Squillaci tambah derita pertahanan dan Henry back!!

Squillaci mengalaminya semasa Arsenal seri 1-1 dengan Leeds United dan imbasan akan dijalankan dalam masa terdekat ini untuk melihat berapa lama Squillaci akan disisihkan.. Jika Squillaci akan berehat beberapa minggu ataupun jika imbasan tersebut memberikan berita buruk, Wenger telah mengesahkan beliau akan membuka buku ceknya dan membawa pemain pertahanan ke dalam pasukan..
Kecederaan Sebastien Squillaci ini telah menyaksikan hanya Laurent Koscielny dan Johan Djourou sahaja pemain pertahanan Arsenal yang cergas.. Dengan Thomas Vermaelen masih dalam proses pemulihan dan Havard Nordtveit pula telah meninggalkan pasukan, ianya telah memaksa Wenger untuk bertindak pantas dengan membawa seorang pemain pertahanan untuk memberikan ruang untuk bernafas kepada bahagian pertahanan Arsenal..

Walau apa-apa pun harapnya Wenger akan membeli pemain pertahanan baru secepat mungkin.. Tidak pedulilah sama ada imbasan tahap kecederaan Squillaci positif ataupun sebaliknya.. Kerana selagi pintu perpindahan masih belum di tutup, masih ada peluang untuk Wenger membeli beberapa pemain back up sebagai langkah berjaga-jaga..


Anyway harapnya Arsenal akan benarkan Afobe main perlawanan ini seperti mana mereka benarkan Watt main tempoh hari di mana fans Arsenal dapat menyaksikan Watt beraksi cemerlang menentang Arsenal.. Dan harapnya juga, Afobe sempat pulih dari kecederaan hamstringnya sewaktu perlawanan tersebut.. Anyway adios..
0 comments:
Post a Comment