Vela, JET & Nasri new news

Dengan Bolton dilaporkan merupakan satu-satunya pasukan EPL yang berminat, mereka berpeluang untuk mendapatkan khidmat Vela selepas ejen Vela menegaskan yang tiada peluang langsung untuk melihat Vela akan dipinjamkan ke Sepanyol.. Namun mungkin Wenger akan berat membenarkan Vela ke Bolton memandangkan Vela mungkin tidak akan beraksi sekerap mungkin dengan Elmander dan Davies berada di tahap terbaik mereka..
Namun dengan hakikat hubungan di antara Arsenal dan Bolton dan juga Arsene Wenger dan Owen Coyle cukup baik, perpindahan secara pinjaman ke Bolton berkemungkinan besar akan terjadi.. Namun walau bagaimana pun kita tunggu dan lihat sahajalah dan harapkan yang terbaik untuk Carlos Vela..


"He is only 23 years old and still has much room for improvement.. I am convinced that he can go even higher. I think that yes, this will be with Arsenal.. It is a club that is close to his heart, that knew how to bring him to the level where he is.. I think that Arsenal remains his priority.." Atikah juga menjangkakan tiada masalah untuk melihat Nasri kekal di Arsenal untuk jangka masa panjang..
Nasri dijangkakan akan ditawarkan kontrak jangka masa panjang yang akan menyaksikan beliau menerima gaji berjumlah 75 ribu pound seminggu dan akan sebaris bersama-sama Robin Van Persie, Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin yang menerima gaji tertinggi di dalam pasukan.. Kontrak terkini Nasri hanya akan tamat pada 2012 nanti..
Apa-apa pun ini sahajalah berita baru dari kem Arsenal.. Dengan Atikah masih menyiasat apa maksud sebenar tweet yang Fabregas postkan.. Namun walau apa pun maksud sebenar Fabregas, Atikah harap ianya akan berikan kegembiraan kepada kita semua.. Adios..
0 comments:
Post a Comment