04 April 2010

Bendtner muncul hero lagi

Arsene Wenger membuat 7 perubahan dari skuad yang seri menentang Barcelona 3 hari lalu dengan Fabregas, Arshavin dan Gallas mengalami kecederaan sementara Clichy, Nasri, Bendtner dan Diaby berada di bangku simpanan..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----VERMAELEN-----SILVSTRE
DENILSON-----SONG-----EBOUE
WALCOTT----EDUARDO-----ROSICKY

Arsenal memulakan separuh masa pertama dengan cemerlang dengan diinspirasikan oleh Theo Walcott yang kembali di prestasi terbaiknya.. Namun gagal menjaringkan sebarang gol hasil dari ketangkasan penjaga gol berusia 37 tahun Wolves..

Pada separuh masa kedua.. Kapten pasukan Wolves dilayangkan kad merah selepas mengasari Tomas Rosicky dari belakang.. Dengan kemasukan Bendtner, Nasri dan Vela untuk mengantikan Eboue, Song dan Eduardo, Arsenal masih gagal menjaringkan gol pada masa sebenar perlawanan selepas penjaga gol Wolves terus beraksi cemerlang..

Namun seperti yang Atikah jangka dan yakin yang penjaga gol Wolves x akan boleh selamanya menyelamatkan gawangnya dari dibocori.. Hasil asakan demi asakan Arsenal akhirnya memperoleh gol kemenangan pada masa kecederaan dengan Bendtner sekali lagi muncul hero..

Hantaran cantik oleh Sagna tepat menuju kepala Bendtner sebelum Bendtner mengunakan kelebihannya dengan menanduk padu bola tersebut melepasi Hahnemann.. Gol tersebut mengesahkan 3 mata penuh dikutip Arsenal untuk meneruskan persaingan merebut kejuaran 3 penjuru..

Ini merupakan gol kesepuluh Bendtner musim ini selepas memulakan musim dengan hambar.. Bendtner kini ditangga ketiga penjaring terbanyak Arsenal dibelakang Fabregas yang menyumbat 19 gol dan Arshavin 11 gol..

Bendtner sudah pastinya dijulang atas gol kemenangannya ini.. Dengan Eboue mengangkat Bendtner sebaik sahaja tamat perlawanan.. Atikah cuba cari gambar tu tapi x ada pulak.. Tapi sapa yang tengok semalam mesti perasan insiden tu..

Arsenal kini hanya ketinggalan 3 mata dibelakang Chelsea yang menumpaskan MU 2-1 dan 1 mata dibelakang MU dengan hanya 5 perlawanan lagi tinggal.. Arsenal perlukan tuah jika mahu melihat kapten Arsenal menjulang trofi kejuaraan liga dengan syarat menang kesemua baki perlawanan dan berharap MU dan Chelsea keciciran mata.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment