Injury Update Fabregas dan Gibbs
Cesc Fabregas sudah kembali menjalani latihan dan menurut Fabregas sendiri beliau sudah kembali berlari-lari tanpa merasa sakit lagi.. Namun Arsene Wenger tetap dengan langkah berjaga-jaganya dengan akan membuat keputusan lewat sebelum membuat sebarang keputusan sama ada akan membawa Fabregas sekali semasa kunjungan ke Old Trafford..Sementara itu Kieran Gibbs pula dijangka akan diketepikan selama 3 minggu akibat kecederaan buku lali sehingga menyaksikan Gibbo terpaksa diusung keluar padang semasa pertembungan menentang Partizan.. Namun selain Gibbs tiada lagi sebarang berita kecederaan yang terbaru.. Ketiadaan Gibbs pastinya menyaksikan Wenger mengharapkan Clichy akan pulih tepat pada masanya..
Setahu Atikah Clichy mungkin demam.. Harapnya beliau sembuh tepat pada masanya terutama sekali selepas Gibbs sudah cedera.. Walaupun keputusan scan menunjukkan ligamen buku lali Gibbs tidaklah rosak teruk namun ianya tetap menyaksikan Gibbs berkemungkinan diketepikan sepanjang bulan ini..
Sementara itu Johan Djourou pula disahkan akan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan menentang MU nanti selepas direhatkan akibat kecederaan paha.. Sementara itu Emmanuel Frimpong telah kembali berlari-lari namun Frimpong dijangka hanya akan kembali semula pada bulan April nanti akibat kecederaan lutut yang serius..
1 comments:
tak sabar nak tunggu fabregas main
10.12.10Post a Comment