Pre-match : Arsenal VS Barcelona

Arsenal bersiap sedia menanti juara bertahan Eropah, Barcelona di Emirates Stadium pada pukul 2.40 pagi ini yang akan disiarkan secara langsung oleh Astro ESPN.. Misi sukar tetapi ianya tidak mustahil Arsenal mampu memenangi perlawanan ini..

Thomas Vermaelen akan kembali membarisi skuad Arsenal selepas pergantungan perlawanan dengan Cesc Fabregas pula mempunyai peluang 40% untuk terlibat selepas mengalami lebam di lutut dan kakinya.. Namun Fabregas menegaskan yang dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan dia beraksi malam ini untuk mengetuai Arsenal menewaskan Barcelona..

Sementara itu William Gallas mengejutkan staf perubatan Arsenal apabila memastikan dirinya tersenarai dalam pasukan untuk menentang Barcelona awal pagi ini selepas kembali menjalani latihan dan kembali cergas.. Namun nasib berbeza kepada Campbell yang dijangka direhatkan kerana tidak cergas..

Namun fan Arsenal masih perlu menanti untuk melihat kembali kemunculan penyerang prolifik Arsenal, Van Persie apabila namanya tidak tersenarai.. Sementara itu Barcelona seperti yang Atikah maklumkan semalam akan beraksi tanpa Andres Iniesta..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS/SILVESTRE-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS------SONG------DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Namun jika Fabregas gagal melepasi ujian kecergasan atau hanya berada di bangku simpanan, Atikah menjangkakan Denilson atau Rosicky yang akan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Fabregas..

Perkara yang paling utama pertahanan Arsenal perlu lakukan malam ini ialah mengawal dengan ketat pergerakan Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic jika mahu mencerahkan peluang Arsenal menewaskan Barcelona dengan Song memastikan Xavi tidak mempunyai peluang untuk mencipta peluang gol untuk Barcelona..

Acara kemuncak malam ini sudah semestinya tidak lain dan tidak bukan kembalinya Theirry Henry buat pertama kalinya di Emirates Stadium sebagai seorang pemain Barcelona.. Namun pertarungan Fbaregas menentang bekas rakan sepasukannya di kelab remaja Barcelona iaitu Gerard Pique dan Lionel Messi lebih menarik perhatian..

Siapa yang lebih hebat?? Messi atau Fabregas?? Siapa yang akan mengetuai pasukan masing-masing untuk menang suku akhir Champions League first leg malam ini?? Adakah Arsenal berjaya membalas dendam atau Arsenal terus dikecewakan.. Dan adakah rekod 3 tahun lepas berjaya diulang kembali..

Arsenal tewaskan juara bertahan Eropah sewaktu iatu iaitu AC Milan dengan agregat 2-0 di peringkat yang sama?? Segala-galanya akan terjawab awal pagi ini.. Go Arsenal!! Adios!!
Read More

Injury Update ahead Barcelona

Okey Atikah nak minta maaf sebab x postkan berita terkini Arsenal minggu lepas disebabkan komputer Atikah buat problem pulak.. So sekarang dia okey jadi Atikah akan mulakan dulu dengan pengumuman berita baik.. Arsenal Ladies menjulang trofi pertama mereka musim ini selepas menewaskan Millwall dalam final London County Cup untuk post match sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia..

Cesc Fabregas memberikan berita gembira walaupun di dalam keraguan apabila staf perubatan Arsenal mengesahkan terdapat peluang untuk Fabregas mengetuai pasukan menentang bekas kelab remajanya selepas mengalami lebam di lutut dan kakinya semasa seri 1-1 dengan Birmingham minggu lepas..

Tiada sebarang perubahan di meja rawatan Arsenal dengan Gallas, Gibbs, Ramsey dan Djourou pasti akan disisihkan.. Namun peluang untuk RVP kembali pada perlawanan ini?? Hmm.. Biar Wenger jelaskan situasinya.. Wenger mengakui yang RVP akan diberikan peluang beraksi pada bulan April ini selepas kembali menjalani latihan minggu lepas..

Tapi Atikah rasa Van Persia x akan kembali minggu ini atau minggu depan selepas berehat cukup lama selepas ligamen buku lalinya terkoyak pada bulan November yang lalu.. Tapi apa-apa pun jangan kita buat andaian.. Biar Wenger jelaskan situasi Van Persie..

Namun berita yang baik untuk Arsenal dan dukacita untuk Barcelona ialah apabila Andres Iniesta mengalami kecederaan hamstring dan disahkan akan terlepas aksi pertama suku akhir Champions League di Emirates Stadium..

Atikah x sabar nak tengok perlawanan ini dengan Atikah yakin Arsenal mampu menewaskan Barcelona seperti mana mereka tewaskan AC Milan pada musim 2007/2008 yang lalu.. Fan Arsenal juga pasti tidak sabar untuk menyambut kepulangan semula Theirry Henry di Emirates Stadium.. Adios!!
Read More

Arsenal dipuncak

Arsenal berjaya berada di puncak liga buat kali kedua musim ini selepas menewaskan West Ham 2-0 walaupun bermain dengan 10 orang pemain pada keseluruhan babak kedua selepas Vermaelen dilayangkan kad merah pertamanya bersama Arsenal dan kad merah pertama sejak 99 perlawanan..

Denilson membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 selepas menerima lorongan dari Bendtner sebelum dia melepaskan rembatan cantik ke penjuru gawang gol West Ham dari luar kotak penalti..

Thomas Vermaelen dilayangkan kad merah selepas menolak pemain West Ham dalam last man challenge beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama.. Penalti yang diambil Diamanti mudah di baca Almunia untuk dia muncul penyelamat Arsenal..

Arsenal berjaya bertahan dengan kedudukan tersebut sehingga minit ke-82 apabila Upson menahan bola dengan tangannya di dalam kotak penalti dengan pengadil menganugerahkan sepakan penalti untuk Arsenal.. Fabregas dengan tenang menyempurnakannya untuk memberikan 3 mata penuh untuk Arsenal..

Robin Van Persie memberikan berita baik selepas Wenger mengesahkan yang Van Persie akan kembali bersama pasukan minggu depan.. Nampaknya Van Persie akan kembali beraksi semula bersama Arsenal x lama lagi..

Arsene Wenger memberitahu yang Ramsey memberikan berita positif apabila datang ke padang latihan Arsenal sebelum perlawanan menentang West Ham tanpa menggunakan tongkat!! Wenger juga memberitahu yang proses pemulihan Ramsey berjalan lancar seperti yang diharapkan dan Ramsey jelas sekali tidak sabar untuk kembali.. Adios!!
Read More

Arsenal bertemu Barcelona

Arsenal akan menentang juara bertahan, Barcelona dalam pusingan suku akhir Champions League.. Arsenal ditewaskan 2-1 dalam perlawanan akhir Champions League 4 tahun dahulu dengan beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Lehmann dilayangkan kad merah..

Almunia sudah semestinya mahu memastikan Arsenal menang kali ini selepas dia melepaskan 2 gol pada perlawanan dahulu di mana dia merupakan back up goalkeeper.. Namun yang paling menarik perhatian ialah kembalinya lagenda Arsenal iaitu Theirry Henry..

Namun kita lupakan perkara itu dahulu.. Kerana kita ada perlawanan yang lebih penting dan membimbangkan menentang West Ham United pada pukul 1.25 pagi ini dengan perlu menang perlawanan ini jika mahu terus memberikan cabaran untuk kejuaraan liga..

Cesc Fabregas akan kembali mengetuai pasukan selepas mengalami kecederaan hamstring.. Rosicky juga akan turut serta selepas melepasi ujian kecergasan selepas mengalami kecederaan.. Sementara itu Gallas mempunyai peluang 20% untuk kembali semasa menentang Barcelona.. Namun kecederaannya ini tidak akan menghalang perbincangan kontrak lanjutan Gallas..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN


Atikah harap kita menang perlawanan ini untuk memberikan cabaran kepada MU dan Chelsea untuk kejuaraan liga.. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 1.25 pagi ini.. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.. Adios!!
Read More

Arsenal are most prolific late scorers

Atikah kembali semula selepas merehatkan fikiran di Cameron Highland yang cukup sejuk dengan tanpa sekalipun Atikah terlupa tentang Arsenal.. Walaupun Arsenal tidak beraksi.. Ialah bila ada abang ipar yang minat Manchester United agak sukar x bergaduh pasal bola..

Arsenal disahkan setakat ini merupakan pasukan yang paling prolifik menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan mengatasi Chelsea, Liverpool dan Manchester United.. Dalam 3 musim Arsenal hanya gagal berada di atas pada musim lepas selepas Liverpool jauh lebih banyak menjaringkan gol pada minit akhir..

Happy Belated Birthday kepada Theo Walcott yang menyambut hari jadi yang ke-21nya semalam.. Sempena hari jadinya, lagenda Arsenal Ray Parlour memberikan pendapatnya terhadap aksi Walcott bersama Arsenal dan masa depannya bersama Arsenal..

Ray Parlour mengakui yang Walcott mampu menjadi tonggak penting Arsenal jika dia berjaya mengelakkan diri dari mengalami kecederaan serius.. Dan kita tidak terus mengatakan dia tidak bagus hanya disebabkan aksinya musim ini..

"Players like Theo Walcott have massive potential.. I would not say he has had a bad season it is just that he has not had a run in the team.. Against Burnley, he was brilliant, absolutely fantastic.. But if you are going to be a big player you need to do that week in week out at a consistent level.."

"Theo will do that once he gets his injuries sorted out.. Once he does that he can be a massive player for Arsenal.. The ball he put over at the start of the second half at Hull was like Beckham in his prime.. But Theo has got pace as well.. He has just got to get injury free now and get a run in the team.."

Akhirnya Atikah berjaya mendapatkan komen dari pengendali pasukan Arsenal Ladies Laura Harvey selepas anak buahnya ditunjukkan jalan keluar dari Champions League oleh FCR 2001 Duisburg selepas ditewaskan 4-1 secara agregat..

Harvey mengakui yang pasukannya tidak beraksi di tahap terbaik mereka walaupun aksi keseluruhannya Arsenal Ladies beraksi cemerlang terutama sekali penjaga gol, Emma Byrne.. Kecuali ketajaman di hadapan pintu gol.. Harvey mengatakan kualiti di dalam possession di antara dua pasukan cukup berbeza..

Arsenal Ladies diakui sering menjadi pasukan underdog setiap kali beraksi di eropah walaupun muncul juara pada tahun 2007.. Musim ini juga tidak berbeza.. Namun Harvey tidak mahu ianya menjadi satu alasan Arsenal gagal ke separuh akhir.. Namun kekalahan ini disebabkan Arsenal tidak beraksi pada kekuataan sebenar..

Harvey juga mengakui pergantungan kepada Kim Little pemain muda, harapan dan tonggak utama pasukan cukup dirasai.. Namun dia juga mengakui yang pemain-pemain yang beraksi pada malam tersebut beraksi baik.. Namun mereka cuma tidak mempunyai keupayaan teknikal yang tinggi..

Dengan hakikat yang skuad Arsenal Ladies hanya dibarisi 7 pemain berusia atas 30 tahun dan selebihnya hanya berusia di dalam lingkungan 20 an dan belasan tahun jelas sekali faktor usia dan pengalaman cukup membezakan kedua-dua pasukan.. Namun Harvey mengakui ianya mampu memberikan banyak pengajaran kepada pemain-pemain muda tersebut dan juga untuk masa depan Arsenal Ladies..

Arsenal Ladies juga tidak terkecuali seperti Arsenal lelaki yang cukup memfokuskan kepada pemain-pemain muda.. Namun Arsenal Ladies jelas sekali tidak perlu menunggu lama sehingga memperoleh hasilnya.. Namun setiap seorang pemain muda naik pastinya seorang pemain berpengalaman akan meninggalkan pasukan..

Itulah masalah utama skuad Arsenal Ladies sejak menjulang trofi eropah pada tahun 2007.. Hanya tinggal Emma Byrne, Faye White, Jayne Ludlow, Yvonne Tracy, Ciara Grant, Rachel Yankey dan Julie Fleeting sahaja yang kekal.. Tidak termasuk pemain muda yang baru meningkat naik sewaktu itu.. Adios!!

P/S: Atikah nak tegaskan yang Atikah ada hak nak postkan apa sahaja yang Atikah nak di blog Atikah nie.. Siapa yang tidak suka tentang apa yang Atikah tulis x payah baca artikel tu.. Atikah selalu utamakan pasukan lelaki.. Tetapi kalau tiada berita pasukan lelaki Atikah akan postkan berita pasal skuad Arsenal Ladies di sini.. So tolonglah faham..
Read More

Impian Arsenal Ladies berakhir

Arsenal Ladies pastinya sedang dirudum kekecewaan yang teramat sangat selepas impian untuk menjulang trogi UEFA Champions League berkubur selepas tewas secara agregat 4-1 kepada juara bertahan eropah iaitu FCR Duisburg selepas gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri..

Kekalahan 2-0 di laman sendiri sudah cukup membuktikan pasukan Arsenal Ladies bukannya tandingan FCR 2001 Duisburg walaupun berjaya membuatkan Duisburg berdepan masalah untuk menewaskan Arsenal Ladies.. Namun faktor pengalaman jelas sekali memihak Duisburg..

Skuad Arsenal Ladies yang terpaksa membina semula pasukan selepas seorang demi seorang pemain lama, tonggak utama dan nadi utama pasukan meninggalkan pasukan hampir setiap kali musim perpindahan patut diberikan pujian atas aksi cemerlang mereka walaupun tewas..

Kehilangan Katie Chapman baru-baru ini selepas menyertai liga Profesional Wanita US bersama Chicago Red Stars jelas sekali menghuru-harakan jentera tengah Arsenal Ladies.. Seperti mana pasukan lelaki Arsenal kehilangan Cesc Fabregas.. Jayne Ludlow sahaja tidak mampu mengseimbangkan jentera tengah Arsenal Ladies..

Katie yang sering melakukan tackle kemas.. Berani mencuri bola.. Bijak mencari peluang dan gol-golnya bersama Arsenal Ladies sepanjang 3 tahun setengahnya bersama Arsenal nampaknya semakin dirindui walaupun ianya tidak dihebohkan.. Namun itulah punca utama Arsenal Ladies tewas pada perlawanan ini.. (Bagi pandangan Atikah)

7 golnya sepanjang musim ini sebelum berhijrah ke Chicago sudah cukup untuk membuktikan kehebatannya bersama Arsenal Ladies.. 100% kommitmennya bersama Arsenal di atas padang tidak mampu digantikan sesiapa pun.. Kerana Katie mempunyai cara tersendirinya untuk mengawal jentera tengah Arsenal dengan baik bersama rakan gandingannya Jayne Ludlow..

Ketiadaan Kim Little yang digantung juga menjadi punca utama Arsenal Ladies tewas walaupun jelas sekali penggantinya, Jennifer Beattie memastikan ketiadaannya tidak dirasai sangat.. Namun Little mempunyai aura tersendirinya untuk menukar keputusan perlawanan..

Julie Fleeting yang masih gagal pulih dari kecederaannya pula menjadikan jentera serangan Arsenal Ladies sekali lagi tempang dengan bergantung sepenuhnya kepada Yankey dan Davison dengan dibantu penyerang mentah Danielle.. Jelas sekali ianya bukanlah keputusan yang bijak dan Laura Harvey jelas sekali tiada sebarang pilihan..

Kehebatan penjaga gol utama Arsenal Ladies, kehebatan Emma Byrne jelas sekali tidak dapat dinafikan selepas sekali lagi beraksi di tahap terbaiknya untuk memastikan Arsenal Ladies tidak dimalukan dengan juara bertahan Duisburg..

Namun kekalahan ini tidak dapat menyembunyikan yang kenyataannya pasukan Arsenal Ladies beraksi cemerlang dan berjaya menutup mulut pengkritik yang menjangkakan Arsenal Ladies akan tewas mudah di tangan Duisburg.. Jadi sekalung tahniah kepada Arsenal Ladies..

Kemenangan menewaskan Millwall minggu depan dalam aksi akhir London County Cup pastinya mampu menceriakan dan memberikan kembali suntingan moral kepada pasukan Arsenal Ladies.. Kita masih ada 3 kejuaraan untuk dijulang iaitu London County Cup, kejuaraan liga dan akhir sekali FA Cup..

Kekalahan di suku akhir Champions League bukanlah bermaksud Arsenal Ladies melalui musim yang mengecewakan dengan pelbagai konflik sepanjang musim ini.. Kekalahan ini akan lebih mematangkan ramai pemain muda berbakat besar Arsenal Ladies.. Adios!!

P/S: Atikah out of duty dalam 2-3 hari ini.. Atikah nak pergi bercuti sepanjang musim cuti sekolah ini sebelum menggalas tanggungjawab besar di gawang bola baling skuad Atikah menentang skuad team lagi satu hari sabtu ini..
Read More

Bendtner be a hero again

Arsenal berjaya menewaskan Hull City 2-1 untuk terus mencabar kejuaraan liga selepas pelbagai kontroversi semasa perlawanan seperti yang selalunya berlaku semasa Arsenal menentang Hull City..

Arshavin membuka tirai jaringan pada minit ke-14 selepas menerima hantaran daripada Nicklas Bendtner sebelum menewaskan 2 pemain pertahanan Hull menerusi skill tersendirinya sebelum merembat melepasi jangkauan Myhill.. Namun sayangnya selepas gol tersebut Arshavin pula menerima nasib yang agak malang seperti yang di alami Bendtner semasa menentang Burnley minggu lepas..

Namun Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti kontroversi.. Hesseling jelas sekali berada di dalam kedudukan offside semasa menerima bola sebelum dia sengaja membiarkan Campbell melanggarnya untuk penalti..

Namun selepas percubaan demi percubaan Arsenal dipatahkan pertahanan Hull munculnya Denilson untuk merembat dari jarak yang hampir sama dengan golnya bulan Disember lalu semasa menentang Hull City ianya berjaya diselamatkan namun bola tersebut tepat menuju ke arah Bendtner sebelum Bendtner memastikan dia muncul hero untuk gol kemenangan pada masa kecederaan..

Sejujurnya Atikah rasa gol kemenangan tersebut patut diberikan pujian kepada Denilson memandangkan dia bijak mencari peluang untuk merembat sebelum tangakapan Myhill muntah untuk bola tersebut terus kepada Bendtner..

Menurut Wenger, Rosicky (groin injury) dan Fabregas (hamstring) akan kembali ke dalam pasukan pada perlawanan menentang West Ham hujung minggu depan.. Namun Gallas masih belum akan kembali.. Adios!!
Read More

Masalah dalaman Arsenal Ladies

Sedang Atikah melayari internet, Atikah telah dikejutkan oleh satu berita yang tidak pernah Atikah sangka ianya akan berlaku terhadap skuad Arsenal Ladies.. Spy Atikah melaporkan punca utama Tony Gervaise meletak jawatan bukan kerana mahu fokus kepada akademi Arsenal Ladies tetapi kerana berlakunya masalah di dalam pengurusan Arsenal Ladies!!

Tony Gervaise mendedahkan yang berlakunya team affair semasa dia menguruskan pasukan Arsenal Ladies.. Dan ianya sebenarnya muncul sebab utama dia meletakkan jawatan daripada tugas sebagai pengurus Arsenal Ladies selepas hanya beberapa bulan mengendalikan pasukan..

"Once I'm the boss then I'm in charge and there can only be one decision maker.. But things had got a bit clouded and there were developments that weren't pleasing me.. I wasn't sacked, though – I chose to step down.."

Kemudian munculnya dakwaan yang Vic Akers yang dahulunya jurulatih dan orang utama yang menubuhkan Arsenal Ladies yang kini merupakan general manager Arsenal Ladies masuk campur urusan skuad Arsenal Ladies yang dibimbing Tony Gervaise.. Namun ianya pantas dinafikan Vic Akers yang menegaskan dia hanya back up kepada pasukan Arsenal Ladies..

Sebenarnya pengendali terkini skuad Arsenal Ladies iaitu Laura Harvey hanya akan menguruskan pasukan sehingga tamatnya kempen musim ini sahaja.. Namun Harvey menegaskan yang dia mahukan jawatan ini secara tetap bukan secara sementara..

Dengan Vic Akers mengakui jika Laura mampu membimbing pasukan ke tahap yang membanggakan lembaga pengarah akan mengadakan perbincangan untuk memberikan jawatan pengurus Arsenal Ladies secara tetap kepadanya.. Laura jelas sekali bersungguh-sungguh mahu membuktikan dia berhak untuk mendapatkannya..

"There was so much to live up to for whoever got the job after Vic, but I was surprised when Tony resigned.. I'd love the job long term though, and I'll try to prove I'm the right person.."

Apa yang pasti pengurusan Arsenal Ladies mencuba yang terbaik mereka untuk memastikan ianya tidak dihebohkan.. Namun spy Atikah masih berjaya menghidu masalah ini.. Apa yang ditakuti Atikah ialah jika masalah ini menganggu prestasi pasukan Arsenal Ladies yang diakui pasukan terbaik England..

Atikah berharap ianya tidak berlaku.. Kerana ianya merupakan sesuatu yang cukup menyedihkan untuk menyaksikan pasukan terbaik wanita England iaitu Arsenal jatuh hanya kerana masalah dalaman pasukan yang mampu dielakkan atau mampu diperbaiki..

Atikah harap masalah ini akan diselesaikan sebelum ianya menganggu prestasi pasukan.. Cukuplah dengan hakikat yang hampir setiap musim perpindahan lebih kurang seorang pemain utama Arsenal Ladies meninggalkan pasukan untuk menghadapi cabaran baru atau menyertai liga bola sepak wanita di US..

Kerana sudah semestinya fan Arsenal tidak mahu melihat pasukan Arsenal Ladies yang cukup dibanggakan ini jatuh.. Dan perlu bermula dari bawah semula.. Dan segala yang mereka lakukan selama ini hanya tinggal sejarah dan kenangan.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Hull City

Atikah mulakan dulu dengan permintaan sila lawati blog Arsenal Ladies Malaysia untuk preview, berita terkini dan temu bual bersama jurulatih pasukan Laura Harvey sebelum perlawanan genting skuad Arsenal Ladies esok untuk menewaskan juara bertahan Eropah FCR 2001 Duisburg di laman sendiri selepas tewas 2-1 pada first leg..

Arsenal akan berkunjung ke Hull City awal pagi ini dengan misi menang perlawanan ini untuk terus mencabar kedudukan juara liga dan melupakan apa yang berlaku bulan Disember tahun lalu di Emirates Stadium.. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 1.25 pagi ini..

Tanpa Fabregas pastinya tidak banyak perubahan bakal dilakukan dalam barisan skuad utama Arsenal yang membelasah Porto 3 hari lalu.. Dengan hanya Rosicky, Sagna dan Campbell sahaja dalam keraguan akan beraksi ataupun tidak.. Dengan Song pula akan menjalani pergantungan terakhirnya pada perlawanan ini..

ALMUNIA
SAGNA/EBOUE-----CAMPBELL/SILVESTRE-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----DENILSON-----NASRI
ROSICKY/WALCOTT-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Berita terakhir ialah Wenger mengakui jika Arsenal gagal menewaskan Porto pertengahan minggu lalu pasti Fabianski akan dipersalahkan orang ramai selepas apa yang dilakukannya 3 minggu lalu.. Dan Wenger juga mengakui Fabianskilah orang yang paling lega sekali selepas Arsenal mara ke peringkat seterusnya..

"I think the result on Tuesday night helped him to recover.. I think it would have had long-standing consequences for him had we gone out against Porto on Tuesday night.. Mental consequences because he is a conscientious guy, very intelligent but as well sensitive.."

"No [he is not too sensitive] but you can turn it to an advantage, because he can feel things and see things that others don't see.. But as well when you have guilt it can be a disadvantage confidence-wise so I believe it was very important for the team to go through.. When you look at him, and the team goes out, he could feel 'Ah, they charge [blame] me', even if it's not true.."

Wenger juga sekali lagi menekankan tentang hakikat sebenarnya Lukasz Fabianski sememangnya merupakan penjaga gol yang berbakat dan dia cuma perlukan waktu untuk menunjukkan memang apa yang dikatakan Wenger adalah benar..

"He is a top-class goalkeeper.. I repeat that many times and you will see that one day, I am right.. He is waiting [for his chance] but it's competition.. When you turn up in the top-level competition, you have to perform.. Football is a job where you always have to be ready because you never know when you will be called up.."

"That's why it's difficult because it's tempting to think 'OK, I will not play, I feel sorry for myself'.. But in my experience, the ones who make the career are the ones who are always ready.. The competition is very tight.." Adios!!
Read More

Wenger x akan ke Real Madrid

Atikah mulakan artikel ini terlebih dahulu dengan berita terkini kecederaan pemain Arsenal.. Rosicky, Campbell (kecergasan) dan Sagna (buku lali) dalam keraguan akan beraksi menentang Hull City esok..

Cesc Fabregas pula memberikan berita yang kurang enak untuk didengar selepas akan diketepikan sekali lagi kerana masih gagal pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring.. Peluangnya hanya 0.5 peratus.. Melainkan keajaiban berlaku sahaja yang mampu menyaksikan Fabregas disenaraikan..

Arsene Wenger akhirnya bercakap dengan Aaron Ramsey sebelum perlawanan menentang Porto dengan Wenger mengatakan yang Aaron Ramsey sudah pun terasa bosan.. "I spoke to him on Tuesday before the [Porto] game.."

"You are bored when you are flying on the pitch and then suddenly you are lying on the bed.. You can only be bored.. He is confident that he will come back. He is determined, but at the moment it is a problem of patience, and when you are 19-years-old, patience is not your first quality.."

Masa depan Gallas yang semakin disebut-sebut sejak kebelakangan ini dengan dilaporkan Roma berminat untuk membawa Gallas ke Itali.. Namun Wenger menegaskan yang dia cukup berminat untuk memastikan Gallas kekal di Arsenal..

"You [the media] can link him with who you want, because he is out of contract and can talk to whom he wants.. I do not know if he has spoken to Roma but he is speaking to us and our desire is to keep him here.. I think he wants to stay here, all the rest is difficult to know whether it is true or not.."

"I am not concerned.. He [Gallas] is under contract until the 30th June.. We have not found an agreement yet.. I will meet his agents again next Thursday and we will try to find a solution.. I would like to keep all that secret.. It is very difficult for me to come out [and discuss the contract talks].. I feel I have to respect both parties and not to come out about the details of negotiations.."

Ini pula apa yang Wenger cakapkan tentang aksi turun naik Bendtner yang meledakkan hatrik pertamanya sepanjang kariernya semasa membantu Arsenal membelasah Porto 5-0 2 hari lepas..

"For me the most important thing is that we have the best attack in the Premier League this season, and our strikers haven’t scored as many goals.. For us it is important our team play is right, then anyone can score in our team.. There is no special responsibility on any given striker to score goals.."

"I was not tempted to drop Bendtner because we had a good game [against Burnley].. You can have a good game and miss chances.. He missed the chances where you feel the striker always feels guilty, but I never make a special thing of somebody scoring or not.. What is important is the team wins, not whether Bendtner scores or not.."

"We won against Burnley and won against Porto.. In one he scored, in one he did not - but most importantly we won both the games.."

Hasil scan di betis Gallas menunjukkan tiada sebarang major damage.. Tetapi Wenger tidak mahu Gallas menjalani latihan lagi.. Ianya langkah berjaga-jaga Wenger yang mahu betis Gallas sembuh sepenuhnya sebelum kembali bersama skuad Arsenal..

The scan showed nothing major, but every time he starts to push a little bit he falls back so it has not completely healed.. Calves sometimes are a mystery.. It came back twice. It's that the injury is much worse, it's that we have to be cautious with it.."

"We pushed him a bit and he was in a hurry.. But we have to be cautious this time, to take a little bit more time than we would do.. France shouldn't be worried for [the World Cup in] June, it's minor.. He has no fibre damage, he has a bit of pressure between two muscles.."

Arsene Wenger sekali lagi menegaskan yang dia tidak akan ke Real Madrid jika dia masih ada kontrak bersama Arsenal.. Kontrak Wenger yang hanya akan tamat pada 2011 sudah semestinya akan dilanjutkan pengurusan Arsenal dengan ianya dijangka musim panas ini atau musim sejuk tahun hadapan akan adanya perbincangan tentang kontrak lanjutan..

"Leave me alone.." Wenger bergurau.. "I always go to the end of my contract and I am going until 2011.. So there is no way.. For me, it is the worst moment to come back on this.. At the moment I focus on Hull City.. That maybe less glamorous than Real Madrid but they are much more important in my life at the moment.." Adios!!
Read More

Bendtner mencipta sejarah

Atikah mulakan artikel ini dengan berita sedih dari Jerman.. Arsenal Ladies menerima nasib yang sama seperti skuad Arsenal lelaki di first leg Champions League selepas tewas 2-1 kepada juara bertahan FCR 2001 Duisburg.. Untuk post match dan analisis perlawanan, sila ke blog Arsenal Ladies..

Nicklas Bendtner mencipta rekod sebagai pemain pertama Arsenal yang menjaringkan hatrik di Emirates Stadium dan hatrik tersebut juga merupakan hatrik pertamanya dalam kariernya.. Bendtner juga tersenarai dalam kelompok 6 pemain Arsenal yang menjaringkan hatrik di Eropah..

Sementara itu, Thomas Vermaelen memuji rakan sepasukannya itu atas aksi yang ditampilkan Bendtner selepas apa yang berlaku di Burnley.. "Bendtner came back brilliantly.. As a striker you have to stay confident all the time because there are some games when you don't score and that was the case on Saturday.."

"Against Porto he responded brilliantly.. He didn't only score three goals, he won a lot of headers and that is important for the team.. He doesn't struggle with confidence and that is a good thing for a striker.. You always need a good centre-forward who scores goals for the team, he did that against Porto and I hope he will score a lot of goals in the future.."

"For us it's good that Nicklas is there, you can give the long ball and he wins headers and you can put opponents under pressure.. Sometimes that is really good.. It gives you more options.. He is still young, he has a lot of qualities - he's here at Arsenal so that means he has a lot of qualities.. I hope he will score a lot of goals in the future to help us.."

"On Saturday he was still confident and I appreciate that because for a striker you have to be like that all the time.. After Porto he was no different to how he was against Burnley, he was just happy with the three goals and how he performed.." Adios!!
Read More

Bendtner the hero

Tengok antiadebayor.. Sape cakap predict Atikah mengarut.. Dan Arsenal buktikan kita boleh menang besar.. 5-0.. Tahniah kepada Bendtner yang kali ini beraksi cemerlang untuk meledak hatrik..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----SONG-----NASRI
ROSICKY-----BENDTNER-----ARSHAVIN


Bendtner meledak 2 gol dalam tempoh 15 minit apabila menjaringkan gol pada minit ke-10 dan minit ke-25.. Kemudian melengkapkan hatriknya pada minit ke-90 hasil sepakan penalti selepas Eboue dijatuhkan.. Bendtner dengan tenangnya menjaringkan gol ketiganya awal pagi tadi pada masa kecederaan..

Samir Nasri juga tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol selepas menjaringkan 1 gol pada minit ke-63..

Eboue yang dibawa masuk untuk mengantikan Rosicky pada minit ke-57 juga tidak menghampakan apabila menjaringkan satu gol 3 minit selepas Nasri menjaringkan gol..

Tidak dapat dinafikan.. Bendtner merupakan pemain terbaik perlawanan awal pagi tadi.. Tahniah Bendtner.. Melepaskan peluang keemasan semasa menentang Burnley minggu lepas dan menjaringkan 3 gol untuk membelasah Porto awal pagi ini.. Dan Bendtner berjaya membuktikan dia sememangnya boleh menjadi penyerang terbaik dunia..

Arsene Wenger mengesahkan yang Van Persie akan kembali bulan depan.. Seperti yang dijangka.. Sementara itu Henry menelefon spy Atikah untuk memberitahu yang jika Van Persie bersama kita sekarang ini, sudah semestinya Arsenal akan berada di puncak sekarang ini..

Arsene Wenger pula hanya meletakkan peluang Fabregas untuk kembali hujung minggu ini menentang Hull City hanya 50-50 selepas mengalami kecederaan hamstring minggu lepas..

Atikah mahu ucapkan selamat berjaya untuk skuad Arsenal Ladies yang kini berada di Jerman untuk perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir UEFA Women's Champions League menentang juara bertahan FCR 2001 Duisburg yang akan berlangsung hari ini.. Good Luck Arsenal Ladies.. Adios!!
Read More