10 March 2010

Bendtner the hero

Tengok antiadebayor.. Sape cakap predict Atikah mengarut.. Dan Arsenal buktikan kita boleh menang besar.. 5-0.. Tahniah kepada Bendtner yang kali ini beraksi cemerlang untuk meledak hatrik..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----SONG-----NASRI
ROSICKY-----BENDTNER-----ARSHAVIN


Bendtner meledak 2 gol dalam tempoh 15 minit apabila menjaringkan gol pada minit ke-10 dan minit ke-25.. Kemudian melengkapkan hatriknya pada minit ke-90 hasil sepakan penalti selepas Eboue dijatuhkan.. Bendtner dengan tenangnya menjaringkan gol ketiganya awal pagi tadi pada masa kecederaan..

Samir Nasri juga tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol selepas menjaringkan 1 gol pada minit ke-63..

Eboue yang dibawa masuk untuk mengantikan Rosicky pada minit ke-57 juga tidak menghampakan apabila menjaringkan satu gol 3 minit selepas Nasri menjaringkan gol..

Tidak dapat dinafikan.. Bendtner merupakan pemain terbaik perlawanan awal pagi tadi.. Tahniah Bendtner.. Melepaskan peluang keemasan semasa menentang Burnley minggu lepas dan menjaringkan 3 gol untuk membelasah Porto awal pagi ini.. Dan Bendtner berjaya membuktikan dia sememangnya boleh menjadi penyerang terbaik dunia..

Arsene Wenger mengesahkan yang Van Persie akan kembali bulan depan.. Seperti yang dijangka.. Sementara itu Henry menelefon spy Atikah untuk memberitahu yang jika Van Persie bersama kita sekarang ini, sudah semestinya Arsenal akan berada di puncak sekarang ini..

Arsene Wenger pula hanya meletakkan peluang Fabregas untuk kembali hujung minggu ini menentang Hull City hanya 50-50 selepas mengalami kecederaan hamstring minggu lepas..

Atikah mahu ucapkan selamat berjaya untuk skuad Arsenal Ladies yang kini berada di Jerman untuk perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir UEFA Women's Champions League menentang juara bertahan FCR 2001 Duisburg yang akan berlangsung hari ini.. Good Luck Arsenal Ladies.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment