Injury update
Wojciech Szczesny dijangka mengekalkan tempatnya di gawang Arsenal semasa menentang Stoke City pada hari sabtu ini selepas Lukasz Fabianski berada dalam keraguan dan berdepan ujian kecergasan sebelum Wenger membenarkan Fabianski beraksi selepas kecederaan hip muscle yang di alami Fabianski semasa perlawanan menentang Partizan..Namun ianya bukanlah sesuatu yang merisaukan memandangkan Szczesny melakukan tugas yang cemerlang selepas diberitahu pada saat-saat akhir yang beliau akan membuat debutnya di EPL pada perlawanan menentang MU selepas kecederaan Fabianski memaksa Wenger meletakkan Fabianski di bangku simpanan..
Walaupun pada mulanya Szczesny dilihat agak gemuruh namun aksinya cukup cemerlang dan memukau sekali sehingga peminat Arsenal memilihnya sebagai pemain terbaik perlawanan sewaktu menentang Manchester United.. Sesuatu yang cukup hebat sebenarnya untuk diterima..
Manuel Almunia yang menyalahkan dirinya sendiri akibat kecederaan sikunya kerana berkeras mahu meneruskan perlawanan selepas mencederakan sikunya semasa menyelamatkan sepakan penalti yang diambil pemain West Brom sekali lagi terpaksa diketepikan akibat kecederaan buku lali yang baru diterimanya yang jelas memberikan tamparan hebat kepada Almunia yang semakin tercabar kedudukannya dengan aksi memberangsangkan dari dua penjaga gol Poland yang diketuai Lukasz Fabianski dan rakan baiknya Szczesny..
Tidak termasuk Vito Mannone yang turut mencuri perhatian bersama Hull City.. Sementara itu tiada sebarang berita kecederaan terbaru namun Nicklas Bendtner dijangka terlepas aksi menentang Stoke City hari sabtu ini selepas tunangnya dijangka bersalin dalam waktu terdekat ini dengan Wenger pastinya membenarkan Bendtner bercuti untuk menyambut kelahiran anak pertamanya..
Sementara itu kapten Cesc Fabregas dan penolong kapten Robin Van Persie semakin bertambah baik dan dijangka tiada masalah untuk diturunkan pada perlawanan menentang Stoke nanti.. Sementara Thomas Vermaelen pula dijangka hanya kembali pada bulan Januari nanti.. Okey itu sahaja berita kecederaan terbaru.. Adios..
0 comments:
Post a Comment