21 March 2010

Arsenal dipuncak

Arsenal berjaya berada di puncak liga buat kali kedua musim ini selepas menewaskan West Ham 2-0 walaupun bermain dengan 10 orang pemain pada keseluruhan babak kedua selepas Vermaelen dilayangkan kad merah pertamanya bersama Arsenal dan kad merah pertama sejak 99 perlawanan..

Denilson membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 selepas menerima lorongan dari Bendtner sebelum dia melepaskan rembatan cantik ke penjuru gawang gol West Ham dari luar kotak penalti..

Thomas Vermaelen dilayangkan kad merah selepas menolak pemain West Ham dalam last man challenge beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama.. Penalti yang diambil Diamanti mudah di baca Almunia untuk dia muncul penyelamat Arsenal..

Arsenal berjaya bertahan dengan kedudukan tersebut sehingga minit ke-82 apabila Upson menahan bola dengan tangannya di dalam kotak penalti dengan pengadil menganugerahkan sepakan penalti untuk Arsenal.. Fabregas dengan tenang menyempurnakannya untuk memberikan 3 mata penuh untuk Arsenal..

Robin Van Persie memberikan berita baik selepas Wenger mengesahkan yang Van Persie akan kembali bersama pasukan minggu depan.. Nampaknya Van Persie akan kembali beraksi semula bersama Arsenal x lama lagi..

Arsene Wenger memberitahu yang Ramsey memberikan berita positif apabila datang ke padang latihan Arsenal sebelum perlawanan menentang West Ham tanpa menggunakan tongkat!! Wenger juga memberitahu yang proses pemulihan Ramsey berjalan lancar seperti yang diharapkan dan Ramsey jelas sekali tidak sabar untuk kembali.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment