15 March 2010

Impian Arsenal Ladies berakhir

Arsenal Ladies pastinya sedang dirudum kekecewaan yang teramat sangat selepas impian untuk menjulang trogi UEFA Champions League berkubur selepas tewas secara agregat 4-1 kepada juara bertahan eropah iaitu FCR Duisburg selepas gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri..

Kekalahan 2-0 di laman sendiri sudah cukup membuktikan pasukan Arsenal Ladies bukannya tandingan FCR 2001 Duisburg walaupun berjaya membuatkan Duisburg berdepan masalah untuk menewaskan Arsenal Ladies.. Namun faktor pengalaman jelas sekali memihak Duisburg..

Skuad Arsenal Ladies yang terpaksa membina semula pasukan selepas seorang demi seorang pemain lama, tonggak utama dan nadi utama pasukan meninggalkan pasukan hampir setiap kali musim perpindahan patut diberikan pujian atas aksi cemerlang mereka walaupun tewas..

Kehilangan Katie Chapman baru-baru ini selepas menyertai liga Profesional Wanita US bersama Chicago Red Stars jelas sekali menghuru-harakan jentera tengah Arsenal Ladies.. Seperti mana pasukan lelaki Arsenal kehilangan Cesc Fabregas.. Jayne Ludlow sahaja tidak mampu mengseimbangkan jentera tengah Arsenal Ladies..

Katie yang sering melakukan tackle kemas.. Berani mencuri bola.. Bijak mencari peluang dan gol-golnya bersama Arsenal Ladies sepanjang 3 tahun setengahnya bersama Arsenal nampaknya semakin dirindui walaupun ianya tidak dihebohkan.. Namun itulah punca utama Arsenal Ladies tewas pada perlawanan ini.. (Bagi pandangan Atikah)

7 golnya sepanjang musim ini sebelum berhijrah ke Chicago sudah cukup untuk membuktikan kehebatannya bersama Arsenal Ladies.. 100% kommitmennya bersama Arsenal di atas padang tidak mampu digantikan sesiapa pun.. Kerana Katie mempunyai cara tersendirinya untuk mengawal jentera tengah Arsenal dengan baik bersama rakan gandingannya Jayne Ludlow..

Ketiadaan Kim Little yang digantung juga menjadi punca utama Arsenal Ladies tewas walaupun jelas sekali penggantinya, Jennifer Beattie memastikan ketiadaannya tidak dirasai sangat.. Namun Little mempunyai aura tersendirinya untuk menukar keputusan perlawanan..

Julie Fleeting yang masih gagal pulih dari kecederaannya pula menjadikan jentera serangan Arsenal Ladies sekali lagi tempang dengan bergantung sepenuhnya kepada Yankey dan Davison dengan dibantu penyerang mentah Danielle.. Jelas sekali ianya bukanlah keputusan yang bijak dan Laura Harvey jelas sekali tiada sebarang pilihan..

Kehebatan penjaga gol utama Arsenal Ladies, kehebatan Emma Byrne jelas sekali tidak dapat dinafikan selepas sekali lagi beraksi di tahap terbaiknya untuk memastikan Arsenal Ladies tidak dimalukan dengan juara bertahan Duisburg..

Namun kekalahan ini tidak dapat menyembunyikan yang kenyataannya pasukan Arsenal Ladies beraksi cemerlang dan berjaya menutup mulut pengkritik yang menjangkakan Arsenal Ladies akan tewas mudah di tangan Duisburg.. Jadi sekalung tahniah kepada Arsenal Ladies..

Kemenangan menewaskan Millwall minggu depan dalam aksi akhir London County Cup pastinya mampu menceriakan dan memberikan kembali suntingan moral kepada pasukan Arsenal Ladies.. Kita masih ada 3 kejuaraan untuk dijulang iaitu London County Cup, kejuaraan liga dan akhir sekali FA Cup..

Kekalahan di suku akhir Champions League bukanlah bermaksud Arsenal Ladies melalui musim yang mengecewakan dengan pelbagai konflik sepanjang musim ini.. Kekalahan ini akan lebih mematangkan ramai pemain muda berbakat besar Arsenal Ladies.. Adios!!

P/S: Atikah out of duty dalam 2-3 hari ini.. Atikah nak pergi bercuti sepanjang musim cuti sekolah ini sebelum menggalas tanggungjawab besar di gawang bola baling skuad Atikah menentang skuad team lagi satu hari sabtu ini..

2 comments:

Unknown said...

xpa usaha lagi ladies

15.3.10
TokiDoki said...

yup teruskan usaha lama...atikah nama tak buat blog mcm dulu..
skrg ok tersusun tapi better mcm dulu kot..ye tak??
just bagi pandangan jer :)

16.3.10

Post a Comment