News update

Arsenal dilimpahi dengan cukup banyak berita baik sejak akhir-akhir ini di mana sudah semestinya kita mengharapkan ianya tidak akan berhenti.. Sebastien Squillaci bersedia sepenuhnya untuk menguatkan barisan pertahanan yang semakin kuat.. Ini bermaksud Wenger berpeluang merehatkan Djourou ataupun Koscielny yang telah beraksi banyak perlawanan secara berturut-turut..

Abou Diaby turut akan berada dalam pasukan pada hari ahad ini dengan Wojciech Szczesny mungkin akan diberikan rehat selepas Manuel Almunia telah pulih sepenuhnya dari kecederaan-kecederaan yang menghantuinya musim ini.. Namun Lukasz Fabianski masih bergelut dengan kecederaan bahunya sementara Thomas Vermaelen masih memerlukan masa untuk pulih..

Tomas Rosicky pula mungkin akan terus disisihkan selepas beliau masih sakit dan walaupun Wenger mahukan khidmat Rosicky secepat mungkin supaya beliau boleh memberikan rehat yang diperlukan kepada kapten pasukan, Cesc Fabregas namun Rosicky masih berada dalam keraguan untuk beraksi pada hari ahad ini..

Bacary Sagna yang tidak mempunyai kecederaan serius di kepalanya dijangka akan beraksi pada hari ahad ini ataupun mungkin semasa perlawanan menentang Everton minggu depan.. Itu sahaja berita kecederaan terkini Arsenal dengan dilihat Arsenal tidak mempunyai banyak masalah kecederaan sejak akhir-akhir ini yang jelas mengembirakan peminat..

Sementara itu penyerang berbakat skuad simpanan, Benik Afobe menyertai semula Huddersfield Town secara pinjaman sehingga tamat musim ini selepas pulih dari kecederaan lutut yang memaksanya dihantar pulang semula ke Arsenal.. Namun fans Arsenal tidak akan melihat kelibat Afobe pada hari ahad ini selepas Afobe disahkan tidak akan beraksi..

Sekian lama dikritik mengenai prestasinya sejak akhir-akhir ini akhirnya tuan empunya badan, Andrei Arshavin membuka mulutnya dan mengakui beliau semakin hilang tumpuan dan peningkatan usianya semakin menjejaskan prestasinya namun beliau berjanji untuk kembali mendapatkan prestasi terbaiknya selepas Samir Nasri dan Theo Walcott telah menjadi pilihan Arsene Wenger sejak akhir-akhir ini..

"It’s true that, at the moment, I’m not happy with how I’m playing.. I feel that I’m making mistakes that I shouldn’t be - not giving good passes and losing a lot of balls.. It’s hard to give reasons but I am working hard to get back to my best and am confident it will come.. It’s an unusual situation because I’m not used to being on the bench this much.. Maybe I had one period like this back at Zenit St Petersburg but it was a bit shorter.. I can’t complain when the team is doing this well, though - our recent form in the league has been excellent.."

Harapnya Arshavin akan kembali ke prestasi terbaiknya.. Atikah asyik marah-marah dan kutuk Arshavin bukannya sebab apa.. Arshavin merupakan salah satu pemain penting Arsenal dan paling berpengalaman.. Bila tengok prestasi dia drop mendadak memang cukup mengejutkan terutama sekali Arshavin adalah salah seorang pemain Arsenal yang bersuara lantang.. So Arshavin I really hope you will be back at your best.. Stop wasting the ball and stop being so LAZY!! Adios!!
Read More

Squillaci back so it's mean no new defender??

Okay first of all apa yang Atikah nak beritahu ialah Atikah mungkin akan semakin lambat memberikan latest informasi dari kem Arsenal memandangkan minggu ini sudah start pemilihan untuk skuad bola baling dan of courselah nanti Atikah akan sibuk dengan sekolah dan latihan bola baling.. So Atikah minta maaflah dulu..

So kita mulakan dengan berita kecederaan terkini dari kem Arsenal.. Seperti yang dijangkakan, Sebastien Squillaci akan cergas sepenuhnya pada hujung minggu ini untuk kembali mengetuai bahagian pertahanan Arsenal selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring.. Dan ini sudah semestinya membuatkan Arsene Wenger langsung tidak terburu-buru untuk membeli pemain pertahanan baru..

Namun Wenger mengakui beliau masih mencari-cari namun menegaskan buat masa ini tiada sebarang perjanjian akan berlaku.. So dengan pintu perpindahan makin ditutup nampaknya semakin tipis peluang untuk fans Arsenal melihat kemasukkan pemain pertahanan baru selepas menafikan khabar angin yang beliau mahu mendapatkan pemain pertahanan yang sering tercedera Spurs, Jonathan Woodgate..

Abou Diaby yang menjadi antara faktor penting Wenger melepaskan Aaron Ramsey secara pinjaman disahkan akan kembali semula ke dalam pasukan semasa Arsenal menentang Huddersfield dalam pusingan kelima Piala FA hujung minggu ini.. Sementara Tomas Rosicky yang sakit turut dijangka akan kembali pada hujung minggu ini..

So perlawanan Arsenal VS Ipswich akan disiarkan di Astro SuperSport2 di channel 816 pada pukul 3.45 pagi ini.. Atikah x pasti sama ada akan saksikan perlawanan ini ataupun tidak memandangkan Atikah ada pemilihan bola baling so of courselah Atikah akan penat giler.. Dahla esok sekolah pulak tu.. Hmm.. Walau apa-apa pun Good Luck Arsenal.. Kalahkan Ipswich dan mara ke pusingan akhir bulan depan!! Adios
Read More

Arsenal semakin hampir dapatkan Alex Chamberlain

Seminggu yang lalu Arsene Wenger menyifatkan tiada sebarang perpindahan untuk pemain tengah berusia 17 tahun yang dianggap sebagus Theo Walcott iaitu Alex Oxlade-Chamberlain dari pasukan Southampton yang turut di awasi Liverpool, Manchester United dan beberapa kelab yang lain..

Namun hari ini spy Atikah mengesahkan yang Wenger telah mengadakan perbincangan bersama-sama Southampton tentang potensi membawa Chamberlain ke Arsenal dengan Wenger dilaporkan bersedia memenuhi permintaan Southampton ke atas Chamberlain.. Southampton dilaporkan mahu sejumlah wang sebanyak 10 juta pound dan Chamberlain kekal di Southampton secara pinjaman sehingga tamat musim..

Ayah Chamberlain iaitu Mark Chamberlain dilaporkan bersetuju dengan perpindahan Chamberlain ke Arsenal berbanding ke pasukan-pasukan lain memandangkan peluang untuk Chamberlain beraksi dan menyerlahkan potensinya lebih terserlah di Arsenal di bawah asuhan Arsene Wenger yang telah pun terbukti..

Chamberlain dilaporkan turutu berminat dengan peluang berhijrah ke Utara London menyertai Arsenal.. Menurut spy Atikah, perjanjian ini mungkin akan diselesaikan pada penghujung minggu ini.. Jadi kita tunggu dan lihat sahajalah sama ada Chamberlain akan menyertai Arsenal ataupun tidak..

Arsene Wenger yang tanpa berselindung mengakui meminati Eden Hazard dan sering mengikuti perkembangannya.. Namun Wenger sekali lagi menegaskan beliau tidak akan terburu-buru untuk membeli Hazard kerana mahu menghormati Lille.. Wenger juga tidak menolak peluang mungkin bakal mengorak langkah jika Lille bersedia melepaskan Hazard.. Adios..
Read More

Ramsey kembali ke Cardiff dan penjelasan Denilson

Aaron Ramsey secara rasminya kembali semula ke pangkuan bekas kelabnya, Cardiff City secara pinjaman sebulan untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya sebelum beliau mula dipilih Arsene Wenger untuk barisan kesebelasan utama Arsenal.. Ramsey akan berada di Cardiff sehingga 26 Februari 2011..

Ini bermakna jika Arsenal mara ke final Piala Carling, Aaron Ramsey tidak akan berada di bangku simpanan Arsenal di mana ianya cukup menyedihkan kerana kita perlu tunggu sehingga bulan Mac untuk kembali melihat aksi Ramsey di jersi Arsenal jika pinjamannya ini berjalan dengan lancar..

Namun walau apa-apa pun harapnya pinjaman ini akan berjalan dengan lancar dan sekembalinya Ramsey ke pangkuan Arsenal nanti harapnya kesemua fans Arsenal boleh melihat aksi terbaik ataupun hampir terbaik Ramsey semula sebelum kecederaan ngeri yang hampir meragut kariernya..

Denilson bertindak membuat kenyataan mengenai laporan mengatakan beliau mengatakan yang kapten Cesc Fabregas bukan ketua yang baik dengan memberitahu yang ianya telah ditukar media dan menegaskan apa yang dimaksudkannya ialah kesemua pemain Arsenal patut bertanggungjawab di atas padang..

Menurut Denilson juga selepas kenyataan tersebut dikeluarkan beliau bertindak berjumpa Fabregas dan menjelaskan segala-galanya kepada Fabregas.. Inilah apa yang dikatakan Denilson di Official Arsenal Match Programme untuk menjelaskan keadaan sebenarnya sebelum ianya bertukar menjadi lebih buruk..

"I want to tell everyone that I never said that Cesc Fabregas is a bad captain.. I never spoke about him [like that] because I like him and respect him, as I do all of the players.. Sometimes the papers change a conversation and you never know whether it’s true.. I am honest though, and when I came to the training ground on Wednesday, before going to Leeds on the train, I spoke to Cesc about it.. He understood and was fine.."

"I basically said that we have 25 players who should all take responsibility - I never talked about Cesc as captain.. Unfortunately the papers like to change things.. More important than that is to be together as a club.. I respect Cesc, all the players and the staff too because we are all working for the same thing.."

"This is a very young team, but we have quality, and we are in a very good position.. Look at Chelsea – they have many experienced players but they are below us in the table.. Cesc is the captain, and I respect him, but I think every single player needs to take responsibility on the pitch too.."

"Me personally, I need to continue to work to improve as well.. If we want to win this is what we have to do.." Bagi Atikah apa yang dikatakan Denilson betul sekali.. Jika Arsenal mahu menamatkan kemarau kejuaraan, kesemua pemain Arsenal perlu lebih bertanggungjawab dan semakin meningkat..

Janganlah asyik bergantung harap dengan Van Persie dan Fabregas sahaja.. Apa salahnya kalau kadang-kadang kesemua pemain menolong mereka berdua.. Kerana dengan itu sahaja Arsenal mampu kembali memenangi kejuaraan liga dan mula menundukkan pasukan-pasukan gergasi yang lain.. Adios..
Read More

Aaron Ramsey pulang ke Cardiff ??

Aaron Ramsey berkemungkinan besar akan kembali semula ke pangkuan bekas kelabnya, Cardiff City secara pinjaman bulan ini selepas Arsene Wenger mengakui beliau bersedia membenarkan Ramsey dipinjamkan selama sebulan ke Cardiff yang cukup beria-ia mahu mendapatkan khidmat Ramsey kembali..

Wenger awal-awal lagi telah menolak peluang kelab-kelab EPL lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat Ramsey secara pinjaman setelah menegaskan beliau mahu Ramsey menamatkan musimnya di Arsenal selepas pulang dari satu lagi tempoh pinjaman untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya..

Carlos Vela yang tanpa disangkal lagi menerima limpahan tawaran perpindahan secara pinjaman dijangka akan meninggalkan Arsenal secara pinjaman tidak lama lagi.. Arsene Wenger masih lagi mencari-cari kelab yang sesuai dan kelab yang memberikan jaminan untuk menurunkan Vela sekerap mungkin namun apa yang pasti Vela akan dipinjamkan ke kelab EPL yang lain..

Henri Lansbury juga berkemungkinan besar akan terus dipinjamkan ke Norwich City.. Ianya di akui Wenger sendiri yang Lansbury mungkin akan terus dilepaskan secara pinjaman selepas tempoh pinjaman yang cukup cemerlang di Norwich.. Ianya disebabkan Wenger mahukan tiga trio ini beraksi dengan lebih kerap sebelum mula dipanggil semula Wenger..

Arsene Wenger terus menerus mendiamkan diri tentang masa depan Manuel Almunia di Arsenal selepas enggan memberitahu sama ada, ada kelab yang mengemukakan tawaran untuk Almunia.. Dengan Wenger memberitahu yang Almunia berkemungkinan kecil akan meninggalkan Arsenal namun buat masa ini Almunia masih milik Arsenal dan dalam mood standby.. Adios
Read More

Injury news and Fabregas and Denilson news

Tiada sebarang kecederaan serius di dalam kem Arsenal dengan hanya Maroune Chamakh dan Denilson sahaja mengalami sedikit kecederaan.. Chamakh mengalami kecederaan lutut sementara Denilson mengalami kecederaan di pinggangnya.. Namun mereka berdua dijangka akan cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Wigan hujung minggu ini..

Sementara itu Arsene Wenger memberitahu mereka terpaksa bersabar dengan proses pemulihan kecederaan bahu yang di alami Lukasz Fabianski.. Ini bermakna Wojciech Szczesny akan terus mengawal gawang Arsenal sementara James Shea akan terus memanaskan bangku simpanan Arsenal..

Abou Diaby dan Sebastien Squillaci pula masih seminggu lagi sebelum kembali semula ke dalam pasukan.. Thomas Vermaelen yang menjalani pembedahan kecil dijangka hanya kembali bulan depan sementara itu tiada sebarang tarikh bila Manuel Almunia akan kembali dan bersaing semula untuk tempatnya yang telah diambil alih Fabianski dan Szczesny..

Arsene Wenger turut memberikan komennya terhadap komen Denilson yang mengatakan Fabregas is not a true leader ataupun lebih kurang macam tulah di dalam akhbar Brazil (di mana media boleh memutarkan belitkan apa yang dikatakan Denilson) bahawa Cesc Fabregas merupakan an outstanding leader.. Ya Atikah setuju!!

Fabregas sendiri telah menyelamatkan keadaan dengan mengatakan ianya hanyalah satu salah faham.. Dan Wenger turut menambah yang tiada masalah di antara kaptennya itu dengan Denilson.. Dengan Wenger turut menambah mereka berdua merupakan kawan baik dan saling menghormati di antara satu sama lain..

Rumusan Atikah pasal berita ini ialah ianya satu lagi cara media untuk menghuru harakan kem Arsenal.. Kita sebagai fans Arsenal patut mengendahkan segala berita ini kerana jelas sekali ianya cukup pelik untuk lihat Denilson mengkritik kawan baiknya, Fabregas.. Kita sendiri tahu yang kesemua pemain Arsenal cukup menghormati Fabregas..

So apa yang sudah berlaku biarkanlah.. Kerana kita tahu yang Fabregas dan Denilson tiada masalah antara satu sama lain.. Dan begitu juga dengan kesemua pemain Arsenal lain terutama sekali sejak William Gallas meninggalkan pasukan.. So harapnya kesejahteraan kem Arsenal berkekalan buat selama-lamanya.. Adios..
Read More

Szczesny to keep his place

Wojciech Szczesny akan mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gawang Arsenal pada perlawanan ulangan Piala FA menentang Leeds United selepas Lukasz Fabianski masih bergelut dengan kecederaan bahunya.. Ini juga akan turut menyaksikan penjaga gol utama skuad simpanan Arsenal, James Shea akan terus berada di bangku simpanan..

Sementara itu Aaron Ramsey disahkan Arsene Wenger telah available dalam senarai pilihan pemainnya dan ini mungkin membawa maksud Ramsey akhirnya akan membuat kemunculan sulungnya semula di dalam pasukan utama Arsenal tidak sampai setahun selepas kecederaan ngeri yang hampir meragut kariernya sebagai pemain bola sepak..

Sementara itu Abou Diaby berserta Lukasz Fabianski dijangka akan kembali semula ke dalam pasukan pada perlawanan menentang Huddersfield United untuk peringkat seterusnya Piala FA jika Arsenal berjaya menewaskan Leeds United pada awal pagi khamis nanti.. Manuel Almunia juga masih mengalami kecederaan dan Wenger tidak memberikan sebarang idea bila Almunia akan kembali semula..

Sementara itu Sebastien Squillaci dijangka akan kembali semula dalam masa dua minggu dan Arsene Wenger turut mengesahkan laporan Atikah mengenai kecederaan Thomas Vermaelen yang akan menjalani pembedahan biasa ataupun menurut Wenger procedure.. Wenger memberitahu Vermaelen dijangka akan disisihkan selama 4 ke 6 minggu..

Wenger turut mengakui tiada yang mustahil tentang hakikat kemungkinan Vermaelen akan kembali semula pada perlawanan genting menentang FC Barcelona bulan depan walaupun mengakui Vermaelen memerlukan beberapa perlawanan sebelum cergas sepenuhnya memandangkan sudah beberapa bulan Vermaelen tidak bermain..

Itu sahajalah berita kecederaan terkini dari kem Arsenal.. Dalam masa itu masih belum ada pengkhabaran baik tentang siapakah agaknya gerangan pemain pertahanan baru yang akan di bawa masuk Wenger.. Masih belum ada sebarang perjanjian melibatkan Arsenal dengan pemain yang ditunggu-tunggu peminat Arsenal.. Harapnya ianya akan terjadi tidak lama lagi.. Adios..
Read More

Thomas Vermaelen go to surgery

Arsene Wenger sebelum ini berharap supaya Thomas Vermaelen tidak memerlukan sebarang pembedahan ke atas kecederaan Achillesnya, namun akhirnya Vermaelen disarankan menjalani pembedahan selepas menerima nasihat pakar dengan Vermaelen akan berada di Sweden untuk menjalani pembedahan tersebut..

Ianya bukanlah satu pembedahan yang besar.. Ianya lebih kepada minor procedure dengan Vermaelen tidak memerlukan anestesi umum semasa menjalani pembedahan tersebut.. Berikut ialah apa yang dikatakan Verminator.. "I'll undergo this operation in Sweden.. According to the specialist who will operate on me it's a little tendon situated beside the Achilles tendon which is provoking the irritation.."

Vermaelen juga menjangkakan beliau mungkin akan kembali semula pada bulan Mac nanti.. Hmm kalau dari dulu lagi Vermaelen menjalani pembedahan sudah tentu Vermaelen sah-sah telah mula menguatkan jentera pertahanan Arsenal yang semakin lemah dan mudah leka ini walaupun dibantu dengan ketangkasan dan kecekapan Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny..

Namun walau apa-apa pun semoga pembedahan ini berjalan dengan lancar dan harapnya Vermaelen akan kembali semula menguatkan pasukan tidak lama lagi.. Namun dalam masa itu juga harapnya Wenger cepat-cepatlah beli pemain pertahanan baru.. Tidak kisahla siapa asalkan beliau seorang pemain pertahanan yang lasak dan cukup berwibawa.. Adios..
Read More

Latest injury news

Lukasz Fabianski bakal melalui ujian perubatan terlebih dahulu sebelum bertugas di gawang Arsenal pada pertemuan menentang West Ham United di mana Fabianski bertindak cemerlang dalam perlawanan sebelum ini akibat masalah kecederaan bahu.. Ianya merupakan 50-50 peluang.. Namun jika Fabianski gagal cergas, ini bermakna rakan baiknya, Wojciech Szczesny akan mengekalkan tempatnya..

Sementara itu sedikit berita baik dari Thomas Vermaelen ialah kecederaan achillesnya bukanlah long term.. Namun Arsene Wenger mengakui kita perlu banyak bersabar dengan perkembangan dan proses pemulihan yang memakan masa yang cukup lama.. Dan Wenger juga menegaskan tiada tarikh lagi bila Vermaelen akan kembali sepenuhnya..

Denilson turut berada dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan esok selepas mengalami kecederaan paha.. Namun selain daripada itu tiada sebarang masalah kecederaan baru dan tiada pemain baru yang akan menyertai Thomas Vermaelen, Abou Diaby, Emmanuel Frimpong dan Sebastien Squillaci..

Sementara itu terdapat spekulasi yang mengatakan ejen Andrei Arshavin memberitahu yang Arshavin mahu meninggalkan Arsenal dan bersedia untuk menyertai gergasi Itali, Juventus.. Namun menurut ejen tersebut, Arshavin hanya akan terus kekal jika Arsenal memenangi EPL dan Juventus gagal membuat tawaran yang dikehendaki Arsenal sebanyak dalam lingkungan 20 juta pound..

Namun sejujurnya Atikah x kisah pun kalau dia pergi sekali pun bulan ini.. Dan kalau setakat stay dekat Arsenal sebab Arsenal menang EPL baik x payah.. Pergi mampus sajalah.. Arsenal tidak perlukan pemain macam ini.. Henri Lansbury dan Carlos Vela main lagi bagus dekat posisi sayap kiri.. X pun si Nasri daripada Arshavin yang makin lama makin menjadi-jadi nie..

Atikah dah x boleh nak bersabar dah dengan Arshavin nie.. Dia bukannya 19 tahun tapi dah 29 tahun dah.. Pemain yang muda dari dia main lagi bagus dari dia.. Kalau ada pemain macam nie buat menyusahkan saja.. Orang harapkan dia bantu Fabregas, Nasri dan Van Persie dia tolong tengok saja..

Atikah dah penat dah tengok si Arshavin nie.. Baik dia blah je.. Lepas tu Wenger panggil balik si Sanchez Watt yang cukup cemerlang di Leeds.. Daripada kekalkan si Arshavin yang main ikut suka hati dia je, baik bagi Vela, Lansbury ataupun Watt isi tempat dia.. Lagi senang.. Mereka lagi bagus dari Arshavin nie musim ni.. Anyway Adios..
Read More

Wenger will buy a new centre back!!

Yeah.. Tajuk yang Atikah tulis itu memang betul.. Arsene Wenger telah mengesahkan yang beliau akan mencari pemain pertahanan baru selepas Sebastien Squillaci akan disisihkan selama 2 ke 3 minggu akibat kecederaan hamstring dan selepas Thomas Vermaelen sekali lagi proses pemulihannya mengalami masalah..

Staf perubatan Arsenal sudah semakin pelik dengan masalah kecederaan Vermaelen.. Sekejap kecederaannya semakin bertambah baik, sekejap kecederaan kembali buruk.. Ini telah memaksa Arsenal memanggil pakar-pakar di seluruh dunia dan memberikan pendapat tentang kecederaan Vermaelen.. Buat masa ini tiada tarikh tertentu Verminator akan kembali..

Namun selain itu tiada sebarang masalah kecederaan baru di kem Arsenal dengan Wenger mengesahkan beliau akan melakukan beberapa pertukaran.. Namun Wojciech Szczesny telah pun sah akan beraksi menentang Ipswich nanti.. Harapnya Aaron Ramsey akan beraksi pada perlawanan ini kerana Atikah cukup merindui kelibatnya di atas padang..

Apa-apa pun Atikah akan memerhatikan segala-segala perkembangan siapakan pemain pertahanan baru yang akan di bawa masuk Wenger.. Namun mungkin Atikah akan lambat update sedikit sebab sejak akhir-akhir nie cikgu bagi banyak homeworklah pulak.. Kalah masa nak PMR dulu.. Ish2.. so Adios..
Read More

Squillaci tambah derita pertahanan dan Henry back!!

Sebastien Squillaci yang tidak banyak memberikan impak kepada Arsenal sejak berpindah dari Sevilla ke Arsenal dan turut di soalkan peminat Arsenal tentang pilihan Wenger memilihnya sebagai kapten pasukan di mana menyaksikan Squillaci langsung tiada ciri kepimpinan yang diperlukan telah menambahkan lagi derita di bahagian pertahanan selepas mengalami kecederaan hamstring..

Squillaci mengalaminya semasa Arsenal seri 1-1 dengan Leeds United dan imbasan akan dijalankan dalam masa terdekat ini untuk melihat berapa lama Squillaci akan disisihkan.. Jika Squillaci akan berehat beberapa minggu ataupun jika imbasan tersebut memberikan berita buruk, Wenger telah mengesahkan beliau akan membuka buku ceknya dan membawa pemain pertahanan ke dalam pasukan..

Kecederaan Sebastien Squillaci ini telah menyaksikan hanya Laurent Koscielny dan Johan Djourou sahaja pemain pertahanan Arsenal yang cergas.. Dengan Thomas Vermaelen masih dalam proses pemulihan dan Havard Nordtveit pula telah meninggalkan pasukan, ianya telah memaksa Wenger untuk bertindak pantas dengan membawa seorang pemain pertahanan untuk memberikan ruang untuk bernafas kepada bahagian pertahanan Arsenal..

Namun dalam masa itu Arsenal pastinya perlu bergantung harap buat seketika kepada pemain pertahanan skuad simpanan iaitu kapten skuad simpanan, Ignasi Miguel.. Dengan Alex Song pasti akan menjadi pemain pertahanan tengah bidan terjun sekali lagi jika Wenger mahu merehatkan Djourou mahupun Koscielny..

Walau apa-apa pun harapnya Wenger akan membeli pemain pertahanan baru secepat mungkin.. Tidak pedulilah sama ada imbasan tahap kecederaan Squillaci positif ataupun sebaliknya.. Kerana selagi pintu perpindahan masih belum di tutup, masih ada peluang untuk Wenger membeli beberapa pemain back up sebagai langkah berjaga-jaga..

Sementara itu pemain-pemain Arsenal diberikan berita baik selepas Theirry Henry kembali semula berlatih unuk Arsenal bagi mengekalkan tahap kecergasannya sebelum musim baru MLS di buka semula pada bulan Mac nanti.. Ini pastinya memberikan motivasi tambahan buat pemain Arsenal dengan kepulangan semula lagenda dan kapten paling dihormati, Henry di padang latihan di London Colney..

Sementara itu jika Arsenal berjaya melepasi halangan pasukan pinjaman Sanchez Watt, Leeds United, Arsenal akan menentang satu lagi pasukan pinjaman pemain Arsenal, Benik Afobe iaitu Huddersfield Town di pusingan keempat Piala FA.. Wow.. Apa masalah Arsenal dengan pasukan yang Arsenal pinjamkan pemain masa depan Arsenal nie?? Selepas Sanchez Watt, Benik Afobe pulak.. Hmm..

Anyway harapnya Arsenal akan benarkan Afobe main perlawanan ini seperti mana mereka benarkan Watt main tempoh hari di mana fans Arsenal dapat menyaksikan Watt beraksi cemerlang menentang Arsenal.. Dan harapnya juga, Afobe sempat pulih dari kecederaan hamstringnya sewaktu perlawanan tersebut.. Anyway adios..
Read More

Latest injury news, Sagna red card and Nordtveit leave

Kieran Gibbs akan kembali ke dalam skuad utama Arsenal semula selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lalinya.. Namun Bacary Sagna akan terlepas 3 perlawanan selepas ini akibat pergantungan perlawanan selepas Arsene Wenger mengesahkan Sagna memang patut di buang padang sewaktu menentang Man. City tempoh hari dan Arsenal tidak bercadang untuk membuat rayuan..

Ini bermakna Emmanuel Eboue akan mengisi tempat Sagna yang dilayangkan kad merah tempoh hari.. Sementara itu Samir Nasri dan Robin Van Persie masing-masing mengalami kecederaan ringan namun dijangka pulih untuk menentang Leeds United dalam saingan Piala FA namun Wenger mengesahkan beliau akan merehatkan tonggak-tonggak utamanya..

Sementara itu Arsenal telah mengesahkan Havard Nordveit telah menyertai Borussia Monchengladbach.. Walaupun Atikah kecewa dengan perkara ini, apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada beliau.. Sayang tidak dapat melihat potensi sebenarnya.. Kenapalah Wenger lebih percayakan si Sebastien Squillaci yang so far x banyak benda bagus dia buat dari berikan peluang kepada Nordtveit..

Harapnya Wenger tidak akan menyesali keputusannya membenarkan Nordtveit pergi seperti kes Matthew Upson.. Atikah harap Wenger akan beli pemain pertahanan baru untuk meredakan kekecewaan fans Arsenal melihat pemain berbakat dan dilaporkan pertahanan masa depan Arsenal, Nordtveit meninggalkan Arsenal..

Samir Nasri yang muncul pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Disember buat kali ketiga berturut-turut menewaskan Alex Song dan Theo Walcott berjaya muncul pemenang PFA Fans Player of The Month buat kali kedua.. Jadi tahniah kepada Samir Nasri and you well deserves it.. Adios Amigos..
Read More

Vela, JET & Nasri new news

Bolton Wonderers telah membuat permohonan rasmi untuk membawa Carlos Vela ke Bolton secara pinjaman.. Bolton akan bersaing dengan beberapa kelab Sepanyol untuk mendapatkan khidmat Vela walaupun Valencia dan Espanyol lebih berminat untuk membeli Vela, namun sudah semestinya sebarang peluang untuk melihat Vela dijual adalah tiada langsung..

Dengan Bolton dilaporkan merupakan satu-satunya pasukan EPL yang berminat, mereka berpeluang untuk mendapatkan khidmat Vela selepas ejen Vela menegaskan yang tiada peluang langsung untuk melihat Vela akan dipinjamkan ke Sepanyol.. Namun mungkin Wenger akan berat membenarkan Vela ke Bolton memandangkan Vela mungkin tidak akan beraksi sekerap mungkin dengan Elmander dan Davies berada di tahap terbaik mereka..

Namun dengan hakikat hubungan di antara Arsenal dan Bolton dan juga Arsene Wenger dan Owen Coyle cukup baik, perpindahan secara pinjaman ke Bolton berkemungkinan besar akan terjadi.. Namun walau bagaimana pun kita tunggu dan lihat sahajalah dan harapkan yang terbaik untuk Carlos Vela..

Seorang lagi penyerang yang Wenger sedia lepaskan secara pinjaman, Jay Emmanuel-Thomas dilaporkan telah mendapat perhatian daripada Blackburn Rovers yang berminat untuk membawa Jay ke Ewood Park.. Namun ianya masih rumors namun Atikah mengalu-alukan JET ke Blackburn so JET akan ada pengalaman berguna di EPL sebelum mula menjadi perancangan tetap Wenger di setiap perlawanan..

Samir Nasri yang telah menarik perhatian Pep Guardiola dijangka akan melenyapkan spekulasi masa depannya dengan semakin hampir menandatangani kontrak baru bersama Arsenal tidak lama lagi selepas ayah Nasri mengakui Nasri akan kekal di Arsenal tanpa sebarang keraguan lagi.. Berikut ialah kenyataan ayah Nasri..

"He is only 23 years old and still has much room for improvement.. I am convinced that he can go even higher. I think that yes, this will be with Arsenal.. It is a club that is close to his heart, that knew how to bring him to the level where he is.. I think that Arsenal remains his priority.." Atikah juga menjangkakan tiada masalah untuk melihat Nasri kekal di Arsenal untuk jangka masa panjang..

Nasri dijangkakan akan ditawarkan kontrak jangka masa panjang yang akan menyaksikan beliau menerima gaji berjumlah 75 ribu pound seminggu dan akan sebaris bersama-sama Robin Van Persie, Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin yang menerima gaji tertinggi di dalam pasukan.. Kontrak terkini Nasri hanya akan tamat pada 2012 nanti..

Apa-apa pun ini sahajalah berita baru dari kem Arsenal.. Dengan Atikah masih menyiasat apa maksud sebenar tweet yang Fabregas postkan.. Namun walau apa pun maksud sebenar Fabregas, Atikah harap ianya akan berikan kegembiraan kepada kita semua.. Adios..
Read More

Wenger akan sain new centre back

Jika ada pemain baru yang akan di tandatangani Arsene Wenger ianya hanya akan seorang pemain pertahanan.. Ianya bukan atas disebabkan kurangnya pemain pertahanan tengah Arsenal dengan pemain pertahanan muda berbakat Arsenal Havard Nordveit yang di jangka akan disahkan sebagai pemain Borussia Monchengladbach tidak lama lagi..

Oh bercerita pasal Nordtveit.. Terdapat beberapa laporan mengatakan Nordtveit telah sah merupakan pemain Borussia Monchengladbach.. Namun hakikatnya ianya tidak memandangkan masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Borussia Monchengladbach dan Arsenal sendiri walaupun Nordtveit telah terbang ke Jerman untuk menjalani ujian perubatan..

Sejujurnya Atikah harap segala-galanya tidak dapat diselesaikan dengan Nordtveit akan kembali semula ke Arsenal dan diberikan kontrak lanjutan.. Kerana agak sayang untuk menyaksikan pemain berbakat seperti Nordtveit disia-siakan begitu sahaja.. Cukuplah dengan kes Matthew Upson dulu.. Janganlah di ulangi lagi..

Okey, berbalik kepada topik asal, Wenger hanya akan membeli pemain pertahanan tengah yang baru jika proses pemulihan Thomas Vermaelen sekali lagi mengalami masalah.. Namun buat masa ini segala-galanya berjalan lancar dengan Vermaelen memberikan respon yang cukup baik sekali dan sudah mula berlari-lari tanpa sebarang masalah..

Namun jika Vermaelen akan kembali seperti yang dijangka, ianya bermakna tidak akan ada pemain baru yang akan di beli Wenger.. Kerana Wenger sudah cukup berpuas hati dengan barisan penjaga golnya dan tanpa sebarang keraguan lagi bahagian tengah Arsenal cukup bagus dengan Ramsey dan Lansbury kembali dari tempoh pinjaman..

Bahagian serangan pula x payah nak ceritalah.. Kalau sampai Carlos Vela pun dijangka akan dipinjamkan dalam tempoh terdekat ini dengan Robin Van Persie pun x ada masalah kecederaan buat masa ini, so sudah semestinya Wenger x akan beli penyerang baru.. Anyway harapnya ada pemain pertahanan tengah baru yang akan di bawa masuk Arsenal.. Adios..
Read More

Carlos Vela loan to Bolton??

Owen Coyle telah memgakui beliau bersedia untuk membawa Carlos Vela ke Bolton dan melakukan perkara yang sama seperti ke Jack Wilshere yang lalu.. Selepas pinjaman yang cemerlang di Bolton pada pertengahan musim lepas, Wilshere telah kembali ke Arsenal dengan menjadi salah seorang tonggak Arsenal dan telah menerima panggilan pertamanya untuk skuad kebangsaan England..

Dengan Arsene Wenger lebih cenderung meletakkan seorang penyerang dalam formasinya dengan pemain seperti Robin Van Persie, Maroune Chamakh dan Nicklas Bendtner mendahului Carlos Vela dalam senarai tersebut, ianya telah memaksa Wenger memberikan lampu hijau untuk segala tawaran untuk membawa keluar Vela dari Emirates Stadium secara pinjaman..

Dengan Bolton pastinya menjadi pasukan paling sesuai sekali untuk Vela memandangkan Bolton beraksi di saingan EPL dan Owen Coyle telah membuktikan beliau mampu membantu Arsenal mengasah lagi bakat pemain serba berbakat Arsenal dengan memberikan lebih banyak peluang untuk beraksi dengan Wilshere merupakan contoh terbaik kejayaan tersebut..

Namun sudah semestinya Vela akan berhadapan saingan di antara Johan Elmander dan Kevin Davies untuk memulakan perlawanan.. Namun sekurang-kurangnya peluangnya jauh lebih cerah untuk beraksi dengan lebih kerap bersama Bolton berbanding kekal di Arsenal.. Secara jujurnya Atikah setuju jika kita membiarkan Vela dipinjamkan ke Bolton..

Buat apa lagi kita biarkan si Vela dipinjamkan lagi ke Sepanyol?? Arsenal bermain di saingan EPL so lebih baik jika pemain seperti Vela dipinjamkan ke kelab EPL untuk memberikan lebih pengalaman kepada Vela tentang aksi di pentas EPL.. So harapnya Vela akan ke Bolton secepat mungkin kerana x sabar nak tengok persembahan Vela di Bolton..

Harapnya bila Vela kembali nanti, Vela akan jauh lebih baik dari sebelum ini memandangkan Vela lebih kerap mensia-siakan peluang berbanding menjaringkan gol.. Harapnya bila beliau kembali, Vela akan lebih tajam di hadapan pintu gol.. Vela dah tenang di hadapan pintu gol cuma entahla, kadang-kadang selalu sangat Vela lepaskan peluang.. So harapnya pinjamannya nanti akan mengimprovekan Vela dan memberikan Arsenal lebih banyak penyerang yang bagus.. Adios..
Read More

Latest injury news

Kieran Gibbs semakin hampir untuk kembali menjalani latihan penuh bersama skuad Arsenal dengan Gibbo dijangka akan kembali membarisi kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds United hujung minggu ini.. Namun hanya itu sahaja pemain yang kembali ke pangkuan Arsenal..

Tiada pemain yang mengalami kecederaan sewaktu menentang Birmingham tempoh hari walaupun Cesc Fabregas dan Bacary Sagna ditackle keras pemain-pemain Birmingham City.. Sementara itu Manuel Almunia dan Abou Diaby masih mengalami kecederaan dengan mereka berdua dijangka kembali dalam tempoh 2-3 minggu lagi..

Sementara Thomas Vermaelen masih berada di landasan yang tepat setakat ini untuk kembali semula pada penghujung bulan Januari ini.. Sementara itu juga kem Arsenal menyambut semula kedatangan Aaron Ramsey yang baru pulang dari perpindahan secara pinjaman ke Nottingham Forest.. Harapnya kita dapat melihat kembali kelibatnya di dalam jersi Arsenal dalam waktu terdekat ini..

Sepanjang tempoh pinjamannya hanya 5 perlawanan sahaja berjaya Ramsey lalui akibat masalah cuaca.. Dengan Nottingham Forest memberikan perhatian yang penuh terhadap Ramsey menyaksikan tidak banyak aksi yang berjaya ditampilkan Ramsey memandangkan Wenger pastinya menasihati Nottingham supaya memberikan protection kepada Ramsey yang baru pulih dari kecederaan serius tahun lalu..

Walau apa-apa pun welcome back Aaron Ramsey.. X sabar untuk Atikah melihat Ramsey kembali menyinari semula bahagian tengah Arsenal terutama sekali dengan faktor Abou Diaby masih bergelut dengan kecederaan buku lalinya, kembalinya semula Ramsey pastinya melegakan sedikit bahagian tengah Arsenal.. Adios..
Read More

Top 3 Arsenal most improved player in 2010

So tahun 2010 telah pun berakhir dan atas disebabkan itu Atikah membuat keputusan untuk membuat artikel khas tentang top 3 pemain yang paling meningkat sekali sepanjang tahun 2010.. Melepasi segala jangkaan, menutup mulut-mulut pengkritik dan semakin mengukuhkan kedudukan mereka sebagain pemain tonggak Arsenal..

Di tempat ketiga ialah Theo James Walcott atau lebih di kenali sebagai Theo Walcott yang menewaskan Jack Wilshere dalam top 3 Atikah.. Ianya atas di sebabkan sejarah-sejarah lampau Walcott dan juga atas sebab gol-golnya sepanjang musim ini.. Setakat ini Walcott telah menyumbat 9 gol.. Jumlah yang lebih banyak daripada musim-musim sebelum ini..

Hatriknya di Blackpool dan aksi tenangnya di hadapan pintu gol merupakan satu peningkatan dari pemain yang diketepikan Fabio Capello untuk pusingan akhir Piala Dunia tahun lepas.. Berseorangan membawa Arsenal kembali mengikat kedudukan sewaktu menentang Barcelona musim lepas telah cukup untuk Walcott berada di dalam senarai ini..

Walaupun masih mempunyai masalah dengan kecederaan, namun sekurang-kurangnya kali ini Walcott tidak perlu mengambil masa yang lama untuk beraksi di tahap terbaiknya.. Walcott masih perlu melakukan beberapa peningkatan lagi seperti sentuhan terakhir dan passingnya.. Walaupun sudah okey berbanding sebelumnya namun Walcott tetap perlu improve perkara tersebut..

Tidak sah jika tidak meletakkan seorang pemain yang sering dikritik dan di keji dua musim yang lalu sebelum muncul hero Arsenal musim ini iaitu Lukasz Marek Fabianski atau Lukasz Fabianski.. Siapa yang sangka Flappyhandski mampu muncul hero Arsenal selepas kerap melakukan kesilapan bodoh sepanjang kariernya di Arsenal..

Namun siri aksi cemerlang dari Fabianski walaupun di cemari beberapa tindakan bodoh, tidak menghalang dari Fabianski berada di tangga kedua pemain paling meningkat Arsenal.. Dua kali berturut-turut muncul pemain ketiga terbaik bulanan Arsenal pada bulan Oktober dan November telah membuktikan Fabianski berhak berada dalam senarai ini..

Melakukan beberapa aksi menyelamat yang mengkagumkan dan beberapa kali menjadi punca gol-gol yang dijaringkan Arsenal menerusi balingan dan tendangannya semasa pihak lawan masih terkedu dengan save yang di buatnya.. Dan ini jelas memberikan impak positif kepada Arsenal semasa melakukan counter attack memandangkan Fabianski mampu membuat balingan dan tendangan yang tepat melepasi garisan tengah..

Hakikat beliau dari zero ke hero Arsenal telah menyakinkan ramai pemerhati bola sepak yang Fabianski merupakan salah seorang pemain paling meningkat dan salah seorang penjaga gol paling cemerlang di EPL setakat ini.. Namun ini bukanlah bermakna Fabianski telah perfect.. Masih ada beberapa perkara perlu ditingkatkan Fabianski seperti his judgement call dan set piece..

Di tempat pertama sudah semestinya menjadi milik Samir Nasri.. Memastikan ketiadaan kapten pasukan, Cesc Fabregas tidak berapa dirasai dengan 13 golnya dan aksi-aksi memukaunya sepanjang musim ini.. Tidak keterlaluan untuk menyatakan yang Nasri merupakan pemain terbaik Arsenal musim ini selepas Fabregas dilihat bergelut dengan kecederaan berulangnya sepanjang musim ini..

Nasri semakin tenang di hadapan pintu gol dan hakikat beliau mempunyai skill untuk memperdayakan pemain pertahanan lawan semakin menguatkan lagi dakwaan yang beliau merupakan the new Zinedine Zidane dan Robert Pires Arsenal yang baru.. Nasri juga cukup berbakat untuk menjaringkan gol dari luar kotak penalti dan memperdayakan penjaga gol pihak lawan..

Impak Nasri sepanjang musim ini jelas memberikan kelebihan kepada saingan Arsenal untuk merebut kejuaraan liga.. Tidak hairan jika Nasri akan menjadi pemain muda terbaik PFA atau mungkin pemain terbaik PFA atau kedua-duanya pada akhir musim ini.. Walau apa-apa pun harapnya ketiga-tiga mereka ini akan terus meningkat.. Adios..
Read More

Pre match and new news

Okay.. Kita mulakan dengan berita terbaru.. Arsene Wenger telah mengesahkan yang sebenarnya Emmanuel Eboue telah menandatangani kontrak jangka masa panjang lebih kurang satu atau dua bulan yang dulu.. Ianya jelas akan menamatkan sebarang spekulasi tentang Eboue akan meninggalkan Arsenal bulan ini selepas beberapa pasukan berminat untuk mendapatkan pemain serba boleh ini..

Sementara itu Wenger mengakui beliau cukup over protecting dua pemain ini iaitu Johan Djourou dan Robin Van Persie.. Djourou yang baru kembali ke prestasi terbaiknya selepas sekian lama mengalami kecederaan jelas dijaga dengan rapi Wenger untuk mengelakkan Djourou kembali ke wad kecederaan Arsenal sementara Van Persie yang sering mengalami kecederaan juga dikawal rapi Wenger untuk memastikan RVP tidak akan berehat panjang sekali lagi..

Sementara itu Arsene Wenger mengesahkan yang beberapa kelab di Sepanyol bersedia untuk membawa pulang Manuel Almunia ke kampung halamannya selepas beliau semakin tersisih dari barisan pilihan penjaga gol Arsenal.. Wenger mengakui segala keputusan berada di tangan Almunia sama ada beliau mahu kekal dan bersaing untuk tempatnya atau meninggalkan Arsenal..

Sementara itu Wenger mengakui beliau masih diselubungi misteri berkenaan kecederaan buku lali Abou Diaby.. Wenger memberitahu buku lali yang baru mengalami kecederaan bukanlah buku lali yang pernah cedera dahulu.. Wenger sendiri tidak memahami apa faktor sebenar kecederaan buku lali Diaby..

Orang penting Arsene Wenger dan lagenda Arsenal, Pat Rice yang akan tamat kontraknya penghujung musim ini dispekulasikan akan meninggalkan Arsenal sebaik kontraknya tamat dan ini sudah semestinya mengundang resah kepada Wenger untuk kehilangan orang yang paling dipercayainya, Pat Rice..

Wenger mengakui akan mencuba sedaya upayanya untuk memujuk Pat Rice menandatangani kontrak baru dan kekal di Arsenal.. Namun beliau turut mengakui segala keputusan terletak di tangan Pat Rice sendiri.. Namun jika benarlah Pat Rice akan meninggalkan jawatannya di Arsenal siapa yang berkebolehan untuk megisi tempat Pat Rice??

Fans Arsenal pastinya mengharapkan lagenda the Gunners akan dipanggil Wenger untuk bersama-samanya mendidik pemain-pemain Arsenal dengan Dennis Bergkamp menjadi pilihan Atikah untuk mengisi kekosongan yang mungkin akan ditinggalkan Pat Rice.. Apa pandangan anda?? Kalau Bergkamp kembali ke Arsenal ianya pasti memberikan berita baik untuk pemain-pemain Arsenal..

Dan ianya akan menjadi satu pengalaman berguna untuk beliau sebelum mungkin akan mewarisi jawatan pengurus Arsenal dari Arsene Wenger.. Namun walau apa-apa pun Pat Rice tetap menjadi keutamaan kerana sumbangan beliau untuk Arsenal cukup penting sekali dan beliau jauh memahami pemain-pemain Arsenal dan sejarah Arsenal dari mana-mana jurulatih lain..

Sementara itu Arsene Wenger melaporkan pula yang kemungkinan besar tiada pemain baru akan di bawa masuk bulan ini selepas mengakui agak sukar mencari pemain yang benar-benar bagus sewaktu ini namun jika ada peluang Wenger berjanji akan mengambil sepenuhnya peluang tersebut.. Namun apa yang pasti fans Arsenal pasti berharap seorang pemain pertahanan baru akan di bawa masuk Wenger untuk mengukuhkan barisan pertahanan..

Sementara itu pada pukul 1.30 pagi nanti Arsenal akan menentang Birmingham City yang akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport3 di channel 817.. Harapnya Arsenal akan mengutip 3 mata penuh dan tolonglah jangan sekali lagi mensia-siakan peluang untuk memberikan cabaran kepada Manchester United.. Adios..
Read More

Selamat tinggal Havard Nordtveit ??

Fans Arsenal dijangka akan mengucapkan selamat tinggal kepada pemain pertahanan berbakat besar berusia 20 tahun dari Norway, Havard Nordtveit selepas Arsene Wenger mengakui yang Nordtveit semakin hampir menyertai kelab Jerman, Borussia Monchengladbach secara tetap dalam nilai perpindahan yang dijangka dalam lingkungan 500 ke 800 ribu pound..

Tanpa berselindung lagi Atikah memang terkejut dengan keputusan Arsene Wenger melepaskan pemain berbakat seperti Nordtveit secara tetap kerana paling teruk pun Atikah menjangkakan yang beliau sekali lagi akan meninggalkan pasukan secara pinjaman dan sejujurnya Atikah memang kecewa dengan keputusan Wenger ini..

Kalau Wenger bertindak menjual Nordtveit dengan membeli pemain pertahanan yang lebih berkaliber seperti Gary Cahill ke ataupun Per Mertesacker baru boleh Atikah maafkan keputusan Wenger untuk membenarkan Arsenal menerima tawaran Borussia Monchengladbach untuk mendapatkan khidmat Nordtveit..

Dengan Sebastien Squillaci terus menerus menampilkan aksi yang tidak memuaskan, Atikah menjangkakan Nordveit akan terus kekal di Arsenal terutama sekali dengan Thomas Vermaelen masih mengalami kecederaan.. Namun apa yang pasti Atikah memang kecewa untuk melihat Nordtveit yang beraksi cemerlang sepanjang pra musim meninggalkan Arsenal sebelum beliau sempat membuktikan kehebatannya di hadapan peminat the Gunners di dalam kesebelasan utama..

Sedikit berita baiknya ialah Aaron Ramsey yang kini dipinjamkan ke Nottingham Forest, akan mengemaskan beg pakaiannya dan pulang kembali ke Arsenal selepas Wenger menegaskan untuk membawa Ramsey pulang kembali ke Arsenal selepas tamat tempoh pinjaman Ramsey pada 3 Januari ini terutama sekali selepas Abou Diaby dijangka akan tersisih dalam tempoh yang agak lama akibat kecederaan buku lali berulangnya..

Namun Wenger menegaskan yang Ramsey masih belum bersedia dengan cabaran di pentas EPL dan Wenger menjangkakan Ramsey hanya akan benar-benar bersedia pada bulan Februari ini.. Namun Atikah menjangkakan yang Ramsey mungkin akan membuat pernampilan semasa pusingan separuh akhir Piala Carling menentang Ipswich nanti..

Arsene Wenger mungkin membenarkan prospek pertahanan masa hadapan Arsenal, Havard Nordtveit meninggalkan Arsenal secara tetap bulan ini akibat faktor kurangnya aksi perlawanan buatnya, namun lain pula jadinya apabila melibatkan Carlos Vela yang cukup kuat dakwaan mengatakan beliau akan meninggalkan Arsenal pada pintu perpindahan musim sejuk ini secara tetap..

Arsene Wenger telah memberikan lampu merah kepada pasukan yang berniat untuk membawa keluar Vela secara tetap namun mereka mampu membawa Vela keluar secara pinjaman selepas Wenger mengakui akan mempertimbangkan segala tawaran pinjaman untuk Carlos Vela pada pintu perpindahan ini.. Harapnya kelab EPL berminat meminjam Vela kerana lebih baik melihat Vela dipinjam di kelab EPL berbanding kelab negara lain..

Berita baik.. Arsene Wenger mengakui beliau berkemungkinan akan membawa masuk pemain baru pada bulan Januari ini selepas mengakui beliau tidak menolak fakta beliau akan membawa pemain baru bulan ini.. Namun Wenger menegaskan tiada pemain-pemain yang hampir untuk menyertai Arsenal buat masa ini..

Harapnya Wenger akan membeli seorang atau mungkin dua pemain pertahanan baru selepas siri kesilapan pemain pertahanan jelas menjejaskan pungutan mata Arsenal walaupun barisan penjaga gol Arsenal semakin mantap.. Dengan Thomas Vermaelen masih mengalami kecederaan, tanpa sebarang keraguan lagi Wenger perlu membeli pemain pertahanan baru bulan ini..

Anyway Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog Atikah dan juga Selamat Hari Jadi kepada Jack Wilshere yang genap 19 tahun hari ini.. Dan juga hari ini juga merupakan hari jadi pertama blog Atikah ini.. So semoga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya dan harapnya azam kita tahun ini berjaya dilaksanakan.. Adios..
Read More