17 March 2010

Arsenal are most prolific late scorers

Atikah kembali semula selepas merehatkan fikiran di Cameron Highland yang cukup sejuk dengan tanpa sekalipun Atikah terlupa tentang Arsenal.. Walaupun Arsenal tidak beraksi.. Ialah bila ada abang ipar yang minat Manchester United agak sukar x bergaduh pasal bola..

Arsenal disahkan setakat ini merupakan pasukan yang paling prolifik menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan mengatasi Chelsea, Liverpool dan Manchester United.. Dalam 3 musim Arsenal hanya gagal berada di atas pada musim lepas selepas Liverpool jauh lebih banyak menjaringkan gol pada minit akhir..

Happy Belated Birthday kepada Theo Walcott yang menyambut hari jadi yang ke-21nya semalam.. Sempena hari jadinya, lagenda Arsenal Ray Parlour memberikan pendapatnya terhadap aksi Walcott bersama Arsenal dan masa depannya bersama Arsenal..

Ray Parlour mengakui yang Walcott mampu menjadi tonggak penting Arsenal jika dia berjaya mengelakkan diri dari mengalami kecederaan serius.. Dan kita tidak terus mengatakan dia tidak bagus hanya disebabkan aksinya musim ini..

"Players like Theo Walcott have massive potential.. I would not say he has had a bad season it is just that he has not had a run in the team.. Against Burnley, he was brilliant, absolutely fantastic.. But if you are going to be a big player you need to do that week in week out at a consistent level.."

"Theo will do that once he gets his injuries sorted out.. Once he does that he can be a massive player for Arsenal.. The ball he put over at the start of the second half at Hull was like Beckham in his prime.. But Theo has got pace as well.. He has just got to get injury free now and get a run in the team.."

Akhirnya Atikah berjaya mendapatkan komen dari pengendali pasukan Arsenal Ladies Laura Harvey selepas anak buahnya ditunjukkan jalan keluar dari Champions League oleh FCR 2001 Duisburg selepas ditewaskan 4-1 secara agregat..

Harvey mengakui yang pasukannya tidak beraksi di tahap terbaik mereka walaupun aksi keseluruhannya Arsenal Ladies beraksi cemerlang terutama sekali penjaga gol, Emma Byrne.. Kecuali ketajaman di hadapan pintu gol.. Harvey mengatakan kualiti di dalam possession di antara dua pasukan cukup berbeza..

Arsenal Ladies diakui sering menjadi pasukan underdog setiap kali beraksi di eropah walaupun muncul juara pada tahun 2007.. Musim ini juga tidak berbeza.. Namun Harvey tidak mahu ianya menjadi satu alasan Arsenal gagal ke separuh akhir.. Namun kekalahan ini disebabkan Arsenal tidak beraksi pada kekuataan sebenar..

Harvey juga mengakui pergantungan kepada Kim Little pemain muda, harapan dan tonggak utama pasukan cukup dirasai.. Namun dia juga mengakui yang pemain-pemain yang beraksi pada malam tersebut beraksi baik.. Namun mereka cuma tidak mempunyai keupayaan teknikal yang tinggi..

Dengan hakikat yang skuad Arsenal Ladies hanya dibarisi 7 pemain berusia atas 30 tahun dan selebihnya hanya berusia di dalam lingkungan 20 an dan belasan tahun jelas sekali faktor usia dan pengalaman cukup membezakan kedua-dua pasukan.. Namun Harvey mengakui ianya mampu memberikan banyak pengajaran kepada pemain-pemain muda tersebut dan juga untuk masa depan Arsenal Ladies..

Arsenal Ladies juga tidak terkecuali seperti Arsenal lelaki yang cukup memfokuskan kepada pemain-pemain muda.. Namun Arsenal Ladies jelas sekali tidak perlu menunggu lama sehingga memperoleh hasilnya.. Namun setiap seorang pemain muda naik pastinya seorang pemain berpengalaman akan meninggalkan pasukan..

Itulah masalah utama skuad Arsenal Ladies sejak menjulang trofi eropah pada tahun 2007.. Hanya tinggal Emma Byrne, Faye White, Jayne Ludlow, Yvonne Tracy, Ciara Grant, Rachel Yankey dan Julie Fleeting sahaja yang kekal.. Tidak termasuk pemain muda yang baru meningkat naik sewaktu itu.. Adios!!

P/S: Atikah nak tegaskan yang Atikah ada hak nak postkan apa sahaja yang Atikah nak di blog Atikah nie.. Siapa yang tidak suka tentang apa yang Atikah tulis x payah baca artikel tu.. Atikah selalu utamakan pasukan lelaki.. Tetapi kalau tiada berita pasukan lelaki Atikah akan postkan berita pasal skuad Arsenal Ladies di sini.. So tolonglah faham..

2 comments:

Sekolah Kebangsaan Dalit Keningau said...

lantak laa atikah.. yg tak paham tu jenis yg xtau malu tu.. masuk rumah orang nak arah itu ini laks.. wei malu laa skit.. ~jaliedagreat~

18.3.10
TokiDoki said...

terbaek atikah..sekurang2nye semua pasal arsenal boleh diketahui di blog atikah..gratz..

18.3.10

Post a Comment