09 April 2010

Bendtner - Player of the Month means a lot

Nicklas Bendtener yang memenangi anugerah pemain terbaik bulanan pertama buatnya sepanjang kariernya sebagai pemain Arsenal mengakui anugerah ini cukup bermakna selepas dia diberitahu yang dia dipilih sebagai pemain terbaik bulan Mac oleh peminat mengatasi kapten pasukan Cesc Fabregas..

"It is the first time I have won it so I am happy about that.. It is good that you can win prizes like this.. It means a lot, especially when the fans vote.. I am very happy with that.." Tahniah Bendtner kerana anda memang berhak menerimanya selepas menampilkan aksi cemerlang sepanjang bulan Mac..

Perhatian.. Kepada semua peminat Arsenal.. Perlawanan menentang Tottenham hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan selepas Tottenham terpaksa beraksi di peringkat separuh akhir Piala FA.. Perlawanan ini akan diadakan pada 14 April yang diadakan di White Hart Lane..

Ini bermakna akan adanya peluang untuk Van Persie mengetuai pasukan semasa menentang Tottenham minggu depan selepas physio Arsenal mengesahkan yang Van Persie akan kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan dalam masa terdekat ini..

Namun mungkin Van Persie akan beraksi sebagai pemain gantian jika mengambil kira bertapa lamanya Van Persie terpaksa disisihkan selepas menjalani pembedahan di buku lali kirinya selepas ligamen buku lali kirinya terkoyak.. Adios!!

1 comments:

kyo_9 said...

owh.. xde match Arsenal la minggu nih..
aiseh~

10.4.10

Post a Comment