07 December 2010

Samir Nasri pemain terbaik bulan November

Samir Nasri mengekalkan anugerah pemain terbaik bulanan Arsenal selepas mendominasi undian pemain terbaik Arsenal bulan November selepas mengutip undian sebanyak 64.9% jauh mengatasi persaing-persaingnya yang lain selepas menjaringkan 3 gol sepanjang bulan lepas dan menampilkan aksi yang cemerlang dan konsisten..

Maroune Chamakh yang menjaringkan 4 gol sepanjang bulan lepas dan muncul hero Arsenal pada perlawanan menentang Wolves dan dua kali muncul sebagai pemain terbaik perlawanan Arsenal semasa perlawanan menentang Wolves dan Aston Villa sudah cukup untuk meletakkan Chamakh yang menerima undian sebanyak 18.2% di tempat kedua..

Walaupun Lukasz Fabianski membuat keputusan bodoh sehingga menyaksikan Arsenal tewas di tangan Newcastle United, persembahan cemerlang dari Fabianski sepanjang bulan November tidak boleh di pandang sebelah mata selepas beraksi cemerlang pada perlawanan menentang Wolves dan Everton sudah cukup untuk menyaksikan Fabianski mengekalkan tempatnya di tempat ketiga pemain terbaik bulanan Arsenal dengan undian sebanyak 6.9%..

Sementara itu Arsenal.com telah memenangi anugerah 'Best Sports Website of 2010' buat kali ketiga berturut-turut dan anugerah 'Best Website of 2010' menewaskan persaing-persaing lain seperti laman web sosial Facebook dan Google.. So tahniah Arsenal kerana setiap tahun Atikah tengok laman web rasmi Arsenal semakin mantap..

Sementara itu Thomas Vermaelen dijangka akan kembali semula ke dalam pasukan selepas tahun baru nanti dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman web rasmi Arsenal ini pastinya akan menutup segala khabar angin yang Vermaelen akan kembali tepat pada masanya semasa perlawanan penting Arsenal menentang Chelsea.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment