We shouldn't sell them
Musim perpindahan musim sejuk hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum dibuka.. Dengan khabar angin semakin bertiup kencang siapa yang akan keluar dari Arsenal dan siapa yang akan melangkah masuk.. Pemain pertama yang menyertai Arsenal pada bulan depan ialah penyerang Jepun berusia 18 tahun Ryo Miyaichi di mana Atikah tidak yakin beliau akan terus berada di dalam skuad utama Arsenal dan mengambil hersi nombor 9 Arsenal..Wenger sekali lagi menegaskan jangan mengharapkan beliau aktif di pasaran perpindahan melainkan beliau terjumpa pemain idamannya dan beberapa pemain mengalami kecederaan serius ataupun berangkat pergi meninggalkan Arsenal di mana setakat ini dilihat tiada pemain yang akan meninggalkan Arsenal selain Manuel Almunia selepas Nicklas Bendtner dan Denilson masing-masing mengesahkan akan terus kekal di Arsenal..
Namun apa yang Atikah nak bahaskan di sini adalah kenapa kita tidak patut jual Nicklas Bendtner dan Denilson.. Mengapa Atikah tidak setuju melihat Denilson mahupun Bendtner melangkah pergi.. Ini cumalah pandangan Atikah.. Sama ada setuju ataupun tidak terpulanglah.. Tapi nasihat Atikah fikirkan apa yang Atikah katakan ini dengan sedalam-dalamnya..
Kita mulakan dengan Nicklas Bendtner.. 3 gol dalam 10 perlawanan dengan 6 darinya dari bangku simpanan bukanlah satu rekod yang buruk.. Kita perlu ingat Bendtner lebih kepada super sub Arsenal.. Atikah yakin ramai yang setuju yang Bendtner merupakan super sub terbaik Arsenal.. Dan persembahannya jauh lebih menyakinkan apabila bermula dari bangku simpanan dari permulaan kesebelasan utama..
12 gol penting sepanjang musim lalu sudah cukup untuk membuktikan bertapa pentingnya Bendtner untuk Arsenal dan mengapa kita patut mengekalkan khidmatnya..Bendtner juga seorang penyerang yang cukup berkeyakinan.. Kita perlu ingat yang Bendtner baru berusia 22 tahun dan sentuhan terakhirnya masih boleh dipertingkatkan..
Bendtner jika berada di prestasi terbaiknya memang tidak menghampakan dan kita boleh lihat Bendtner rajin berada di segenap padang untuk mencari peluang dan membantu barisan pertahanan.. Bendtner seorang pemain yang bekerja keras jika kena pada moodnya dan pada satu ketika jauh lebih baik dari Maroune Chamakh..
Atikah akui sebagai seorang penyerang beliau patut lebih bijak di hadapan pintu gol.. Tapi fikirkan ini.. Berapa banyak peluang yang Bendter ada setiap musim?? Musim lepas jelas Bendtner telah menunjukkan lebih banyak ketenangan dan kebijaksanaan di hadapan pintu gol selepas beraksi banyak perlawanan secara berturut-turut..
Kita juga perlu ingat hampir kesemua gol yang dijaringkan Bendtner adalah gol penting Arsenal.. Dan apa yang lebih penting Bendtner turut boleh beraksi di bahagian sayap dan sebagai target man selepas dilihat semakin membiasakan diri dengan segala posisi yang diletakkan Wenger terhadapnya selepas sekian lama bergelut..
Namun hakikat Wenger lebih kerap mengunakan seorang penyerang tidak banyak membantu Bendtner terutama sekali tiada pemain yang mampu memberikan hantaran-hantaran kepadanya seperti yang sering dilakukan Fabregas.. Mungkin dengan mengandingan Bendtner dengan Chamakh mahupun Van Persie akan lebih banyak membantu Bendtner..
Tengok sahajalah persembahannya sewaktu menentang Newcastle United pada saingan Piala Carling.. Jelas sekali gandingan Bendtner dan Walcott mengucar kacirkan pertahanan Newcastle.. Dengan Bendtner bekerja dengan cukup keras sekali sudah cukup untuk menyaksikan beliau terus kekal di Arsenal..
Kita perlu ingat yang Bendtner semakin tenang di hadapan pintu gol.. Dan bagi Atikah Bendtner semakin improve setiap musim.. Jadi tiada sebab untuk menyaksikan beliau meninggalkan Arsenal memandangkan beliau mempunyai segala kualiti untuk menjadi seorang penyerang prolifik suatu hari nanti..
Atikah yakin ramai yang setuju musim lepas adalah musim terbaik Denilson sejak menyarung jersi Arsenal.. 5 gol yang menakjubkan darinya dan persembahan cemerlang dan kerja keras darinya memang cukup mengkagumkan hanya untuk dikecewakan dengan siri kecederaan misteri yang sering menghantuinya sepanjang musim lalu..
Atikah akui Denilson bukanlah seorang pemain yang cukup konsisten tapi hey kalau nak di ambil kira hampir kesemua pemain Arsenal x konsisten.. Jadi kenapa bila kes Denilson ianya jadi lain pulak?? Tiada siapa yang akan meragui yang Denilson merupakan back up Alexander Song yang paling bagus sekali dan bila mereka bergandingan memang tidak menghampakan..
Denilson mungkin sering kehilangan bola namun berapa banyak kali Denilson hanya membiarkannya dan tidak cuba memenanginya kembali?? Sedikit sahaja.. Kita perlu ingat Denilson sedikit sebanyak membantu bahagian pertahanan walaupun tidak secemerlang Song namun sudah beberapa kali beliau menyelamatkan keadaan..
Denilson baru berusia 22 tahun dan masih banyak yang boleh dipelajarinya.. Namun setiap tahun kita pasti akan lihat sedikit perningkatan darinya.. Denilson bukanlah seorang pemain yang sombong dan pentingkan diri sendiri.. Jadi kenapa kita patut jualnya?? Bagi Atikah banyak yang dilakukan Denilson cuma kita yang x nampak..
Sebabnya kita hanya fokus pada persembahan orang lain dan bukannya Denilson.. Dan kita hanya lihat semasa dia main teruk sahaja.. Iaitu semasa jumpa pasukan gergasi lain.. Hei bukan setakat Denilson saja teruk semua pun sama.. Jadi sekali lagi kenapa bila ianya disebabkan Denilson ianya jadi perkara lain..
So fikirkanlah.. Denilson dan Bendtner mempunyai keupayaan mereka yang tersendiri dan mereka masih muda.. Janganlah bandingkan Bendtner dengan Wayne Rooney dan Denilson dengan Michael Essien.. Mereka itu sudah lebih banyak pengalaman dan sudah belajar banyak benda.. Berikan mereka masa.. Kerana mereka improve setiap musim..
Lainlah kalau musim lepas dengan musim ini sama sahaja.. Memanglah kita tengok sama sahaja.. Cuba kira berapa banyak game mereka main setakat ini?? So janganlah cakap kita patut jual Denilson dan Bendtner lepas tu dapatkan pemain bintang lain.. Memanglah senang cakap.. Tapi adakah mereka akan terus berjaya menyesuaikan diri dengan Arsenal??
Bolehkah mereka terus memberikan impak?? Adakah perlaboran terhadap mereka berbaloi?? Banyak risikonya.. Dan kadang-kadang risikonya lebih teruk dari risiko terus mengekalkan Bendtner dan Denilson.. Dan satu lagi henti bandingan pemain Arsenal dengan pemain pasukan lain.. Terutama sekali pemain bintang..
Kebanyakan pemain Arsenal baru mahu menjadi bintang.. Jadi cubalah bandingkan mereka dengan pemain yang belum menjadi bintang.. Bandingkan dengan pemain yang sama seperti mereka.. Setiap pemain ada kelebihan masing-masing.. So research dulu sebelum terus cakap jual je mereka nie..
Nanti bila mereka dah jadi pemain terbaik dunia baru cakap rugi betul jual mereka nie.. Lebih baik sesal sekarang dari kemudian.. Dan satu lagi tolonglah jangan main terus cakap je sebelum tengok dan buat research betul-betul.. Terutama sekali cakap Koscielny main x bagus.. Dia nak main macam mana lagi baru nak menambat hati anda??
Skor 50 gol semusim?? Dia tu pemain pertahanan bukannya penyerang.. X cukup ke Koscielny selama ini tidak gentar melakukan sebarang bentesan mahupun asakan terhadap penyerang lawan?? Kita perlu ingat EPL nie bukan macam Liga lain.. EPL nie jauh lebih mancabar.. So fikirlah.. Dan jangan terus judge orang tu dengan sekali pandang je.. Adios..
2 comments:
Atikah.. betul ker contract eboue akan tamat januari ni dan juve dan beberapa kelab lain sedang cuba untuk mbawa eboue secara percuma?? cuba atikah servey tgk.. thanks
27.12.10luv arsenal..aku dah ckup sedih sebelum ni sebab eduardo kluar arsenal dan berjaya di kelab barunye..harap2 lepas ni jgn lah ader yg star2 muda kluar lagi...amin..
28.12.10Post a Comment