22 January 2011

Aaron Ramsey pulang ke Cardiff ??

Aaron Ramsey berkemungkinan besar akan kembali semula ke pangkuan bekas kelabnya, Cardiff City secara pinjaman bulan ini selepas Arsene Wenger mengakui beliau bersedia membenarkan Ramsey dipinjamkan selama sebulan ke Cardiff yang cukup beria-ia mahu mendapatkan khidmat Ramsey kembali..

Wenger awal-awal lagi telah menolak peluang kelab-kelab EPL lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat Ramsey secara pinjaman setelah menegaskan beliau mahu Ramsey menamatkan musimnya di Arsenal selepas pulang dari satu lagi tempoh pinjaman untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya..

Carlos Vela yang tanpa disangkal lagi menerima limpahan tawaran perpindahan secara pinjaman dijangka akan meninggalkan Arsenal secara pinjaman tidak lama lagi.. Arsene Wenger masih lagi mencari-cari kelab yang sesuai dan kelab yang memberikan jaminan untuk menurunkan Vela sekerap mungkin namun apa yang pasti Vela akan dipinjamkan ke kelab EPL yang lain..

Henri Lansbury juga berkemungkinan besar akan terus dipinjamkan ke Norwich City.. Ianya di akui Wenger sendiri yang Lansbury mungkin akan terus dilepaskan secara pinjaman selepas tempoh pinjaman yang cukup cemerlang di Norwich.. Ianya disebabkan Wenger mahukan tiga trio ini beraksi dengan lebih kerap sebelum mula dipanggil semula Wenger..

Arsene Wenger terus menerus mendiamkan diri tentang masa depan Manuel Almunia di Arsenal selepas enggan memberitahu sama ada, ada kelab yang mengemukakan tawaran untuk Almunia.. Dengan Wenger memberitahu yang Almunia berkemungkinan kecil akan meninggalkan Arsenal namun buat masa ini Almunia masih milik Arsenal dan dalam mood standby.. Adios

0 comments:

Post a Comment