07 January 2011

Latest injury news, Sagna red card and Nordtveit leave

Kieran Gibbs akan kembali ke dalam skuad utama Arsenal semula selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lalinya.. Namun Bacary Sagna akan terlepas 3 perlawanan selepas ini akibat pergantungan perlawanan selepas Arsene Wenger mengesahkan Sagna memang patut di buang padang sewaktu menentang Man. City tempoh hari dan Arsenal tidak bercadang untuk membuat rayuan..

Ini bermakna Emmanuel Eboue akan mengisi tempat Sagna yang dilayangkan kad merah tempoh hari.. Sementara itu Samir Nasri dan Robin Van Persie masing-masing mengalami kecederaan ringan namun dijangka pulih untuk menentang Leeds United dalam saingan Piala FA namun Wenger mengesahkan beliau akan merehatkan tonggak-tonggak utamanya..

Sementara itu Arsenal telah mengesahkan Havard Nordveit telah menyertai Borussia Monchengladbach.. Walaupun Atikah kecewa dengan perkara ini, apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada beliau.. Sayang tidak dapat melihat potensi sebenarnya.. Kenapalah Wenger lebih percayakan si Sebastien Squillaci yang so far x banyak benda bagus dia buat dari berikan peluang kepada Nordtveit..

Harapnya Wenger tidak akan menyesali keputusannya membenarkan Nordtveit pergi seperti kes Matthew Upson.. Atikah harap Wenger akan beli pemain pertahanan baru untuk meredakan kekecewaan fans Arsenal melihat pemain berbakat dan dilaporkan pertahanan masa depan Arsenal, Nordtveit meninggalkan Arsenal..

Samir Nasri yang muncul pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Disember buat kali ketiga berturut-turut menewaskan Alex Song dan Theo Walcott berjaya muncul pemenang PFA Fans Player of The Month buat kali kedua.. Jadi tahniah kepada Samir Nasri and you well deserves it.. Adios Amigos..

0 comments:

Post a Comment