11 January 2011

Wenger will buy a new centre back!!

Yeah.. Tajuk yang Atikah tulis itu memang betul.. Arsene Wenger telah mengesahkan yang beliau akan mencari pemain pertahanan baru selepas Sebastien Squillaci akan disisihkan selama 2 ke 3 minggu akibat kecederaan hamstring dan selepas Thomas Vermaelen sekali lagi proses pemulihannya mengalami masalah..

Staf perubatan Arsenal sudah semakin pelik dengan masalah kecederaan Vermaelen.. Sekejap kecederaannya semakin bertambah baik, sekejap kecederaan kembali buruk.. Ini telah memaksa Arsenal memanggil pakar-pakar di seluruh dunia dan memberikan pendapat tentang kecederaan Vermaelen.. Buat masa ini tiada tarikh tertentu Verminator akan kembali..

Namun selain itu tiada sebarang masalah kecederaan baru di kem Arsenal dengan Wenger mengesahkan beliau akan melakukan beberapa pertukaran.. Namun Wojciech Szczesny telah pun sah akan beraksi menentang Ipswich nanti.. Harapnya Aaron Ramsey akan beraksi pada perlawanan ini kerana Atikah cukup merindui kelibatnya di atas padang..

Apa-apa pun Atikah akan memerhatikan segala-segala perkembangan siapakan pemain pertahanan baru yang akan di bawa masuk Wenger.. Namun mungkin Atikah akan lambat update sedikit sebab sejak akhir-akhir nie cikgu bagi banyak homeworklah pulak.. Kalah masa nak PMR dulu.. Ish2.. so Adios..

1 comments:

xairiey said...

Yelah Atikah..Kerja sekolah lebih penting..Hahahaa...

12.1.11

Post a Comment