31 December 2010

Injury news

Abou Diaby merupakan satu-satunya pemain Arsenal yang terbaru mengalami kecederaan.. Diaby yang dilihat mengalami kembali kecederaan buku lalinya semasa Arsenal seri 2-2 dengan Wigan dijangka terlepas aksi selama 3 minggu dan ke atas di mana imbasan akan dijalankan hari ini untuk melihat berapa serius kecederaan Diaby..

Tiada pemain yang akan kembali menyertai kita dengan Thomas Vermaelen, Kieran Gibbs dan Manuel Almunia masih di rawat di wad kecederaan Arsenal dengan Emmanuel Frimpong pula memberikan berita baik selepas sudah kembali berlari dan melalui proses pemulihan yang berjalan lancar dengan Wenger menjangkakan dalam masa sebulan lagi Frimpong bersedia untuk menjalani latihan ringan..

Sementara itu Cesc Fabregas yang terlepas aksi menentang Wigan akibat pergantungan perlawanan akan kembali mengetuai Arsenal pada perlawanan menentang Birmingham hari sabtu ini.. Wenger dijangkakan membariskan barisan terbaiknya pada perlawanan hari sabtu ini selepas merehatkan beberapa tonggak semasa menentang Wigan yang lalu.. Adios..

0 comments:

Post a Comment