14 March 2010

Bendtner be a hero again

Arsenal berjaya menewaskan Hull City 2-1 untuk terus mencabar kejuaraan liga selepas pelbagai kontroversi semasa perlawanan seperti yang selalunya berlaku semasa Arsenal menentang Hull City..

Arshavin membuka tirai jaringan pada minit ke-14 selepas menerima hantaran daripada Nicklas Bendtner sebelum menewaskan 2 pemain pertahanan Hull menerusi skill tersendirinya sebelum merembat melepasi jangkauan Myhill.. Namun sayangnya selepas gol tersebut Arshavin pula menerima nasib yang agak malang seperti yang di alami Bendtner semasa menentang Burnley minggu lepas..

Namun Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti kontroversi.. Hesseling jelas sekali berada di dalam kedudukan offside semasa menerima bola sebelum dia sengaja membiarkan Campbell melanggarnya untuk penalti..

Namun selepas percubaan demi percubaan Arsenal dipatahkan pertahanan Hull munculnya Denilson untuk merembat dari jarak yang hampir sama dengan golnya bulan Disember lalu semasa menentang Hull City ianya berjaya diselamatkan namun bola tersebut tepat menuju ke arah Bendtner sebelum Bendtner memastikan dia muncul hero untuk gol kemenangan pada masa kecederaan..

Sejujurnya Atikah rasa gol kemenangan tersebut patut diberikan pujian kepada Denilson memandangkan dia bijak mencari peluang untuk merembat sebelum tangakapan Myhill muntah untuk bola tersebut terus kepada Bendtner..

Menurut Wenger, Rosicky (groin injury) dan Fabregas (hamstring) akan kembali ke dalam pasukan pada perlawanan menentang West Ham hujung minggu depan.. Namun Gallas masih belum akan kembali.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment