17 April 2010

Almunia future in doubt


Aksi turun naik Manuel Almunia sepanjang musim ini menyaksikan dirinya dikritik hebat fans Arsenal yang mula menyayanginya selepas menampilkan aksi cemerlang sepanjang musim lepas untuk memastikan Arsenal terus berada di top 4.. Namun aksi kurang konsisten darinya musim ini menyaksikan Arsenal kehilangan beberapa mata penting..

Wenger cuba untuk mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan kepada media tentang masa hadapan para penjaga golnya.. Namun buat masa ini, ianya dilihat Mannone dan Szczesny saja yang masa depan mereka terjamin berbanding Fabianski dan yang paling dalam tekanan, Almunia..

Dengan Wenger mengakui Manuel Almunia tidak akan menjadi penjaga gol utama Arsenal buat masa yang lama.. Ianya menguatkan lagi spekulasi yang Almunia akan dijual.. "I never said that he [Almunia] will be my long-term No 1.. I think he is a great goalkeeper and he is in competition with Fabianski.."

Namun Wenger mungkin akan membuat post mortem tentang aksi para penjaga golnya sebelum sebarang keputusan akan dibuat.. Namun jika penjaga gol yang akan datang, ada 3 penjaga gol yang mungkin akan ke Emirates Stadium musim panas ini..

Penjaga gol Lazio yang akan berusia 24 tahun Jun ini iaitu Fernando Muslera merupakan penjaga gol yang dikhabarkan akan menyertai Arsenal.. Namun penjaga gol kelahiran Uruguay ini dilaporkan tidak akan ke mana-mana selepas Lazio menolak tawaran dari Arsenal untuk mendapatkan Muslera..

Namun jika Wenger terdesak untuk mendapatkannya.. Mungkin Arsenal akan menawarkan tawaran yang gagal ditolak oleh Lazio mahupun Muslera sendiri.. Namun ianya agak tipis apabila spy Atikah melaporkan yang Muslera bersedia untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama Lazio..

Penjaga gol no. 1 Perancis dan Olympique Lyon ini iaitu Hugo Lloris sering dikaitkan dengan Arsenal selepas Wenger mengakui kagum dengan bakat Lloris.. Dengan hakikat ramai pemain Arsenal dari Perancis ianya mengukuhkan lagi segala spekulasi ini.. Lloris yang akan berusia 24 tahun Disember ini merupakan penjaga gol terbaik Liga Perancis musim lepas..

Jika Lloris mampu beraksi cemerlang dan mungkin membantu Lyon layak ke final Champions League.. Harganya pasti akan meningkat.. Namun Wenger yang sedar tentang kenyataan itu mengakui yang tidak mungkin Lloris akan dijual musim panas ini.. Namun segalanya boleh berlaku..

Penjaga gol no.1 Schalke 04, Manuel Neuer pemain kelahiran Jerman ini dilaporkan spy Atikah sedang diperhatikan Wenger.. Namun masih belum ada khabar yang Wenger akan membuat sebarang tawaran kepada Schalke untuk khidmat Neuer.. Neuer yang berusia 24 tahun ini berpeluang untuk menjadi penjaga gol utama Jerman di Afrika Selatan nanti selepas aksi kurang konsisten dari Robert Adler..

Itulah senarai penjaga gol muda yang dikelaskan terbaik di dunia yang mungkin menjadi pilihan Wenger di posisi nombor satu Arsenal musim hadapan.. Namun ramai blogger yang Atikah temu ramah mengakui yang agak sukar untuk melihat kelibat penjaga gol baru untuk Arsenal musim depan.. Atikah sendiri mengakuinya.. Adios!!

1 comments:

Firestarter said...

sian Almunia..
tp nk wat cmne..x konsisten
klau dpt Hugo Lloris gempak arr
Manuel Neuer pon bgos gak..
klau bole biarla amek keeper yg main utk negara
byk sket experience
amek keeper england pon ok (Joe Hart,Robert Green)
keeper england mst dri Arsenal cm Seaman dlu..

17.4.10

Post a Comment