Wenger about injury and Almunia
Arsene Wenger sekali lagi menegaskan yang beliau akan membuat keputusan minit-minit akhir sama ada untuk membawa kapten pasukan, Cesc Fabregas ke Manchester ataupun meninggalkan beliau.. Dengan Wenger menegaskan yang beliau tidak akan memperjudikan tahap kecergasan Fabregas sekali lagi walaupun menentang Manchester United..Kieran Gibbs yang dijangka terlepas aksi sepanjang bulan ini telah melakukan progress yang cukup baik selepas mengalami kecederaan buku lali semasa pertembungan Arsenal menentang Partizan Belgrade tempoh hari.. Sementara Clichy pula memberikan berita baik selepas bersedia untuk kembali ke dalam pasukan selepas berehat akibat yang Atikah percayai, demam..
Namun Thomas Vermaelen, Abou Diaby dan Manuel Almunia masih akan terus diketepikan akibat kecederaan.. Bercakap tentang Manuel Almunia, Wenger telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan segala berita-berita yang sedang hangat tentang Almunia akan dijual dan sebagainya.. Ini adalah laporan terperinci..
Arsene Wenger menegaskan yang Manuel Almunia tidak mempunyai sebarang ejen dan Wenger menegaskan yang dia dan Almunia tidak pernah berbincang tentang perkara yang Almunia akan meninggalkan pasukan sama sekali.. Jadi harapnya segalanya telah diselesaikan.. Kerana bagi Atikah mungkin kita patut bagi Almunia satu lagi peluang kerana kebiasaannya bila Almunia lakukan kesilapan ianya selalu berpunca dari masalah kecederaan..
Kerana hakikatnya, Almunia bukanlah seorang penjaga gol yang tidak bagus.. Cuma entahla, kenapa dia melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya terutama sekali bagi seorang penjaga gol berpengalaman sepertinya.. Namun tiada yang mengejutkan kalau si Mark Schwarzer tu pun boleh buat kesilapan bodoh walaupun ada pengalaman di peringkat antarabangsa.. Adios..
0 comments:
Post a Comment