08 December 2010

Pre Match : Arsenal VS Partizan Belgrade

Perlawanan mesti menang oleh Arsenal semasa menerima kunjungan Partizan Belgrade awal pagi ini untuk menempatkan diri ke pusingan kalah mati UEFA Champions League ataupun jika gagal mencatatkan 3 mata penuh, Arsenal berkemungkinan akan meneruskan aksi kempen Eropah di Liga Europa pada bulan Januari nanti..

Arsenal perlu berharap Shaktar mampu menewaskan Braga awal pagi nanti jika keputusan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri untuk meneruskan langkah di Champions League.. Namun 3 mata penuh turut boleh menyaksikan Arsenal muncul juara kumpulan jika Shaktar tumpas di tangan Braga dengan kelebihan jaringan..

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro ESPN channel 812 pada pukul 3.40 pagi nanti.. Jadi jangan ketinggalan menyaksikannya kerana ianya bolehla dianggap perlawanan penting Arsenal.. Namun harapnya juga tiada siapa yang akan cedera pada perlawanan ini nanti kerana Manchester United menunggu kita pada hari Isnin nanti..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
ROSICKY-----SONG-----WILSHERE
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Namun mungkin akan ada beberapa perubahan kerana pastinya Wenger akan merehatkan beberapa tonggak dan membawa masuk pemain-pemain lain seperti Eboue, Van Persie, Walcott dan Gibbs.. Namun siapa pun yang akan diturunkan mereka hendaklah beraksi sebaik mungkin untuk mencatatkan kemenangan..

Sementara itu Arsene Wenger memberikan berita baik selepas Cesc Fabregas dan Abou Diaby telah kembali menjalani latihan.. Namun Wenger menegaskan peluang untuk Fabregas bermain pada perlawanan menentang MU di bawah tahap 50% sementara Diaby tidak akan kembali beraksi semasa menentang MU minggu depan.. Adios!!

P/S: Hmm.. Mampukah Lukasz Fabianski jadi hero Arsenal lagi pada perlawanan menentang Partizan??

0 comments:

Post a Comment