23 April 2010

Injury Update

Alexander Song dijangka akan kembali menguatkan skuad Arsenal semasa menentang Man. City esok.. Namun ianya banyak bergantung dengan keputusan ujian kecergasan yang akan dilalui Song pada hari ini..

Andrei Arshavin berharap akan kembali untuk perlawanan esok selepas mengalami kecederaan betis.. Namun Wenger dan staf perubatan Arsenal memberikan lampu merah untuk kepulangan semula Arshavin esok..

Manuel Almunia juga disahkan Wenger akan terlepas aksi esok selepas masih gagal pulih dari kecederaan pergelangan tangan yang di alaminya minggu lepas.. Wenger dijangka akan menurunkan Lukasz Fabianski di gawang Arsenal pada perlawanan esok..

Denilson juga akan diketepikan selepas masih gagal pulih dari kecederaan groin yang di alaminya.. Gallas juga masih belum pulih dari kecederaan betisnya.. Dan sudah pastinya akan terlepas aksi menentang Man. City esok..

Johan Djourou pula melalui proses pemulihannya daripada pembedahan lutut pada awal musim ini mungkin akan membuat pernampilan pertamanya musim ini jika segala-galanya berjalan lancar..

Namun Kieran Gibbs terpaksa melupakan tentang kembali semula pada musim ini selepas staf perubatan Arsenal menjangkakan yang Gibbs akan kembali cergas pada baki musim ini agak tipis berbanding Djourou.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment