02 July 2010

Rosicky mahu kekal

Tomas Rosicky menyangkal laporan yang 3 kelab Jerman menghampirinya.. Diketuai bekas kelabnya, Borussia Dortmund, Hamburg SV dan FC Cologne.. Rosicky menegaskan dia tidak menerima sebarang tawaran dan fokus utamanya ialah untuk menghadapi kempen pra musim bersama Arsenal..

"I have noticed that, but I don't know anything about it.. I am only interested in the pre-season schedule with Arsenal.." Sementara itu ejen Rosicky Pavel Paska mengatakan ada beberapa pasukan berminat dengan khidmat Rosicky namun Arsenal merupakan keutamaan Rosicky.. "There has been interest in Tomas, but his priority remains with Arsenal.."

Sejujurnya Atikah rasa Rosicky masih penting di dalam skuad Arsenal walaupun musim lepas Rosicky agak kurang konsisten.. Namun sumbangan 3 golnya musim lepas cukup penting untuk Arsenal dan ianya sudah cukup untuk mengatakan sumbangan Rosicky masih diperlukan Arsenal..

Lagipun musim lepas Rosicky masih bergelut dengan kecederaan-kecederaan kecil.. Almaklumlah 18 bulan Rosicky diketepikan.. Namun Rosicky masih tetap penting di Arsenal.. Atikah yakin musim depan jika Rosicky berjaya mengelakkan sebarang kecederaan kecil, Rosicky mampu menjadi tonggak penting Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment