16 July 2010

Barcelona give up

Atikah boleh sahkan di sini yang kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas akan terus kekal di Arsenal selepas akhirnya Barcelona faham apa maksud Arsenal tentang Fabregas bukan untuk dijual di dalam sebarang harga selepas Arsenal terus menerus menolak sebarang tawaran untuk khidmat kapten pasukan ini..

Menurut spy Atikah baru-baru ini Wenger berkemungkinan telah memarahi presiden baru Barcelona tersebut semasa perjumpaan mereka di Afrika Selatan selepas Wenger berulang kali telah menegaskan yang Fabregas tidak pernah berjumpanya untuk membincangkan tentang masa depannya di Arsenal so Arsenal tidak berminat untuk menjualnya memandangkan Arsenal tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk menjual kapten pasukan mereka..

Hutang Arsenal semakin berkurangan namun Arsenal masih berjimat cermat untuk memastikan kestabilan kewangan pasukan untuk jangka masa panjang.. Jadi Arsenal tidak terdesak untuk menjual Fabregas untuk menyelesaikan masalah hutang.. Sementara itu pula Barcelona baru sahaja mendapat pinjaman 150 juta daripada bank untuk melunaskan hutang mereka.. So akhirnya Atikah harap semua fans Arsenal berhenti risau tentang masalah ini..

Fabregas tidak akan ke mana-mana sekurang-kurang dalam masa setahun lagi selepas Barcelona akhirnya menyerah kalah dengan Arsenal yang terus melarikan diri daripada berbincang tentang perpindahan Cesc Fabregas.. Namun apa yang pasti Barca akan kembali semula menghantui Arsenal musim panas depan seperti kebiasaannya..

Arsenal boleh menghentikannya dengan syarat mudah.. Memastikan Wenger kekal memandangkan antara sebab Fabregas masih kekal ialah Wenger terus bersama Arsenal dan yang keduanya ialah memastikan Arsenal membawa pulang trofi ke Emirates Stadium.. Jika kedua-duanya mampu dilakukan Arsenal.. Tiada sangsi lagi Fabregas akan terus kekal di Arsenal.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

Hrmm..febregas memang patut di arsenal lagi,dia mahu melakar kejayaan bersama kelab arsenal pula selepas membawa pulang tropi piala dunia. Fan arsenal tertunggu-tunggu yang arsenal akan membawa trofi ke Emirates Stadium.

17.7.10

Post a Comment