29 July 2010

Giovinco ke Arsenal ??

Sebastian Giovinco yang sudah fed up aksi diketepikan di Juventus akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Juventus dengan Arsenal merupakan pilihan ut ama Giovinco selepas ejennya mengakui Giovinco cukup berminat untuk berhijarh ke Arsenal walaupun mendapat tawaran lumayan di tempat lain..

Namun ejen Giovinco mengakui masih belum ada sebarang tawaran daripada Arsenal dan mereka memberikan Wenger 10 hari untuk Wenger membuat tawaran.. "We have spoken to four teams in Italy regarding Giovinco.. I have heard of contact indirectly regarding Arsenal but I have not received direct contact from the club.."

"We are waiting to see who is formally interested, because he will definitely be leaving Juventus this summer.. There are also sides in Spain who are interested, so we are looking to find a solution for Giovinco in the next ten days.. If the interest of Arsenal is concrete, Giovinco would be interested because Arsenal are one of the top clubs in Europe.. If I hear of something directly from Arsene Wenger or a representative from Arsenal we would put all our attention on to the situation.."

Atikah sejujurnya amat gembira jika Wenger menandatangani pemain kecil Itali berusia 23 tahun ini.. Namun buat masa ini Atikah rasa Wenger tidak perlukan khidmatnya.. Kerana selagi Arshavin dan Nasri masih cergas selagi itulah Giovinco tidak diperlukan.. Kita sudah mempunyai banyak sangat pemain tengah..

Jadi Atikah berani katakan yang Wenger tidak akan membuat sebarang tawaran terhadap Giovinco.. Keranan bagi Atikah Wenger lebih berminat untuk membeli seorang lagi pemain pertahanan dan mungkin juga seorang lagi penjaga gol.. Dengan hakikat Wenger boleh menyenaraikan 25 pemain sahaja untuk kempem EPL musim depan menyukarkan lagi melihat Giovinco ke Arsenal..

Lainlah kalau Giovinco berusia 21 tahun.. Ianya mungkin boleh berlaku memandangkan menurut peraturan baru EPL selain 25 pemain dalam skuad dengan 8 daripadanya mestilah 'home grown', pasukan turut boleh menyenaraikan ramai pemain u-21 tanpa sebarang had.. Atikah giler punya benci peraturan baru ini.. Wenger apa lagi..

Tapi nasib baiklah posisi youth Wenger akhirnya ada guna jugak.. Tengok sebenci-benci mana pun kita dekat Wenger, Wenger sering jadi penyelamat.. Atikah harap Wenger kekal di Arsenal lagi selepas musim baru nanti.. Kerana tanpa Wenger silap-silap si Fabregas dan Van Persie blah.. Sebab kebanyakan pemain Arsenal main dekat Arsenal kerana Wenger..

Sementara itu, Wenger mungkin boleh menyelesaikan perjanjian Mark Schwarzer selepas Mark Hughes akan disahkan sebagai pengurus baru Fulham tidak lama lagi.. Tapi Atikah harap perjanjian tersebut tidak akan berlaku.. Kerana Atikah lebih berminat untuk melihat Marchetti ataupun Stekelenburg join Arsenal.. Ataupun baik x payah langsung..

Sebabnya Atikah sikit pun tidak mengemari Schwarzer.. Atikah yakin ramai fans Arsenal mengakui yang barisan penjaga gol sedia ada Arsenal ini jauh lebih bagus daripada Schwarzer yang tua-tua dia pun masih cenderung untuk melakukan kesilapan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment