Selamat tinggal Havard Nordtveit ??

Tanpa berselindung lagi Atikah memang terkejut dengan keputusan Arsene Wenger melepaskan pemain berbakat seperti Nordtveit secara tetap kerana paling teruk pun Atikah menjangkakan yang beliau sekali lagi akan meninggalkan pasukan secara pinjaman dan sejujurnya Atikah memang kecewa dengan keputusan Wenger ini..
Kalau Wenger bertindak menjual Nordtveit dengan membeli pemain pertahanan yang lebih berkaliber seperti Gary Cahill ke ataupun Per Mertesacker baru boleh Atikah maafkan keputusan Wenger untuk membenarkan Arsenal menerima tawaran Borussia Monchengladbach untuk mendapatkan khidmat Nordtveit..
Dengan Sebastien Squillaci terus menerus menampilkan aksi yang tidak memuaskan, Atikah menjangkakan Nordveit akan terus kekal di Arsenal terutama sekali dengan Thomas Vermaelen masih mengalami kecederaan.. Namun apa yang pasti Atikah memang kecewa untuk melihat Nordtveit yang beraksi cemerlang sepanjang pra musim meninggalkan Arsenal sebelum beliau sempat membuktikan kehebatannya di hadapan peminat the Gunners di dalam kesebelasan utama..

Namun Wenger menegaskan yang Ramsey masih belum bersedia dengan cabaran di pentas EPL dan Wenger menjangkakan Ramsey hanya akan benar-benar bersedia pada bulan Februari ini.. Namun Atikah menjangkakan yang Ramsey mungkin akan membuat pernampilan semasa pusingan separuh akhir Piala Carling menentang Ipswich nanti..

Arsene Wenger telah memberikan lampu merah kepada pasukan yang berniat untuk membawa keluar Vela secara tetap namun mereka mampu membawa Vela keluar secara pinjaman selepas Wenger mengakui akan mempertimbangkan segala tawaran pinjaman untuk Carlos Vela pada pintu perpindahan ini.. Harapnya kelab EPL berminat meminjam Vela kerana lebih baik melihat Vela dipinjam di kelab EPL berbanding kelab negara lain..

Harapnya Wenger akan membeli seorang atau mungkin dua pemain pertahanan baru selepas siri kesilapan pemain pertahanan jelas menjejaskan pungutan mata Arsenal walaupun barisan penjaga gol Arsenal semakin mantap.. Dengan Thomas Vermaelen masih mengalami kecederaan, tanpa sebarang keraguan lagi Wenger perlu membeli pemain pertahanan baru bulan ini..

0 comments:
Post a Comment