Carlos Vela loan to Bolton??

Dengan Arsene Wenger lebih cenderung meletakkan seorang penyerang dalam formasinya dengan pemain seperti Robin Van Persie, Maroune Chamakh dan Nicklas Bendtner mendahului Carlos Vela dalam senarai tersebut, ianya telah memaksa Wenger memberikan lampu hijau untuk segala tawaran untuk membawa keluar Vela dari Emirates Stadium secara pinjaman..
Dengan Bolton pastinya menjadi pasukan paling sesuai sekali untuk Vela memandangkan Bolton beraksi di saingan EPL dan Owen Coyle telah membuktikan beliau mampu membantu Arsenal mengasah lagi bakat pemain serba berbakat Arsenal dengan memberikan lebih banyak peluang untuk beraksi dengan Wilshere merupakan contoh terbaik kejayaan tersebut..
Namun sudah semestinya Vela akan berhadapan saingan di antara Johan Elmander dan Kevin Davies untuk memulakan perlawanan.. Namun sekurang-kurangnya peluangnya jauh lebih cerah untuk beraksi dengan lebih kerap bersama Bolton berbanding kekal di Arsenal.. Secara jujurnya Atikah setuju jika kita membiarkan Vela dipinjamkan ke Bolton..
Buat apa lagi kita biarkan si Vela dipinjamkan lagi ke Sepanyol?? Arsenal bermain di saingan EPL so lebih baik jika pemain seperti Vela dipinjamkan ke kelab EPL untuk memberikan lebih pengalaman kepada Vela tentang aksi di pentas EPL.. So harapnya Vela akan ke Bolton secepat mungkin kerana x sabar nak tengok persembahan Vela di Bolton..
Harapnya bila Vela kembali nanti, Vela akan jauh lebih baik dari sebelum ini memandangkan Vela lebih kerap mensia-siakan peluang berbanding menjaringkan gol.. Harapnya bila beliau kembali, Vela akan lebih tajam di hadapan pintu gol.. Vela dah tenang di hadapan pintu gol cuma entahla, kadang-kadang selalu sangat Vela lepaskan peluang.. So harapnya pinjamannya nanti akan mengimprovekan Vela dan memberikan Arsenal lebih banyak penyerang yang bagus.. Adios..
0 comments:
Post a Comment