09 July 2010

Bendtner, Almunia Koscielny & Chamakh story and history

Arsene Wenger menegaskan yang tahap kecederaan Nicklas Bendtner tidak perlu dirisaukan selepas terdapat kerisauan yang Bendtner berkemungkinan terlepas aksi awal pembukaan liga akibat kecederaan groin berulangnya.. Bendtner telahpun kembali daripada percutian untuk diperiksa staf perubatan Arsenal tentang kecederaannya..

Bendtner akan menjalani imbasan semalam (waktu London) untuk mengetahui bertapa seriusnya masalah kecederaannya.. Namun masih belum ada sebarang berita tentang tahap kecederaan Bendtner.. Tetapi Wenger menegaskan kecederaan Bendtner tidak serius..

Laman web Arsenal telah menafikan Arsene Wenger memberikan komen ini tentang Manuel Almunia.. "Manuel Almunia is a talented goalkeeper.. In training, he is superb, the only problem is that he gets nervous on big matches, thereby making silly mistakes.. After the World Cup we will be making an announcement on goalkeeping.."

Jadi siapa yang ada dengar tentang berita ini di mana Atikah x postkan di blog ini.. Diharap tidak mengambil peduli tentang berita ini memandangkan Arsene Wenger tidak pernah membuat kenyataan sebegini seperti yang dilaporkan..

Laurent Koscielny mempunyai sejarahnya yang tersendiri dengan seorang lagi pemain baru Arsenal iaitu penyerang Marouane Chamakh apabila musim lepas dia telah dilayangkan kad merah pada saingan separuh akhir liga selepas mengasari Chamakh.. Inilah kenyataan Koscielny tentang insiden tersebut..

"Yes [I was sent off for a challenge on Chamakh].. Bordeaux were champions at the time and I played the semi-final of the league cup against them.. I got a red card when I played against Chamakh, and now, funnily enough, we are both here at Arsenal.. It is bizarre, but we will have a story to tell the others and something to laugh about.."

Koscielny juga berjanji akan memberikan yang terbaik buat Arsenal walaupun mengakui tentang faktor fizikal di liga EPL.. Koscielny juga berharap agak hubungan baik Arsenal dengan pemain Perancis mampu membantunya menyesuaikan diri di Arsenal dengan secepat yang mungkin..

Sementara itu Arsenal kehilangan penjaga gol nombor 1 Portugal Eduardo dos Reis Carvalho kepada FC Genoa selepas perjanjian telah dimeterai di antara Eduardo, Genoa dan Sporting Braga dengan perpindahan berjumlah 4.5 juta pound.. Nampaknya Schwarzer dilihat akan ke Arsenal musim panas ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment