Penerangan situasi Manuel Almunia

Dengan Lukasz Fabianski semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol utama baru Arsenal di samping Wojciech Szczesny yang terus menerus boleh menjadi penjaga gol back up yang boleh diharapkan kedudukan Almunia semakin terancam terutama sekali hampir kesemua peminat Arsenal lebih mempercayai Fabianski dari Almunia sekarang..
Dengan Almunia sering mengalami masalah kecederaan yang berpanjangan sejak musim lepas, kedudukan Almunia semakin terancam dengan Vito Mannone turut tidak melepaskan peluang memberikan saingan dengan aksi mantap semasa diberikan peluang beraksi bersama Hull City.. Dengan umur semakin tidak memihak kepada Almunia, Almunia pastinya peluang berhijrah untuk beraksi..
Namun buat masa ini ianya masih tiada apa untuk disahkan.. Kita tunggu sahajalah sehingga musim perpindahan dibuka semula nanti.. Namun apa-apa pun kita tetap patut berharap Almunia kembali sembuh kerana pergi dengan di bayangi menjadi faktor kekalahan mengejut Arsenal terhadap West Brom dengan melakukan kesilapan semasa beberapa peminat berada di belakangnya bukanlah perlawanan terakhir yang di impikan mana-mana pemain..
Kerana walau apa pun kesilapan yang dilakukan Almunia kita tidak boleh sama sekali lupakan hakikat beliau merupakan hero Arsenal semasa Arsenal mengekalkan tempat di Liga Juara-Juara mengatasi Aston Villa.. Kerana tanpa Almunia pada masa itu Arsenal mungkin gagal layak ke Liga Juara-Juara.. Dan Almunia patut diberikan penghormatan atas karier cemerlang dan memukau singkatnya bersama Arsenal..

Ini bagaikan ulangan semula kes Carlos Vela kerana kedua-dua mereka gagal mendapatkan permit kerja kerana kedua-duanya masih belum mendapat cap secukupnya bersama skuad negara masing-masing ataupun lebih kurang macam itulah.. Apa-apa pun harapnya masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin.. Adios..
0 comments:
Post a Comment