25 January 2011

Squillaci back so it's mean no new defender??

Okay first of all apa yang Atikah nak beritahu ialah Atikah mungkin akan semakin lambat memberikan latest informasi dari kem Arsenal memandangkan minggu ini sudah start pemilihan untuk skuad bola baling dan of courselah nanti Atikah akan sibuk dengan sekolah dan latihan bola baling.. So Atikah minta maaflah dulu..

So kita mulakan dengan berita kecederaan terkini dari kem Arsenal.. Seperti yang dijangkakan, Sebastien Squillaci akan cergas sepenuhnya pada hujung minggu ini untuk kembali mengetuai bahagian pertahanan Arsenal selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring.. Dan ini sudah semestinya membuatkan Arsene Wenger langsung tidak terburu-buru untuk membeli pemain pertahanan baru..

Namun Wenger mengakui beliau masih mencari-cari namun menegaskan buat masa ini tiada sebarang perjanjian akan berlaku.. So dengan pintu perpindahan makin ditutup nampaknya semakin tipis peluang untuk fans Arsenal melihat kemasukkan pemain pertahanan baru selepas menafikan khabar angin yang beliau mahu mendapatkan pemain pertahanan yang sering tercedera Spurs, Jonathan Woodgate..

Abou Diaby yang menjadi antara faktor penting Wenger melepaskan Aaron Ramsey secara pinjaman disahkan akan kembali semula ke dalam pasukan semasa Arsenal menentang Huddersfield dalam pusingan kelima Piala FA hujung minggu ini.. Sementara Tomas Rosicky yang sakit turut dijangka akan kembali pada hujung minggu ini..

So perlawanan Arsenal VS Ipswich akan disiarkan di Astro SuperSport2 di channel 816 pada pukul 3.45 pagi ini.. Atikah x pasti sama ada akan saksikan perlawanan ini ataupun tidak memandangkan Atikah ada pemilihan bola baling so of courselah Atikah akan penat giler.. Dahla esok sekolah pulak tu.. Hmm.. Walau apa-apa pun Good Luck Arsenal.. Kalahkan Ipswich dan mara ke pusingan akhir bulan depan!! Adios

0 comments:

Post a Comment