Pernukaran nombor jersi & Eduardo berhijrah



Keputusan tersebut di ambil Eduardo selepas menerima nasihat daripada jurulatih negaranya.. Apa-apa pun Atikah mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Eduardo atas segala sumbangannya di Arsenal.. Jika bukan kerana kecederaan patah kaki 2 tahun yang lalu.. Eduardo pasti akan membentuk gandingan mantap bersama-sama Van Persie..
Sepanjang 77 perlawanan dengan 26 daripadanya sebagai pemain gantian Eduardo telah meledak sejumlah 20 gol.. 13 daripadanya dihasilkan pada musim pertamanya di Arsenal sebelum kakinya dipatahkan pemain Birmingham pada bulan Februari musim pertamanya di Arsenal..
Jika bukan kerana kecederaan tersebut.. Pastinya Eduardo akan beraksi lebih banyak perlawanan bersama Arsenal dalam tempoh 3 musim dan pastinya Eduardo akan meledak lebih banyak gol.. Namun sudah ditakdirkan yang Eduardo hanya kekal di Arsenal selama 3 musim.. So Atikah harap Eduardo berjaya di Ukraine dan harapnya kita boleh berjumpa dengan Eduardo dalam perlawanan Champions League nanti..

Namun 2 golnya pada perlawanan persahabatan yang lalu sepatutnya sudah mencukupi untuk Wenger terus memberikan peluang untuk Simpson yang kontraknya berbaki setahun lagi membuktikan kemampuannya.. Penyerang berbadan tegap yang akan berusia 22 tahun Disember ini jelas berbakat namun persoalannya ialah mengapa Wenger cukup tidak mengemari untuk memberikannya peluang??
Simpson disisihkan daripada 27 pemain awal ke kem latihan di Austria atas sebab yang Atikah tidak ketahui.. Dan keputusan tersebut membuatkan Atikah terkilan kerana Atikah cukup mengkagumi bakat Simpson dan dengan Eduardo semakin hampir meninggalkan Arsenal Wenger patut memanggil Simpson ke dalam skuad utama..
Mungkin fans Arsenal berminat untuk Wenger membeli penyerang baru.. Namun kehadiran Simpson sudah cukup untuk mengisi ruangan kosong yang ditinggalkan Eduardo nanti.. Simpson tegap, berbakat dan paling penting sekali dia mampu menjaringkan gol.. Sepatutnya ianya sudah cukup untuk Wenger memanggilnya..
Setiap kali beliau dipinjamkan, Simpson tidak pernah menghampakan.. Mungkin fans Arsenal risau Simpson tidak mampu beraksi cemerlang di Arsenal.. Namun statistik sudah cukup untuk membuktikan Simpson lebih daripada bagus untuk menyertai skuad utama Arsenal.. Inilah masanya Wenger..
Dengan Wenger semakin dikritik kerana kurangnya pemain tempatan.. Kehadiran Simpson mungkin mampu membantu melenyapkan kritikan tersebut.. Atikah harap Wenger fikirkanlah tentang perkara ini.. Kerana Arsenal sepatutnya tidak melepaskan bakat seperti Simpson ini.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment