka.. Pada 8 Ogos ini iaitu tarikh yang sama Arsenal lelaki menentang Legia Warsaw, Arsenal Ladies akan beraksi di perlawanan persahabatan pertama mereka menentang Braintree Town Ladies..
Namun perlawanan skuad Arsenal Ladies ini awal 4 jam daripada perlawanan terakhir persahabatan skuad lelaki.. Atikah harap boleh tengok dua-dua game ini.. Adios!!
2 comments:
atikah tgk match arsenal lady kat mana?
30.7.10erm..gempak tul player arsenal erk..haha
MrZuried.. ntahla.. Atikah tengah mencari lagi.. nnt atikah bagi tau kalau atikah jumpa sebarang link streaming untuk game arsenal ladies..
30.7.10Post a Comment