17 November 2011

Laluan mudah menanti Arsenal Ladies

Arsenal Ladies menerima laluan yang sedikit mudah di peringkat suku akhir Champions League selepas berjaya mengelakkan diri menentang 3 gergasi Jerman dan 1 gergasi Perancis di peringkat suku akhir.. Arsenal Ladies akan menerima kunjungan daripada wakil Sweden, FC Goteberg pada bulan Mac nanti..

Namun laluan sukar dilihat akan menanti pada peringkat separuh akhir jika Arsenal Ladies mara, mereka akan menentang dengan sama ada satu lagi wakil Sweden, WFC Malmo ataupun bekas juara Champions League, 1. FFC Frankfurt.. Namun saingan pentas final dilihat lebih menyukarkan dengan kemungkinan besar Olympique Lyonnais ataupun FFC Turbine Postdam bakal menjadi pencabar di Munich..

Arsenal Ladies turut menyaksikan mereka memegang 2 lagi rekod baru Champions League selepas muncul juara Eropah pertama luar dari Scandanavia dan Jerman selepas melengkapkan kemenenangan agregat 6-2 ke atas wakil Sepanyol, Rayo Vallecano untuk mara ke peringkat suku akhir Champions League buat kali kesepuluh yang merupakan satu catatan rekod baru Champions League..

Sementara penjaga gol dan idola Atikah, Emma Byrne mencatatkan rekod sebagai pemain terbanyak sekali membuat penampilan di dalam saingan Eropah dengan Emma merupakan tonggak utama Arsenal sepanjang kejayaan mereka mara ke peringkat suku akhir 10 kali dan juga semasa mereka menjulang Piala Eropah pada tahun 2007.. Ciara Grant dan juga Jayne Ludlow masing-masing berkonsi 55 penampilan dengan dijangka ketiga-tiga mereka akan terus beraksi sekurang-kurangnya 2 lagi aksi Eropah..

Namun setakat ini terdapat khabar angin yang pemain terbaik dunia, Marta dijangka kembali semula ke Sweden dan bakal menyertai FC Goteberg.. Wow.. Atikah harap ianya hanyalah khabar angin.. Namun ianya juga mampu menjadi perlawanan yang cukup menarik kerana pada pentas final Champions League pada tahun 2007, Emma Byrne beraksi cemerlang untuk mengecewakan Marta..

Walau apa-apa pun semoga berjaya kepada Arsenal Ladies.. Harap-harap mereka mampu mara ke pentas final dan seterusnya membuktikan mereka masih lagi pasukan terbaik England sama ada di peringkat domestik mahupun Eropah selepas kehilangan beberapa tonggak utama kepada pasukan di United States dan pasukan lain di FAWSL.. Atikah yakin pasukan Arsenal masih sebaik dahulu dan tidak mustahil jika kesemua tonggak cergas mereka akan membawa pulang semula kejuaraan Eropah ini ke Boreham Wood..

Apa-apa pun Atikah x sabar nak tengok perlawanan persahabatan mereka menentang juara liga Jepun, INAC Kobe yang bakal dibarisi tujuh tonggak pasukan kebangsaan Jepun yang mengejutkan USA di pentas final Piala Dunia.. Adakah pasukan yang bakal diketuai Homare Sawa mampu menundukkan juara treble England, Arsenal?? So good luck ladies and Adios amigos!!

1 comments:

Saiful Nizam said...

terbaik!

17.11.11

Post a Comment