22 April 2010

News

Penjaga gol muda berbakat besar dan penjaga gol no. 1 Arsenal pada masa hadapan, Wojciech Szczesny yang menampilkan aksi memukau sepanjang tempoh pinjamannya di Brentford meluahkan keyakinannya yang dia mampu muncul penjaga gol pilihan no. 1 Arsenal musim depan..

Namun Wenger mungkin akan membiarkan Szczesny mengutip pengalaman di tempat lain lagi musim depan dengan Brentford bersedia untuk meminjam khidmat Szczesny sekali lagi musim depan selepas Szczesny banyak membantu kempen Brentford musim ini..

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Arsene Wenger juga sedang memerhatikan Rene Adler.. Adler dilaporkan bersedia menyertai Arsenal musim depan jika Bayern Leverkusen gagal menempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan..

Penjaga gol pilihan utama Atletico Madrid, David De Gea yang baru berusia 19 tahun juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.. Namun Athletico dilaporkan tidak akan menjual De Gea selepas sebelum ini menolak rundingan tentang masa depan De Gea dengan Manchester United..

Walau siapa pun penjaga gol yang akan dibeli dan siapa pun penjaga gol yang akan keluar, Arsene Wenger telah pun menjamin tempat Lukasz Fabianski musim depan.. Wenger sememangnya mempercayai Fabianski dan menegaskan yang Fabianski akan membuktikan kehebatannya seperti apa yang selalu dia katakan..

Ianya juga bagaikan satu pertanda yang sememangnya Almunia akan melangkah keluar musim panas ini dan Fabianski akan menjadi calon no.1 Wenger untuk posisi penjaga gol no. 1 Arsenal musim depan.. Dan Fabianski juga dijangka akan terus berada di gawang Arsenal hujung minggu ini menentang Man. City..

Marouane Chamakh juga semakin hampir ke Arsenal sebaik tamat musim ini dengan Nasri memulakan dahulu kehadiran Chamakh selepas Nasri memberikan penjelasan yang dia gembira untuk beraksi bersama Chamakh yang tidak berputus asa dan Nasri yakin Chamakh akan mudah menyesuaikan diri di Arsenal..

Sementara itu penyerang Wigan, Hugo Rodallega dijangkan menolak tawaran perpindahan ke Arsenal selepas spy Atikah mendedahkan yang dia lebih gembira untuk kekal bersama Wigan musim depan.. Sementara itu Mario Balotelli terus dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dengan Mourinho dilaporkan akan membuat tawaran 30 juta pound dan Balotelli untuk Fabregas..

Gabriel Agbonlahor juga terus dikaitkan dengan Arsenal.. Namun dengan Chamakh dijangka akan menyertai Arsenal, ianya mungkin tiada peluang untuk fans Arsenal melihat Agbonlahor menyertai Arsenal musim depan..

Pemain berusia 18 tahun iaitu bek kanan Scotland dijangka akan dibeli Wenger musim panas ini.. Danny Wilson merupakan pemain terbaik muda tahunan Rangers dan dianggap sebagai bek kanan yang cukup berbakat besar.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment