23 January 2011

Ramsey kembali ke Cardiff dan penjelasan Denilson

Aaron Ramsey secara rasminya kembali semula ke pangkuan bekas kelabnya, Cardiff City secara pinjaman sebulan untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya sebelum beliau mula dipilih Arsene Wenger untuk barisan kesebelasan utama Arsenal.. Ramsey akan berada di Cardiff sehingga 26 Februari 2011..

Ini bermakna jika Arsenal mara ke final Piala Carling, Aaron Ramsey tidak akan berada di bangku simpanan Arsenal di mana ianya cukup menyedihkan kerana kita perlu tunggu sehingga bulan Mac untuk kembali melihat aksi Ramsey di jersi Arsenal jika pinjamannya ini berjalan dengan lancar..

Namun walau apa-apa pun harapnya pinjaman ini akan berjalan dengan lancar dan sekembalinya Ramsey ke pangkuan Arsenal nanti harapnya kesemua fans Arsenal boleh melihat aksi terbaik ataupun hampir terbaik Ramsey semula sebelum kecederaan ngeri yang hampir meragut kariernya..

Denilson bertindak membuat kenyataan mengenai laporan mengatakan beliau mengatakan yang kapten Cesc Fabregas bukan ketua yang baik dengan memberitahu yang ianya telah ditukar media dan menegaskan apa yang dimaksudkannya ialah kesemua pemain Arsenal patut bertanggungjawab di atas padang..

Menurut Denilson juga selepas kenyataan tersebut dikeluarkan beliau bertindak berjumpa Fabregas dan menjelaskan segala-galanya kepada Fabregas.. Inilah apa yang dikatakan Denilson di Official Arsenal Match Programme untuk menjelaskan keadaan sebenarnya sebelum ianya bertukar menjadi lebih buruk..

"I want to tell everyone that I never said that Cesc Fabregas is a bad captain.. I never spoke about him [like that] because I like him and respect him, as I do all of the players.. Sometimes the papers change a conversation and you never know whether it’s true.. I am honest though, and when I came to the training ground on Wednesday, before going to Leeds on the train, I spoke to Cesc about it.. He understood and was fine.."

"I basically said that we have 25 players who should all take responsibility - I never talked about Cesc as captain.. Unfortunately the papers like to change things.. More important than that is to be together as a club.. I respect Cesc, all the players and the staff too because we are all working for the same thing.."

"This is a very young team, but we have quality, and we are in a very good position.. Look at Chelsea – they have many experienced players but they are below us in the table.. Cesc is the captain, and I respect him, but I think every single player needs to take responsibility on the pitch too.."

"Me personally, I need to continue to work to improve as well.. If we want to win this is what we have to do.." Bagi Atikah apa yang dikatakan Denilson betul sekali.. Jika Arsenal mahu menamatkan kemarau kejuaraan, kesemua pemain Arsenal perlu lebih bertanggungjawab dan semakin meningkat..

Janganlah asyik bergantung harap dengan Van Persie dan Fabregas sahaja.. Apa salahnya kalau kadang-kadang kesemua pemain menolong mereka berdua.. Kerana dengan itu sahaja Arsenal mampu kembali memenangi kejuaraan liga dan mula menundukkan pasukan-pasukan gergasi yang lain.. Adios..

0 comments:

Post a Comment