Day 4 and 5 Arsenal Ladies at Japan

Semalam seperti yang Atikah laporkan Arsenal Ladies bersiar-siar di sekitar Kyoto sebelum mereka semua berangkat pulang ke Tokyo.. Di sini Atikah nak postkan beberapa gambar menarik sepanjang Ladies di Kyoto dan kemudiannya Tokyo..

Breakfast di Kyoto..

Jordan Nobbs yang dilaporkan Yvonne Tracy dibuli oleh Gilly Flaherty dan beberapa pemain Arsenal Ladies yang lain memandangkan beliau yang paling muda dan juga disebabkan ketiadaan Danielle Carter memakai baju I Love Kyoto.. Nice.. Haha..

Arsenal Ladies video blog co-host

Sekarang baru Atikah tahu siapa sebenarnya camera woman untuk Steph Houghton dan Ellen White yang diberikan tugas membuat video blog Arsenal Ladies di Jepun.. Rupa-rupanya Jennifer Beattie.. Good job Jennifer!!

Nampaknya Kim Little memerlukan sedikit bantuan daripada Steph Houghton dan Katie Chapman.. Haha grow some height Kimmy!!

Rachel Yankey menunjukkan skill ninjanya.. Haha.. Nice one!!

Back to Tokyo menaiki 'bullet' train..

Bergambar di pusat bandar Tokyo..

Party time!!

Penolong kapten pasukan dan juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Ladies menunjukkan skil menyanyinya bersama-sama bekas pemain Jepun Arsenal Ladies yang kini penyanyi popular di Jepun, Mihoko Ishida..

Trio Republik Ireland Arsenal Ladies, Emma Byrne, Ciara Grant dan Niamh Fahey catch up dengan Mihoko Ishida..

Hmm.. Wonder where Ladies manager, Laura Harvey..

Arsenal Ladies di Asakusa di Tokyo pada pagi kelima mereka di Jepun..

Selepas bersiar-siar di sekitar Tokyo, Arsenal Ladies menuju ke Stadium Nishigaoka untuk kembali menjalani latihan sebelum perlawanan menentang juara liga Jepun INAC Kobe esok..

Selepas Rachel Yankey penat posing di hadapan kamera untuk memastikan cameraman Arsenal dapat gambar menarik dan kelakar daripada Rachel, nampaknya kini giliran Yankey pula di belakang kamera..

Kapten pasukan Arsenal Ladies, Faye White meneruskan proses pemulihan daripada kecederaan lututnya..

3 muka baru Arsenal Ladies di jelajah Jepun.. Dari kiri, pemain muda Jepun, Kumi Yokoyama, lagenda dan hero Arsenal Ladies di final Piala Eropah 2007 yang dipinjamkan dari Boston Breakers, Alex Scott dan identiti ketiga tidak dapat dipastikan Atikah.. Nampak macam pernah lihat.. Well sebaik Atikah tahu siapakah gerangannya Atikah akan beritahu.. Adios..
Read More

Ladies sight seeing at Japan

Disebalik skuad utama Arsenal yang berjuang untuk memastikan kelab ke laluan yang sepatutnya semula, Arsenal Ladies telah terbang ke Jepun untuk membuat kerja amal iaitu mengutip derma bagi mangsa gempa bumi Jepun.. Sejak kehadiran mereka, mereka dilihat cukup sibuk dengan segala acara yang dianjurkan.. Namun esok mereka semua tahu cuti mereka telah pun tamat..

Esok bakal menyaksikan mereka akan mula bersiap sedia untuk perlawanan pertama bagi mengutip derma untuk mangsa gempa bumi.. Namun pasukan yang bakal ditentang mereka bukannya calang-calang pasukan.. Mereka bakal menentang juara Liga Jepun yang turut dibarisi beberapa pemain yang memenangi Piala Dunia musim panas lalu iaitu, INAC Kobe..

Walaupun Arsenal lelaki tidak membuat jelajah ke Jepun pada musim panas lalu, Jepun dilihat memberikan sambutan hebat kepada juara treble, Arsenal Ladies.. Pemain-pemain Arsenal Ladies dilihat cukup terkedu dengan segala jenis makanan yang disediakan pihak penganjur yang termasuk beberapa kek Arsenal..

Arsenal Ladies turut menerima sambutan yang cukup mengalakkan di kedai Nike di Tokyo dengan mereka menandatangani jersi kepada peminat-peminat yang menunggu dan juga menangkap gambar bersama mereka dan juga poster gergasi Ryo Miyaichi..

Untuk pengetahuan anda Ryo Miyaichi sebenarnya duta kepada Arsenal Ladies yang membuat jelajah ke Jepun.. Terdapat laporan mengatakan Miyaichi turut serta bersama skuad Arsenal Ladies namun Atikah tidak dapat mengesahkannya kerana tidak nampaknya di mana-mana gambar yang dipostkan pemain skuad Arsenal Ladies.. Dengan Miyaichi tengah injured Atikah rasa Ryo berada di London Colney bersama staf perubatan Arsenal..

Kemudian Arsenal Ladies menjalani latihan pertama mereka di Jepun di padang Urawa Reds sambil ada kelibat seorang pemain muda berusia 18 tahun Jepun, Kumi Yokoyama turut serta bersama-sama pasukan.. Hmm.. Nampaknya penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal Ladies, Jayne Ludlow tidak dapat menumpaskan Emma Byrne.. Namun ada seorang yang berjaya menumpaskan Emma..

Penjaga gol nombor 1 Arsenal Ladies yang juga merupakan idola Atikah, Emma Byrne berjaya ditumpaskan oleh Kumi Yokoyama.. Dan ianya dilihat membuatkan pemain-pemain Arsenal Ladies yang lain bukan sahaja tergamam namun jelas bergembira kerana well bukannya mudah untuk menumpaskan Emma.. Percayalah..

Keesokan harinya walaupun pemain-pemain Arsenal Ladies agak kelam kabut selepas hanya diberikan 10 minit untuk mengemaskan barang sebelum munuju ke stesen kereta api untuk ke Kyoto, mereka dilihat cukup gembira.. Well sejujurnya mereka dilihat cukup happy sepanjang mereka ke Jepun.. Ialah ianya bagaikan meraikan mereka yang memenangi treble dan mara ke peringkat suku akhir Champions League buat kali kesepuluh yang merupakan satu rekod..

Ladies dilihat lebih banyak bercuti di Kyoto berbanding semasa berada di Tokyo dan mereka menghabiskan 2 hari di Kyoto sebenarnya berbanding hanya sehari di Tokyo.. Ladies telah di bawa melancong di tempat-tempat menarik di Kyoto dan jelas mereka cukup enjoynya..

Di Kyoto juga menyaksikan Arsenal Ladies menjalani kehidupan sebagai orang Jepun apabila mereka tidur di atas lantai, makan sambil bersila dan memakai kimono.. Namun bagi pemain-pemain muda Ladies, mereka menyifatkan ianya adalah slumber party.. Haha..

Selepas dua hari di Kyoto Arsenal Ladies pulang semula ke Tokyo dan mereka pergi melawat pusat bandar Tokyo untuk menyaksikan konsert sebelum mereka semua akan mula menjalani latihan untuk persediaan menentang INAC Kobe pada hari rabu..

Seperti baju yang di pakai Ellen White, All For Japan.. Sejujurnya Atikah bangga dengan mereka kerana sedikit sebanyak mereka membawa nama Arsenal dan menunjukkan Arsenal cukup ambil berat dengan apa yang berlaku di Jepun.. Mereka bukan pergi hanya untuk menjual nama Arsenal namun untuk melakukan kerja amal.. So proud to be a Gooner!! Adios and good luck Ladies and First Team!!
Read More

Ladies arrived at Japan

Arsenal Ladies telah selamat sampai ke Jepun selepas melalui perjalanan selama 11 jam dari London untuk Jelajah Jepun mereka selama 11 hari bagi mengutip derma untuk mangsa gempa bumi dengan mereka akan menentang juara liga Jepun yang di barisi beberapa pemenang Piala Dunia, INAC Kobe dan juga dua lagi kelab Jepun Mushashigioka Collage dan NTV Beleza..

Bagaimana pun beberapa tonggak utama Arsenal tidak ikut serta seperti Danielle Carter yang tidak mendapat pelepasan Universiti, Julie Fleeting yang besar kemungkinan menjaga anak perempuannya dan juga Lauren Bruton yang mengalami kecederaan.. Tempat mereka telah diisi oleh 3 pemain skuad simpanan..

Kapten pasukan, Faye White yang masih bergelut dengan kecederaan turut serta bersama-sama pasukan dan di dalam masa yang sama menjalani proses pemulihan.. Ladies juga diberikan pengkhabaran gembira apabila bekas bek kanan mereka, Alex Scott dibenarkan Boston Breakers untuk menyertai jelajah ini secara pinjaman..

Pemain-pemain Arsenal Ladies dilihat cukup bergembira di Jepun walaupun jetlag.. Pengurus pasukan, Laura Harvey telah ditemani oleh Development manager, Clare Wheathley dan juga dua pemainnya, Jayne Ludlow dan Katie Chapman pada sidang media pertama mereka di Jepun..

Jadual Ladies di sana dilihat cukup padat.. Mereka menjalani sesi latihan pertama mereka di Jepun di padang Urawa Reds sambil ditemani oleh pemain berusia 18 tahun Jepun, Kumi Yokoyama yang sebelum ini telah menjalani latihan selama sebulan dengan pasukan belia Arsenal Ladies.. Laura Harvey jelas cukup Kumi..

Laura turut memberitahu pada sesi latihan, Kumi bukan sahaja setanding dengan tonggak utama Arsenal Ladies namun berjaya beberapa kali menewaskan penjaga gol utama Ladies, Emma Byrne yang terbukti keupayaannya sebagai salah seorang penjaga gol wanita bertaraf dunia.. Laura menyifatkan Kumi mempunyai masa depan yang cukup cerah.. Namun Laura tidak memberikan sebarang komen mengenai kemungkinan membawa Kumi menyertai Arsenal..
Ladies kemudiannya di bawa bersiar-siar disekitar bandar Tokyo.. Dan mereka dilihat cukup bergembira di Tokyo.. Dengan mereka hanya akan mempunyai perlawanan pada 30 November, Arsenal Ladies akan terus di bawa bersiar-siar di sekitar Jepun dan juga menyertai acara-acara yang telah di anjurkan.. So have fun Ladies.. Adios!!
Read More

Arsenal terlalu mengharapkan RVP?

Selepas Cesc Fabregas melengkapkan perpindahannya ke Barcelona.. Segala tanggungjawab yang sebelum ini dilemparkan ke bahu Fabregas dan juga lilitan lengan telah diberikan kepada Robin Van Persie.. Van Persie dilihat berjaya menerap segala tekanan yang dilemparkan ke bahunya yang sebelum ini dilihat gagal dilakukan oleh Fabregas pada masa-masa tertentu..

Namun 2 bulan penuh menyeksakan kepada Arsene Wenger dan pemain-pemainnya yang turut terkena tempiasnya kepada peminat-peminat setia The Gunners menyaksikan terdapat andaian Arsenal tidak lagi akan berada di kalangan Top 4 malahan sukar untuk berada di kelompok Top 5.. Namun peminat tidak berputus asa dan terus memberikan sokongan terutama sekali dengan kehadiran Per Mertesacker, Mikel Arteta, Yossi Benayoun dan Andre Santos sebelum pintu perpindahan dibuka dilihat menerangkan semula impian Arsenal untuk bangkit..

Hanya 4 gol yang dijaringkan Van Persie dalam tempoh 2 bulan tersebut.. Bermula Oktober sehingga November, Van Persie telah meledak sejumlah 12 gol dan mula orang berkata Arsenal terlalu mengharapkan Robin Van Persie untuk mencatatkan kejayaan.. Van Persie bertindak merendahkan diri dengan memberitahu sumbangan besar dari Theo Walcott, Gervinho, Aaron Ramsey, Mikel Arteta dan malahan Alex Song yang membuatkan beliau meledak sejumlah besar jaringan untuk saingan musim ini..

Atikah sejujurnya menafikan Arsenal terlalu mengharapkan Van Persie.. Jika pemain seperti Gervinho, Walcott, Ramsey, Song dan Arteta gagal melorongkan bola kepada RVP, tidak mungkin Van Persie akan menjaringkan begitu banyak gol.. Ya memang betul tanpa Van Persie Arsenal dilihat kurang mantap namun ianya disebabkan Maroune Chamakh gagal beraksi sebaik beliau beraksi awal musim lepas..

Park Chu Young pula masih mencari-cari rentak dan cuba untuk membiasakan diri dengan rentak permainan Arsenal.. Keenganan Wenger untuk meletakkan Walcott sebagai penyerang tengah semasa ketiadaan Van Persie juga menjadi sebab mengapa tanpa RVP, Arsenal dilihat kurang mantap di bahagian serangan.. Hakikat Nicklas Bendtner dan Carlos Vela dipinjamkan walaupun cukup memahami permainan Arsenal memberikan lebih berita buruk untuk Arsenal..

Jadi hakikat Arsenal terlalu mengharapkan Van Persie sebenarnya tidaklah begitu benar.. Jangan dilupakan Van Persie bermain sebagai penyerang tunggal.. Dan Wenger lebih cenderung untuk bermain dengan formasi 4-2-3-1 menjadi satu lagi punca.. Ianya menyaksikan Chamakh dan Park terpingga-pingga di barisan serangan.. Kerana mereka berdua dilihat lebih selesa bermain dengan dua penyerang..

Jangan dilupakan Van Persie sudah biasa bermain di posisi sayap, di belakang penyerang dan malahan penyerang sepanjang kariernya.. Pengalaman tersebut membuatkan Van Persie lebih lengkap berbanding Chamakh dan Park dan ianya turut membuatkan RVP lebih selesa untuk turun ke bawah dan kemudiannya menjaringkan gol..

Namun benarkah anda fikir tanpa kelibat Mikel Arteta, Alex Song, Aaron Ramsey, Gervinho dan Theo Walcott, Van Persie mampu untuk menjaringkan begitu banyak gol?? Pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi pun kebanyakan masanya perlukan bantuan daripada David Villa, Xavi Hernandez, Andres Iniesta namun mereka x kata pun Barca terlalu mengharapkan Messi..

Tiada banyak bezanya Arsenal dengan Barcelona.. Kita pernah kalahkan mereka so what?? Bagi Atikah musim ini Arsenal lebih bermain sebagai berpasukan berbanding sebelumnya.. Dan ianya sesuatu yang bagus.. Disebabkan sebelum ini Arsenal lebih bergantung harap kepada rentak permainan Fabregas.. Jika Fabregas hilang punca begitulah pasukan.. Kini jika pasukan cemerlang maka cemerlang keputusan perlawanan jika tidak, tidaklah..

Atikah setuju dengan Wenger tentang impak yang diberikan Mikel Arteta.. Arteta memberikan lebih kestabilan di bahagian tengah dan ini jelas membuatkan Aaron Ramsey lebih selesa untuk melorongkan bola kepada RVP dan sejak kehadiran Arteta, Atikah lihat rentak permainan Ramsey lebih baik dan jarang hilang punca.. Namun of course masih ada room for improvement..

Kehadiran semula yang dinanti-nantikan iaitu kembalinya Jack Wilshere pada tahun depan pastinya bakal memantapkan lagi pasukan walaupun jelas ianya bakal membuatkan Wenger pening kepala.. Siapa yang perlu diletakkan di bangku simpanan bagi memberikan ruang kepada Wilshere.. Jadi istilah Arsenal cukup memerlukan RVP bagi Atikah agak 'harsh'..

Memang Atikah akui tiada penyerang di Arsenal yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab RVP yang cukup sempurna sebagai penyerang utama Arsenal dan hakikat beliau merupakan tonggak utama Arsenal juga tidak dinafikan Atikah.. Namun jangan dilupakan jika Chamakh mampu beraksi sebaik beliau beraksi awal musim lepas dan improvekan rembatannya, Chamakh mampu untuk menggantikan Van Persie jika beliau direhatkan..

Park Chu Young pula masih memerlukan masa.. Jangan dilupakan golnya semasa menentang Bolton tempoh hari memang cukup fantastik.. Ianya sedikit sebanyak membuktikan keupayaannya untuk mengisi ruang sebagai penyerang utama Arsenal apabila Van Persie direhatkan.. So stop percaya Arsenal terlalu mengharapkan Van Persie..

Ya RVP sebaik Lionel Messi di hadapan pintu gol sekarang namun ianya disebabkan pengalamannya dan juga sumbangan rakan sepasukannya.. Kehadiran Arteta dilihat memberikan kestabilan dan memastikan jentera tengah Arsenal berupaya memberikan bola yang dikehendaki Van Persie.. Dengan Walcott ditahap terbaiknya dan Gervinho dengan skillnya dribble bola sedikit sebanyak membantu Van Persie..

Itu tidak termasuk lagi larian-larian Bacary Sagna, Carl Jenkinson, Andre Santos dan Kieran Gibbs di posisi bek kanan dan kiri Arsenal.. Dan kadang-kadang juga Laurent Koscielny, Per Mertasacker dan Thomas Vermaelen.. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya ataupun tidak.. Namun percaya ataupun tidak.. Arsenal lebih bermain secara berpasukan sekarang ini dari sebelumnya..

Namun Atikah turut setuju dengan abang ipar Atikah.. Peningkatan mendadak Van Persie ada kena mengena dengan pemergian Fabregas dan Samir Nasri.. Ianya bagaikan kes Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dulu yang telah menyaksikan Wayne Rooney naik mendadak.. Inilah masanya untuk Van Persie menyinar dan beliau berjaya melakukannya hasil persembahan baik pasukan.. So RVP please stay!!

And no kita tidak hanya mengharapkan RVP.. Tanpa persembahan baik pasukan, Van Persie tidak akan menledak begitu banyak gol walaupun kita semua tahu beliau mampu melakukannya.. Siapalah penyerang tanpa pemain-pemain tengah?? Siapalah penyerang jika hanya ada skill namun tiada siapa mahu berikannya bola??

Dan jika pertahanan kita masih goyah walaupun Van Persie meledak hatrik, ianya tidak akan membantu pasukan memenangi perlawanan.. So credit to defend dan terutama sekali Wojciech Szczesny.. Ini hanya pandangan Atikah.. Sama ada anda setuju ataupun tidak terpulanglah.. Tapi percayalah Arsenal bermain lebih berpasukan berbanding dulu..
Read More

Jenkinson, Gibbs & Diaby news

Laurent Koscielny dilihat bakal meneruskan tugas cemerlangnya di bahagian bek kanan selepas Arsene Wenger mengesahkan yang Carl Jenkinson yang mengalami kecederaan belakang akan terlepas perlawanan selama 3 minggu lagi.. Jenkinson dilihat bakal bersedia semasa perlawanan menentang pendahulu liga Manchester City pada 18 Disember nanti..

Kieran Gibbs yang baru menjalani pembedahan hernia pulang dijangka terlepas perlawanan selama 4 minggu dan ianya dilihat Andre Santos akan terus beraksi di posisi bek kiri sehinggalah kepulangan semula Gibbs yang mungkin akan bersedia semasa perlawanan menentang Wolverhampton pada 26 Disember depan..

Sementara itu Wenger mengesahkan Koscielny bebas daripada sebarang kecederaan walaupun dibawa keluar pada minit ke-83 untuk digantikan dengan Johan Djourou.. Wenger menyifatkan pertukaran tersebut adalah disebabkan Koscielny dilihat keletihan di posisi bek kanan Arsenal.. Abou Diaby yang di bawa masuk menggantikan Theo Walcott pada minit ke-86 pula dilihat tidak mempunyai sebarang masalah.. Adios..
Read More

Team News

Tomas Rosicky yang sebelum ini terlepas perlawanan menentang bekas kelabnya, Borrusia Dortmund di Jerman akan terlepas sekali lagi perlawanan menentang bekas kelabnya itu di Emirates Stadium selepas mengalami kecederaan paha semasa menjalani latihan..

Namun ketiadaan Rosicky dijangka akan digantikan dengan Abou Diaby yang dilihat cukup cergas selepas menjalani pembedahan buku lalu dan Diaby dilihat akan mengambil tempat Rosicky di bangku simpanan walaupun beliau tidak beraksi untuk satu tempoh yang lama..

Robin Van Persie yang sebelum ini memulakan perlawanan di bangku simpanan semasa menentang Olympique De Marseille akibat kerisauan tentang kecederaannya disahkan bakal memulakan perlawanan menentang Borussia Dortmund selepas bebas daripada kecederaan yang mungkin menghalangnya untuk beraksi di barisan pemulaan..

Berikut adalah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Perlawanan ini tidak akan ditunjuk secara live namun ada siaran tertunda di Astro ESPN pada pukul 5.30 malam nanti.. Adios!!

P/S : Game start pukul 3.45 pagi..
Read More

Team news and Henry training with the team!

Minggu antarabangsa selalu memberikan berita buruk untuk kem Arsenal namun Arsene Wenger mengesahkan yang tiada sebarang kecederaan berlaku.. Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski masing-masing bermain satu perlawanan persahabatan untuk Poland sementara Laurent Koscielny diberikan first capnya untuk Perancis hasil persembahan cemerlangnya bersama-sama Arsenal..

Tomas Rosicky pula mengetuai pasukannya, Republik Czezh ke EURO 2012 sementara Robin Van Persie dihantar pulang awal minggu ini untuk diberikan rehat.. Kebanyakan pemain Arsenal yang lain diberikan rehat dengan hanya bermain satu perlawanan persahabatan daripada 2 perlawanan melainkan Theo Walcott yang beraksi 45 minit menentang Sepanyol dan 67 minit menentang Sweden..

Namun perkara sebaliknya yang berlaku selepas Kieran Gibbs terpaksa menjalani pembedahan hernia semalam dan ianya membawa maksud Gibbs akan direhatkan 4 ke 5 minggu.. Carl Jenkinson turut terpaksa direhatkan selepas pakar tidak mahu kecederaan belakang yang di alami Jenkinson lebih teruk dan ini membawa maksud Koscielny mahupun Johan Djourou akan bermain di posisi bek kanan sepanjang ketiadaan Jenkinson..

Sementara itu Ryo Miyaichi yang dikeluarkan seawal minit ke-34 semasa perlawanan skuad simpanan menentang Fulham akibat kecederaan disahkan akan berehat selama 4 ke 6 minggu akibat kecederaan buku lali yang di alaminya.. Selain daripada itu Abou Diaby dan Maroune Chamakh telah kembali menjalani latihan penuh namun Diaby akan mengambil lebih masa untuk kembali beraksi sementara Chamakh bersedia untuk perlawanan hujung minggu ini..

Lagenda dan pemegang rekod penjaring gol terbanyak Arsenal, Theirry Henry telah kembali ke London Colney dan telah menjalani latihan bersama-sama pemain Arsenal setelah musim di MLS berehat.. Henry membuat keputusan untuk berlatih bersama Arsenal untuk mengekalkan kecergasannya dan diharap Henry dapat memberikan tip-tip kepada pemain Arsenal yang lain dan harapnya beliau mampu memujuk RVP untuk kekal.. Adios!!
Read More