14 January 2011

Latest injury news

Lukasz Fabianski bakal melalui ujian perubatan terlebih dahulu sebelum bertugas di gawang Arsenal pada pertemuan menentang West Ham United di mana Fabianski bertindak cemerlang dalam perlawanan sebelum ini akibat masalah kecederaan bahu.. Ianya merupakan 50-50 peluang.. Namun jika Fabianski gagal cergas, ini bermakna rakan baiknya, Wojciech Szczesny akan mengekalkan tempatnya..

Sementara itu sedikit berita baik dari Thomas Vermaelen ialah kecederaan achillesnya bukanlah long term.. Namun Arsene Wenger mengakui kita perlu banyak bersabar dengan perkembangan dan proses pemulihan yang memakan masa yang cukup lama.. Dan Wenger juga menegaskan tiada tarikh lagi bila Vermaelen akan kembali sepenuhnya..

Denilson turut berada dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan esok selepas mengalami kecederaan paha.. Namun selain daripada itu tiada sebarang masalah kecederaan baru dan tiada pemain baru yang akan menyertai Thomas Vermaelen, Abou Diaby, Emmanuel Frimpong dan Sebastien Squillaci..

Sementara itu terdapat spekulasi yang mengatakan ejen Andrei Arshavin memberitahu yang Arshavin mahu meninggalkan Arsenal dan bersedia untuk menyertai gergasi Itali, Juventus.. Namun menurut ejen tersebut, Arshavin hanya akan terus kekal jika Arsenal memenangi EPL dan Juventus gagal membuat tawaran yang dikehendaki Arsenal sebanyak dalam lingkungan 20 juta pound..

Namun sejujurnya Atikah x kisah pun kalau dia pergi sekali pun bulan ini.. Dan kalau setakat stay dekat Arsenal sebab Arsenal menang EPL baik x payah.. Pergi mampus sajalah.. Arsenal tidak perlukan pemain macam ini.. Henri Lansbury dan Carlos Vela main lagi bagus dekat posisi sayap kiri.. X pun si Nasri daripada Arshavin yang makin lama makin menjadi-jadi nie..

Atikah dah x boleh nak bersabar dah dengan Arshavin nie.. Dia bukannya 19 tahun tapi dah 29 tahun dah.. Pemain yang muda dari dia main lagi bagus dari dia.. Kalau ada pemain macam nie buat menyusahkan saja.. Orang harapkan dia bantu Fabregas, Nasri dan Van Persie dia tolong tengok saja..

Atikah dah penat dah tengok si Arshavin nie.. Baik dia blah je.. Lepas tu Wenger panggil balik si Sanchez Watt yang cukup cemerlang di Leeds.. Daripada kekalkan si Arshavin yang main ikut suka hati dia je, baik bagi Vela, Lansbury ataupun Watt isi tempat dia.. Lagi senang.. Mereka lagi bagus dari Arshavin nie musim ni.. Anyway Adios..

1 comments:

ZeroX said...

waaa... bukan main marah lagi cik tiqah nie yek.

15.1.11

Post a Comment