08 April 2010

Pemain harapan untuk julang EPL

Mampukah Arsenal menjulang satu-satunya trofi yang Arsenal masih bersaing iaitu trofi BPL pada hari terakhir perlawanan.. Kali terakhir Arsenal menjulangnya ialah pada musim 2003/2004 di mana Arsenal tidak tewas sepanjang musi tersebut..

Kita perlu mengunakan segala kelebihan yang kita ada untuk menjulang trofi ini musim ini dengan mengambil peluang setiap kesilapan yang akan dilakukan MU dan Chelsea.. Dengan MU kehilangan pengempur utamanya kita mungkin boleh menjangkakan mereka akan tercicir beberapa mata..

Dengan aksi turun naik Chelsea dan juga hakikat mereka masih belum bertemu Liverpool boleh memberikan kelebihan kepada Arsenal namun dengan syarat Arsenal menang kesemua baki perlawanan dan mengharapkan Chelsea dan MU tercicir beberapa mata..

Dalam artikel ini Atikah nak senaraikan beberapa pemain yang Atikah jangka menjadi tonggak utama Arsenal untuk menjulang trofi EPL ini tanpa nadi utama dan kapten pasukan Cesc Fabregas yang dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini..

Atikah sebenarnya teragak-agak untuk menyenaraikan Almunia kerana aksi turun naik yang dipamerkan kapten pasukan sementara ini.. Namun jika Almunia di prestasi terbaiknya jelas sekali Arsenal akan banyak bergantung harap pada Almunia.. Harap-harap dia mampu beraksi cemerlang sepanjang baki musim ini..

Thomas Vermaelen juga mampu menjadi salah satu faktor Arsenal mampu menjulang trofi EPL musim ini selepas menampilkan aksi yang cukup konsisten pada setiap perlawanan.. Jika Vermaelen terus konsisten sudah semestinya Arsenal mampu memenangi EPL musim ini..

Pemain yang diakui paling meningkat naik sepanjang musim iaitu Alexander Song sudah semestinya menjadi salah seorang tonggak yang cukup penting untuk Arsenal.. Namun jika Song berjaya mengelakkan kecederaan tidak mustahil Arsenal mampu menjulang trofi EPL..

Samir Nasri.. Nasri mengambil alih tugas yang sering dilakukan Cesc Fabregas sebelum ini.. Jika Nasri terus konsisten tidak mustahil ketiadaan Fabregas tidak akan dirasai dan seterusnya Arsenal menjulang trofi EPL..

Nicklas Bendtner.. Bendtner sebenarnya banyak kali membantu kempen Arsenal di EPL berbanding dalam saingan lain.. Harap-harap Bendtner akan terus menjaringkan gol-gol penting untuk Arsenal dan seterusnya membantu Arsenal memenangi kejuaraan liga..

Sagna dan Eboue muncul pemain seterusnya dalam senarai Atikah dengan Sagna terbukti konsisten sepanjang musim bersama Arsenal dan aksi cemerlang Eboue sejak akhir-akhir ini mungkin mampu membantu Arsenal menjulang trofi EPL..

Theo Walcott terbukti semakin memberikan impak kepada Arsenal musim ini pastinya mampu memberikan sesuatu dalam misi sukar menjulang trofi EPL musim ini.. Dengan Clichy sering menampilkan aksi cemerlang sudah semestinya Clichy muncul sebagai tonggak utama Arsenal untuk menjulang trofi EPL..

Untuk tonggak yang masih dalam proses pemulihan dan dijangka kembali sebelum tamat musim ini seperti Gallas dan Arshavin juga mampu memberikan sesuatu jika mereka berjaya kembali sebelum tamatnya musim ini..

Kehadiran semula RVP pada pertengahan bulan April bukan sahaja akan merampas armband dari Almunia namun kehadirannya dijangka akan menguatkan semula pasukan jika Van Persie berjaya kembali di aksi terbaiknya selepas pulih dari kecederaan..

Itu sajalah senarai pemain tonggak pilihan Atikah.. Oppsss.. Lupa Abou Diaby dan Denilson juga mampu memberikan sesuatu jika mereka terus menampilkan aksi cemerlang untuk Arsenal.. Atikah rasa itu sajalah.. Kalau ada lagi tolong beritahu Atikah dan Atikah akan tengok jika ianya sesuai.. Adios!!

P/S : Atikah terfikir kalau sesuai x letakkan nama Tomas Rosicky dan Eduardo dalam senarai ini.. Kedua-duanya masih menampilkan aksi di bawah tahap sebenar mereka.. Rasanya x sesuai kut..

0 comments:

Post a Comment