Injury news, Arshavin & Gallas

Andrei Arshavin mempunyai peluang yang cukup tipis untuk kembali cergas semasa menentang Blackburn esok.. Sementara itu RVP pulih sepenuhnya selepas beraksi penuh menentang Man. City minggu lalu.. Tiada siapa yang mengalami kecederaan semasa menentang Man. City..

Staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Arsenal kehilangan seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang musim ini iaitu Denilson selepas kecederaan groin yang dialaminya dijangka mengambil masa yang agak lama untuk pulih dengan Denilson akan terlepas baki saingan musim ini.. Sementara itu, Kieran Gibbs dan Johan Djourou sudah kembali menjalani latihan penuh semula.. Namun Wenger dijangka tidak akan membenarkan mereka beraksi kembali musim ini..

Sementara itu Arsene Wenger memberitahu Atikah yang dia tidak rasa yang Arshavin akan berhijrah ke Barcelona seperti yang dikatakan semua orang.. Wenger memberitahu yang Arshavin kini sedang berbincang untuk melanjutkan kontraknya bersama Arsenal..Namun dalam masa yang sama Wenger memberikan amaran kepada pemain-pemainnya..Wenger tidak mahu mereka secara terbuka berbincang tentang berhijrah dari Arsenal..

Seperti yang Atikah jangka, Wenger hanya akan membeli pemain pertahanan baru jika William Gallas meninggalkan Arsenal.. Dengan Djourou kembali cergas, Djourou bagaikan pemain baru Arsenal musim depan selepas terlepas aksi sepanjang musim ini.. Dengan Sol Campbell dijangka kekal selepas Wenger tertarik dengan aksi yang ditampilkan Campbell dan Campbell juga secara terbuka meluahkan kegembiraannya untuk kekal..

Senderos dan Silvestre dijangka meninggalkan Arsenal.. Dan Wenger juga dilihat bersedia memberi peluang kepada Havard Nordtveit yang akan kembali dari Jerman selepas dipinjamkan ke FC Nurnberg sepanjang musim ini.. Pertahan berusia 20 tahun musim depan ini cukup berbakat dan Wenger sejak awal musim lagi telah memberikan petunjuk yang Nordtveit akan berada di dalam skuad utama musim depan..

Wenger dijangka tidak menjual sesiapa dan dijangka akan membawa 2 atau 3 pemain ke Arsenal sebelum 11 Jun ini iaitu semasa Piala Dunia di Afrika Selatan bermula.. Chamakh dijangka muncul pemain pertama ditandatangan Wenger.. Namun Wenger juga tidak menolak kemungkinan membuat perpindahan selepas Piala Dunia..

Sementara itu skuad Arsenal Ladies terus bergaya mengungguli liga selepas menewaskan Nottingham Forest 4-1.. Terima kasih kepada pemain terbaik, Kim Little, penyerang prolifik Arsenal Ladies, Julie Fleeting, pemain baru yang cemerlang, Jennifer Beattie dan pemain semakin meningkat naik, Gemma Davison yang menjaringkan kesemua 4 gol tersebut..

Arsenal Ladies perlu mengutip lagi 5 mata dari 4 perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan liga ketujuh mereka berturut-turut.. Jika berjaya Arsenal Ladies akan menjulang piala tersebut di Emirates Stadium pada 12 May 2010 semasa menentang Leeds di perlawanan terakhir liga wanita England.. Adios!1
Read More

Teams for 2010 Emirates Cup

Arsenal diberikan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraan Emirates Cup pada 31 Julai dan 1 Ogos ini selepas 2 nama besar kelab Eropah telah mengesahkan kehadiran mereka untuk saingan Piala Emirates 2010 sebaik Piala Dunia di Afrika Selatan melabuhkan tirainya.. Dan untuk pemanas badan sebelum cabaran sebenar Eropah dan liga Domestik..

Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic ialah pasukan yang akan cuba merampas kejuaraan Piala Emirates dari Arsenal selepas Jack Wilshere mengetuai Arsenal memenangi kejuaraan Piala Emirates tahun 2009.. Namun Arsenal disahkan tidak akan bertemu Lyon semasa pertandingan ini berlangsung..

Perlawanan pertama pada 31 Julai 2010 akan menyaksikan Arsenal akan menentang AC Milan selepas perlawanan di antara Celtic dan Lyon.. Untuk penentu kejuaraan, Arsenal akan menentang Celtic selepas keputusan di antara perlawanan Lyon dan Milan tamat..

Arsene Wenger telah pun memberikan petunjuk akan adanya beberapa pemain yang akan menyertai Arsenal selepas mengakui ada beberapa nama di dalam kepalanya untuk dibawa masuk ke Emirates Stadium.. Dengan Chamakh dijangka akan menjadi pembeliaan pertama Wenger musim panas ini, dijangka akan ada beberapa lagi pemain akan menuruti jejak Chamakh..

Dijangka akan adanya seorang penjaga gol, 2-3 orang pemain pertahanan baru.. Dan mungkin akan ada satu atau dua lagi pemain tambahan di posisi tengah dan serangan.. Namun Senderos akan mengetuai beberapa pemain yang akan meninggalkan Arsenal seperti Silvestre, Almunia dan juga Eduardo..

Masih belum dapat dipastikan selain Chamakh, siapa yang akan ke Emirates Stadium musim panas ini.. Begitu juga siapa yang akan pergi.. Silvestre, Senderos Gallas dan Campbell akan tamat kontrak bulan depan.. Namun Campbell dan Gallas dijangka kekal.. Dan belum ada kepastian siapa yang akan dijual Wenger..

Tentang khabar angin yang mengatakan Arshavin berminat untuk ke Barcelona pulak Atikah x berapa nak layan.. Musim panas lepas pun ada jugak khabar angin ini.. Ianya disebabkan Arshavin merupakan peminat Barca dan ada jersi Barca.. Tapi Atikah x kisah dia pergi ke Barca pun..

Sebabnya Atikah dah kecewa dengan prestasi, sikap dan ego Arshavin sepanjang musim ini.. Jika Arshavin pergi, Wenger dijangka mahukan Barca menukarkan Bojan Krkic untuk Andrei Arshavin.. Bagi Atikah Arshavin pergi dan kita ada Arshavin baru, iaitu Krkic.. So kehilangan Arshavin tiada makna pun..

Memang sejujurnya Atikah teramat-amat kecewa dengan prestasi, sikap, ego dan sifat x fikir dahulu sebelum bercakap dengan media oleh Arshavin.. Dulu dia merupakan pemain kegemaran Atikah, tapi sekarang?? Hmm Atikah pun x tahu.. Sejujurnya Arshavin dah kecewakan Atikah dan Atikah langsung x peduli mana dia nak pergi..

Bila Arshavin pergi Atikah harap Barca akan bayar dalam sekitar 10 juta pound dan Bojan Krkic atau mungkin juga dengan Yaya Toure.. Tapi Atikah lebih prefer Krkic.. Tapi kalau boleh dapat dua-dua lagi bagus.. Tapi Atikah rasa Barca lebih prefer bagi balik Hleb dan mungkin juga dengan Krkic.. Adios!!
Read More

Pemain terbaik bulan April

Siapakah pilihan anda untuk pemain terbaik bulan April.. Anda boleh mengundinya di ruangan Undian Anda.. Tapi sebelum anda mengundi Atikah akan senaraikan calon-calonnya dan kenapa anda perlu mengundi mereka..

Adakah Bendtner akan mempertahankan anugerah yang dimenanginya bulan lepas?? Atikah rasa ya, dia boleh.. Bendtner menjaringkan 3 gol.. 1 gol penting semasa menentang Wolves.. 1 gol menentang Barca di mana Arsenal hampir memenangi jika bukan kerana Messi dan 1 gol semasa menentang Spurs untuk meneruskan rekod cemerlangnya semasa menentang Spurs..

Theo Walcott terus mengekalkan rentak terbaiknya bersama Arsenal bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan utama namun juga hampir menempah tiket ke Afrika Selatan.. 1 gol pada bulan ini semasa menentang Wigan.. Namun aksinya di bahagian sayap kanan sepanjang bulan April mampu untuknya memenangi anugerah Pemain terbaik bulan April..

Sol Campbell menampilkan aksi yang cukup mantap di bahagian pertahanan Arsenal sepanjang bulan April semasa ketiadaan 2 tonggak utama pertahanan, Thomas Vermaelen dan William Gallas yang mengalami kecederaan.. Campbell cukup berpeluang untuk memenangi anugerah ini atas aksi cemerlangnya di pertahanan Arsenal..

Gael Clichy terus menampilkan aksi konsistennya di bek kiri Arsenal..

Samir Nasri menampilkan aksi cemerlang di bahagian midfield Arsenal walaupun x secemerlang Fabregas menjana enjin Arsenal..

Pemain yang dinanti-nantikan kemunculan semulanya selepas kecederaan.. Pemangku kapten pasukan, Van Persie hampir sahaja membawa Arsenal sekurang-kurangnya seri semasa menentang Spurs jika bukan kerana aksi cemerlang penjaga gol Spurs.. RVP mungkin berehat lama, namun dia masih mampu beraksi cemerlang untuk Arsenal.. Adios!!
Read More

Fab4 dan Verminator terbaik !!


Cesc Fabregas mungkin tewas dalam anugerah pemain muda dan pemain terbaik tahunan PFA.. Namun Fabregas tersenarai di dalam XI terbaik PFA.. 19 gol dan 15 bantuan gol sudah cukup untuk Fabregas mengatasi Frank Lampard mahupun pemain tengah yang lain..

Thomas Vermaelen pula mengatasi ramai nama besar di bahagian pertahanan untuk berada bersama Richard Dunne di dalam XI terbaik PFA.. Vermalen menjaringkan 8 gol dengan 7 darinya di EPL untuk muncul pemain pertahanan paling banyak jaringkan gol..

Tahniah kepada Cesc Fabregas dan Thomas Vermaelen.. Atikah yakin Fabregas akan muncul pemain terbaik tahunan Arsenal musim ini dengan Vermaelen akan berada di tempat kedua.. Namun siapa di tempat ketiga?? Atikah menjangkakan Nicklas Bendtner mahupun Andrei Arshavin..

Cesc Fabregas tak akan kemana-mana Gunners semua.. Jika benar apa yang spy Atikah laporkan ini.. Fans Arsenal boleh menarik nafas lega yang Fabregas akan kekal lebih lama lagi.. Spy Atikah melaporkan Fabregas semakin hampir terus memanjangkan kontraknya selepas pengurusan Arsenal bersedia memberikan gaji bertaraf dunia kepada Fabregas..

Jika gaji Fabregas sebelum ini ialah 80 ribu pound seminggu kini gajinya akan meningkat kepada 110 ribu pound seminggu.. Dan Fabregas juga boleh mendapatkan sehingga 3 juta pound untuk bonus sahaja.. Sumber dari pengurusan Arsenal berkata, "Arsenal cukup terdesak untuk mengekalkannya.. Dia muncul sebagai ketua dan nadi Arsenal di generasi baru Arsenal.. Statusnya sama seperti yang dipegang Henry dahulu.."

Jika ini benar.. Fabregas pastinya kekal.. Walaupun Henry pergi semasa dia menerima habuan yang lebih banyak dari apa yang Fabregas akan terima.. Namun itu bukannya sebab untuk fans Arsenal masih risau.. Henry pergi selepas menang segala-galanya kecuali Champions League.. Atikah yakin Fabregas akan kekal dan memastikan dirinya menjulang setiap piala yang dianjurkan untuk muncul kapten Arsenal pertama melakukannya.. Adios!!
Read More

Bendtner main dalam kesakitan

Nicklas Bendtner mengakui dirinya bermain dalam kesakitan sejak kemalangan kereta yang dialaminya pada bulan Oktober 2009.. Kemalangan tersebut juga menyebabkan Bendtner terpaksa menjalani pembedahan kerana kecederaan hernia.. Namun Bendtner juga mengakui dia perlu menjalani proses pemulihan akibat kemalangan tersebut..

Tetapi Bendtner mahu fokus kepada Arsenal (di mana Bendtner terpaksa mengisi kekosongan Van Persie sebaik sahaja pulih dari pembedahan) dan juga Denmark di Piala Dunia nanti.. Jadi Bendtner berharap selepas Piala Dunia dia dapat menjalani proses pemulihan untuk pulih dari segala kecederaan daripada kemalangan kereta tersebut..

Kalau benarlah yang Bendtner sememangnya bermain dalam kesakitan.. Wow.. Dia telah lakukan tugasnya dengan baik sekali.. Jaringkan banyak gol penting untuk Arsenal serta hatrik pertama di Emirates Stadium.. Harap-harap selepas proses pemulihan tersebut Bendtner akan jadi lebih baik dari sebelum ini..

Penjaga gol baru yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal ialah penjaga gol paling konsisten di Liga Perdana, Pepe Reina yang ditewaskan 5 kali oleh Arshavin di Anfield.. Dengan Liverpool semakin terkeluar dari big 4 dan masalah kewangan yang di hadapi Liverpool.. Wenger dilaporkan akan mengambil kesempatan tersebut untuk mencuri Reina dari Liverpool.. Adios!!
Read More

Hmmmmmmm seri saja??

Atikah buntu akal apa yang nak tulis dengan keputusan seri 0-0 menentang Man. City semalam.. Tiada siapa untuk dikutuk atau dipersalahkan.. Namun apa yang pasti kurangnya kreativiti telah memaksa Arsenal hanya mampu seri 0-0 dengan Man. City.. Namun mungkin juga pemain Arsenal masih trauma dengan kekalahan sebelum ini..

Robin Van Persie diberikan tanggungjawab sebagai kapten pada perlawanan ini disebabkan Fabregas masih lagi mengalami kecederaan.. Van Persie memberikan petunjuk yang dia semakin hampir ke prestasi terbaiknya selepas sekian lama diketepikan akibat kecederaan.. Berita baik untuk fans Arsenal nampaknya..

Kurangnya kreativiti telah menyaksikan Van Persie tidak mendapat peluang untuk menjaringkan gol dengan Nasri jelas sekali gagal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan kapten pasukan, Cesc Fabregas.. Mungkin ada yang mengatakan Arsenal sudah bersedia melepaskan Fab4 tetapi hakikatnya tidak..

Bayangkan Fabregas ada dalam kesebelasan utama semalam.. Sudah pastinya RVP akan mendapat lorongan bola yang cantik lagi tepat dalam usahanya menjaringkan gol untuk gol kemenangan Arsenal.. Dengan masih tiada siapa di bahagian tengah yang boleh mencapai standart Fab4, selagi itulah Arsenal masih belum bersedia melepaskan Fabregas..

Atikah bukannya bermaksud untuk memperkecilkan bakat Nasri.. Namun sejujurnya standart Fabregas jauh berbeza daripada Nasri.. Nasri perlu lebih banyak belajar dari segi passing terutamanya sebelum Nasri layak untuk disamakan dengan Fabregas.. Mungkin musim panas ini Wenger patut berfikir untuk membeli back up Fabregas..

Seperti Yoann Gourcuff.. Namun Gourcuff punya kelebihan banyak kepada serangan berbanding Fabregas yang agak setanding di antara bertahan dan menyerang.. Namun kehadiran Gourcuff dalam pasukan musim depan boleh menguatkan jentera tengah Arsenal.. Namun adakah Wenger sanggup membeli Gourcuff yang harganya mampu mencecah 35 juta pound musim panas ini??

Dengan tiada siapa yang akan tahu adakah Ramsey akan beraksi kembali di tahap terbaiknya selepas kecederaan serius yang di alaminya, pembelian Yoann Gourcuff pastinya akan mengurangkan sedikit kurangnya kreativiti di bahagian tengah Arsenal musim depan.. Dan seorang back up yang bagus jika Fabregas mengalami kecederaan..

Sol Campbell pula terus menampilkan aksi cemerlangnya dalam mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen dan Gallas.. Namun Atikah masih belum boleh memastikan 100% yang Campbell akan kekal.. Atikah yakin ramai fans Arsenal yang mahukan Campbell kekal selepas apa yang ditampilkannya setakat ini..

Namun Wenger masih belum memberikan sebarang petunjuk yang Campbell akan kekal.. Namun Atikah menjangkakan yang akan adanya perbincangan tentang kontrak lanjutan untuk Sol Campbell selepas memastikan usianya bukanlah penghalang untuk dia beraksi cemerlang di EPL..

Sementara itu Wenger untuk menerus memberikan petunjuk yang Lukasz Fabianski semakin hampir menyarung jersi no.1 Arsenal selepas Wenger memuji persembahan Fabianski dalam segi pembacaan permainan dalam perlawanan pagi tadi.. Wenger mengakui jika Fabianski mampu kekal fokus pada masa permainan, tidak mustahil dia akan membuktikan apa yang dia bagus selama ini..

"I believe it was important that he can play a game without having a lack of concentration.. Today he was spot on from the first to the last minute.. He read all the situations very well and that is what you want from him.. I always said he is one of the most talented goalkeepers and when he gets the concentration right he will get there.."
Read More

Pre Match : Arsenal VS Man. City

Arsenal akan menanti kunjugan Man. City di Emirates Stadium pada pukul 12.25 pagi ini dengan siaran langsung akan disiarkan di Astro ESPN.. Perlawanan ini akan menyaksikan pengkhianat, Emmanuel Adebayor kembali ke Arsenal buat pertama kalinya sejak ke Eastland begitu juga dengan Kolo Toure dan juga lagenda Arsenal, Patrick Vieira..

Atikah rasa tiada masa lagi nak membiarkan Van Persie berada di bangku simpanan kali ini.. Lihat sajalah.. 2 kali Van Persie di bangku simpanan 2 kali juga Arsenal kalah.. Kita tiada masa untuk mencatatkan keputusan yang mengecewakan lagi.. Kita perlu menang dan memastikan Adebayor tidak memalukan kita lagi..
FABIANSKI
SAGNA-----CAMPBELL-----SILVESTRE-----CLICHY
NASRI-----SONG-----DIABY
WALCOTT-----BENDTNER-----VAN PERSIE

Dengan kecederaan Manuel Almunia, ini menyaksikan Fabianski akan terus berada di gawang Arsenal.. Sementara Song pula akan kembali ke dalam pasukan selepas pulih dari kecederaan.. Wenger memberikan petunjuk yang Silvestre akan kekal di bahagian pertahanan selepas menegaskan yang Song tidak bersedia untuk beraksi sebagai pemain pertahanan tengah..

Wenger juga sempat memberikan komen tentang plan Man. City untuk membida kapten pasukan, Cesc Fabregas dengan Wenger menegaskan kesemua pemain Arsenal tidak boleh diusik kerana masih terikat kontrak dengan Arsenal melainkan 3 pemain, Silvestre, Gallas dan Campbell yang akan tamat kontrak bulan depan..

Wenger juga memberitahu yang jika mereka mahukan pemain selain nama tersebut.. Mereka perlu menghubungi Wenger untuk membuat tawaran.. Namun Atikah yakin tiada lagi pemain Arsenal yang akan ke Eastland walaupun mereka tawarkan 100 juta pound untuk Fabregas sekali pun.. Kerana Arsenal tiada masalah dengan kewangan..

Disebalik sambutan dingin yang pasti fans Arsenal akan berikan kepada Adebayor.. Vieira akan menerima sambutan seperti mana diterima Henry dan Robert Pires semasa kembali ke Emirates Stadium.. Dan Wenger mengakui yang agak sukar untuk dia menerima kenyataan yang dia tidak membawa pulang kembali Vieira..

Namun dalam masa yang sama Wenger yakin dia membuat keputusan yang betul untuk tidak membawa pulang Veira kerana takut akan adanya harapan yang cukup tinggi akan diletakkan di bahu Vieira..

"It was a real tough call because I have a special relation with Patrick.. He came here the same time, we were successful together.. I respect his fighting attitude.. I could go always with Patrick to Sheffield, to Bolton, and he would be ready to die.."

"Somewhere as well you feel responsible not to make a mistake when a player has been so big for the Club.. It is never the same.. People will be more demanding, less forgiving.. Maybe I thought it was a better decision.." Adios!!
Read More

Wojciech Szczesny

Mungkin ramai yang x mengenali penjaga gol no. 4 Arsenal ini iaitu Wojciech Szczesny.. Namun bagi siapa yang sering mengikuti perkembangan skuad simpanan dan belia Arsenal, namanya tidak asing lagi.. Aksi cemerlangnya di skuad simpanan Arsenal musim lepas telah memanggil Wenger menyenaraikannya di dalam skuad utama Arsenal musim ini..

Wojciech Szczesny merupakan rakan senegara Lukasz Fabianski.. Dilahirkan di Warsaw, Poland pada 18 April 1990.. Szczesny mula menjalani latihan bersama Agrykola Warszawa sebelum jurulatih penjaga gol Legia Warsaw mengambil Szczesny pada tahun 2005 untuk menyertai pasukannya yang turut disertai Fabianski..

Namun Wenger menyambar Szczesny pada tahun 2006 sebelum setahun kemudiannya menyambar Fabianski yang merupakan penjaga gol no.1 Legia Warsaw sewaktu itu.. Szczesny hanya berada bersama Legia Warsaw selama semusim sahaja.. Pada tahun 2007 iaitu setahun selepas kehadirannya, Szczesny menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal..

Namun pada Oktober 2008.. Berlakunya satu kejadian di kem latihan Arsenal dengan Szczesny mengalami patah kedua-dua belah tangannya dan terpaksa berehat selama hampir 6 bulan.. Namun selepas kejadian itu Szczesny menampilkan aksi cemerlang sebaik kembali dari kecederaan teruk tersebut..

Pada 24 Mei 2009, di mana Mannone membuat debutnya di liga perdana menentang Stoke City pada perlawanan terakhir liga, Szczesny berada di bangku simpanan untuk skuad utama buat pertama kalinya selepas Almunia dan Fabianski mengalami kecederaan.. Pada musim 2009/2010 Szczesny lebih kerap berada di bangku simpanan hasil kecederaan Almunia dan Fabianski..

Szczesny membuat debutnya bersama skuad utama Arsenal di Piala Carling sewaktu menentang West Brom di mana dia membuat debut yang sempurna dengan memastikan gawangnya tidak dibocori pada perlawanan tersebut.. Namun selepas itu dia mula disisihkan akibat kembalinya Almunia dan Fabianski ke dalam skuad utama..

Pada 20 November 2009.. Szczesny menyertai pasukan bergelut liga satu England, Brentford secara pinjaman sehingga 31 Mei 2010.. Szczesny menampilkan aksi cemerlang bersama Brentfor untuk membantu Brentford menjauhi zon penyingkiran.. Pada kemunculan kelimanya bersama Brentford, Szczesny dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang Leeds United..

Wenger mengakui yang dia dan staf kejurulatihan Arsenal mempunyai harapan yang cukup tinggi kepada Szczesny.. Wenger yakin suatu hari nanti Szczesny akan menjadi penyarung jersi no. 1 Arsenal.. Dan Szczesny juga meluahkan keyakinannya baru-baru ini yang dia mampu menyelesaikan masalah penjaga gol yang dialami Arsenal sekarang..

Namun Wenger mungkin akan membiarkan Szczesny mengutip lebih banyak pengalaman lagi sebelum dia betul-betul bersedia menyarung jersi no.1 Arsenal walaupun Szczesny telah meluahkan kesediannya untuk menjadi penjaga gol no.1 Arsenal musim depan.. Dan jika Wenger akan meminjamkannya lagi Brentford muncul pasukan pertama yang bersedia mendapatkan khidmatnya semula..

Namun bagi Atikah.. Agak bagus jika Szczesny diberikan pengalaman liga perdana sebelum dia diserahkan jersi no.1 Arsenal.. Kerana perbezaannya cukup ketara sebagai penjaga gol liga satu England dan liga perdana.. Kerana penyerang liga perdana lebih baik dari liga satu..

Satu fakta penting ialah, Szcesny pada November tahun lepas membuat debutnya bersama skuad utama Poland dan beraksi selama 46 minit selepas mengantikan Tomasz Kuszczak iaitu penjaga gol no.2 Manchester United..

Satu fakta menarik tentang Wojciech Szczesny ialah ayahnya juga merupakan seorang penjaga gol antarabangsa Poland iaitu Maciej Szczesny yang kini merupakan pengulas sukan.. Adios!!
Read More

Injury Update

Alexander Song dijangka akan kembali menguatkan skuad Arsenal semasa menentang Man. City esok.. Namun ianya banyak bergantung dengan keputusan ujian kecergasan yang akan dilalui Song pada hari ini..

Andrei Arshavin berharap akan kembali untuk perlawanan esok selepas mengalami kecederaan betis.. Namun Wenger dan staf perubatan Arsenal memberikan lampu merah untuk kepulangan semula Arshavin esok..

Manuel Almunia juga disahkan Wenger akan terlepas aksi esok selepas masih gagal pulih dari kecederaan pergelangan tangan yang di alaminya minggu lepas.. Wenger dijangka akan menurunkan Lukasz Fabianski di gawang Arsenal pada perlawanan esok..

Denilson juga akan diketepikan selepas masih gagal pulih dari kecederaan groin yang di alaminya.. Gallas juga masih belum pulih dari kecederaan betisnya.. Dan sudah pastinya akan terlepas aksi menentang Man. City esok..

Johan Djourou pula melalui proses pemulihannya daripada pembedahan lutut pada awal musim ini mungkin akan membuat pernampilan pertamanya musim ini jika segala-galanya berjalan lancar..

Namun Kieran Gibbs terpaksa melupakan tentang kembali semula pada musim ini selepas staf perubatan Arsenal menjangkakan yang Gibbs akan kembali cergas pada baki musim ini agak tipis berbanding Djourou.. Adios!!
Read More

News

Penjaga gol muda berbakat besar dan penjaga gol no. 1 Arsenal pada masa hadapan, Wojciech Szczesny yang menampilkan aksi memukau sepanjang tempoh pinjamannya di Brentford meluahkan keyakinannya yang dia mampu muncul penjaga gol pilihan no. 1 Arsenal musim depan..

Namun Wenger mungkin akan membiarkan Szczesny mengutip pengalaman di tempat lain lagi musim depan dengan Brentford bersedia untuk meminjam khidmat Szczesny sekali lagi musim depan selepas Szczesny banyak membantu kempen Brentford musim ini..

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Arsene Wenger juga sedang memerhatikan Rene Adler.. Adler dilaporkan bersedia menyertai Arsenal musim depan jika Bayern Leverkusen gagal menempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan..

Penjaga gol pilihan utama Atletico Madrid, David De Gea yang baru berusia 19 tahun juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.. Namun Athletico dilaporkan tidak akan menjual De Gea selepas sebelum ini menolak rundingan tentang masa depan De Gea dengan Manchester United..

Walau siapa pun penjaga gol yang akan dibeli dan siapa pun penjaga gol yang akan keluar, Arsene Wenger telah pun menjamin tempat Lukasz Fabianski musim depan.. Wenger sememangnya mempercayai Fabianski dan menegaskan yang Fabianski akan membuktikan kehebatannya seperti apa yang selalu dia katakan..

Ianya juga bagaikan satu pertanda yang sememangnya Almunia akan melangkah keluar musim panas ini dan Fabianski akan menjadi calon no.1 Wenger untuk posisi penjaga gol no. 1 Arsenal musim depan.. Dan Fabianski juga dijangka akan terus berada di gawang Arsenal hujung minggu ini menentang Man. City..

Marouane Chamakh juga semakin hampir ke Arsenal sebaik tamat musim ini dengan Nasri memulakan dahulu kehadiran Chamakh selepas Nasri memberikan penjelasan yang dia gembira untuk beraksi bersama Chamakh yang tidak berputus asa dan Nasri yakin Chamakh akan mudah menyesuaikan diri di Arsenal..

Sementara itu penyerang Wigan, Hugo Rodallega dijangkan menolak tawaran perpindahan ke Arsenal selepas spy Atikah mendedahkan yang dia lebih gembira untuk kekal bersama Wigan musim depan.. Sementara itu Mario Balotelli terus dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dengan Mourinho dilaporkan akan membuat tawaran 30 juta pound dan Balotelli untuk Fabregas..

Gabriel Agbonlahor juga terus dikaitkan dengan Arsenal.. Namun dengan Chamakh dijangka akan menyertai Arsenal, ianya mungkin tiada peluang untuk fans Arsenal melihat Agbonlahor menyertai Arsenal musim depan..

Pemain berusia 18 tahun iaitu bek kanan Scotland dijangka akan dibeli Wenger musim panas ini.. Danny Wilson merupakan pemain terbaik muda tahunan Rangers dan dianggap sebagai bek kanan yang cukup berbakat besar.. Adios!!
Read More

Clichy sah kekal musim depan

Bek kiri Arsenal, Gael Clichy yang kembali di prestasi terbaiknya sejak akhir-akhir ini sebelum ini dilaporkan bersedia untuk berhijrah ke Real Madrid mahupun Barcelona.. Namun seperti yang Atikah jangkakan yang Clichy akan kekal selepas menolak kemungkinan tersebut..

Clichy mengakui ianya satu kebanggan untuk dikaitkan dengan kelab besar.. Namun dia mahu fokus bersama Arsenal musim ini dan memenangi sesuatu di Arsenal dan mahu menghormati kontraknya yang akan berakhir 2 tahun lagi..

"It is great that these teams like Barcelona and Real Madrid are looking at me.. They are great teams as everyone knows but all I want to say is that I am focused on the end of the season.. I want to win something here.. I have two years left on my contract so it is not a question to answer.."

Sementara itu ayah Cesc Fabregas menolak khabar angin yang mengatakan dia berbincang bersama Real Madrid untuk memastikan perpindahan Fabregas ke Madrid pada musim panas ini.. Namun ayah Fabregas mendedahkan yang ianya tidak benar sama sekali..

Itu sajalah berita terkini yang berjaya Atikah dan spy Atikah cari.. Kalau ada lagi Atikah akan postkannya secepat yang mungkin.. Adios!!
Read More