08 July 2010

Welcome to Arsenal Koscielny !!

Atikah dengan gembiranya mengumumkan pembelian kedua Arsenal musim panas ini iaitu pemain pertahanan berusia 24 tahun, Laurent Koscielny yang disahkan sebagai pemain baru Arsenal selepas sekian lama fans Arsenal menunggu pengesahan rasmi daripada pengurusan Arsenal..

Koscielny akan menyarung jersi bernombor 6 yang sebelum ini dipakai Senderos yang kini sudah sah merupakan pemain pertahanan baru Fulham sebelum Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus Liverpool.. Wenger dengan gembiranya memuji Koscielny yang merupakan pertahanan nombor 1 pilihannya untuk di bawa masuk..

"Koscielny is a central defender with great ability who performed extremely well last season for Lorient.. We identified him as a very strong centre half, who has made big progress very quickly.. He has shown he is mentally strong, he's a fighter and a very strong competitor.. Koscielny is a great addition to our squad.."

Koscielny yang menandatangani kontrak jangka masa panjang (menurut laman web rasmi Arsenal) begitu teruja apabila disahkan sebagai pemain baru Arsenal selepas memujuk pengurusan Lorient untuk melepaskannya ke Arsenal..

"I'm very excited to be joining Arsenal.. They are one of the biggest teams in Europe with many great players.. I'm really looking forward to playing in the English Premier League and the Champions League with my new club.. Also, in Arsène Wenger, Arsenal has one of the best managers in the world and I can't wait to work with him and do my best for the Arsenal supporters.."

Menurut spy Atikah, Arsenal membayar 8.5 juta pound kepada FC Lorient untuk khidmat berserta 1.5 juta pound berbentuk bonus dan perjanjian tersebut juga menyaksikan pemain tengah skuad simpanan Arsenal Francis Coquelin ke FC Lorient secara pinjaman semusim.. Koscielny dijangka menerima gaji mingguan sebanyak 25 ribu pound (tidak termasuk bonus)..

Selamat datang Atikah ucapkan kepada Koscielny.. Harapnya ini bukanlah perjanjian terakhir Arsenal musim panas ini.. Atikah harap akan ada seorang lagi pemain pertahanan akan menyusul dan juga mungkin seorang penjaga gol dan seorang pemain tengah seperti Joe Cole.. Di sini Atikah postkan gambar Koscielny.. Adios!!

1 comments:

shahril said...

welcome to arsenal club....kedatangan anda amat dialukan di kem arsenal...the invisible 2010/2011 arsenal will come......

8.7.10

Post a Comment