01 April 2010

Impak Theo Walcott

Arsenal mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Barcelona dalam perlawanan yang cukup menarik.. Namun berita buruk buat peminat Arsenal apabila Arshavin, Gallas dan kapten pasukan mengalami kecederaan dengan dilaporkan Fabregas mungkin telah meretakkan tulang kakinya.. Namun Atikah akan laporkannya kemudian..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Walau apa pun keputusan x-ray kaki Fabregas.. Dia awal-awal lagi terpaksa disisihkan pada perlawanan kedua minggu depan selepas mengutip kad kuning ketiga.. Fabregas jelas kecewa sehinggakan dia sanggup beraksi dalam kesakitan..

Namun pada minit ke-46 dan 56 Arsenal ketinggalan 2-0 kedua-duanya hasil gol oleh Zlatan Ibrahimovic.. Bayangan tewasnya Arsenal mungkin sudah mula membayangi fikiran peminat Arsenal namun keputusan bijak Wenger mengeluarkan Sagna dan membawa masuk Walcott pada minit ke-63 cukup berkesan..

3 minit selepas itu, Theo Walcott yang menerima hantaran cantik Bendtner sebelum dia memperdayakan Maxwell dan terus melepaskan rembatan yang gagal ditangkap kemas Valdes.. Ianya terus menyalakan semula harapan Arsenal.. Walcott jelas memberikan impak yang positif sejak kemasukannya..

Cubaan demi percubaan Arsenal selepas itu membuahkan hasil selepas Fabregas dijatuhkan di dalam kotak penalti.. Fabregas dengan tenangnya menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal menentang kelab remajanya.. Namun sejurus selepas itu kesakitan di kakinya jelas terasa..

Seperti yang anda tahu kecederaan Fabregas sebenarnya berpunca dari terjahan yang cukup keras oleh Craig Gardner minggu lepas.. Perkara yang paling ditakutkan Atikah sekarang ini ialah jika dia telah pun meretakkan kakinya kerana terus bermain dalam kesakitan semasa menentang Barcelona dan Birmingham minggu lepas..

Masih belum ada kepastian dengan tahap kecederaannya.. Tapi apa yang pasti dia akan terlepas aksi hujung minggu ini dan pertengahan minggu depan semasa menentang Wolverhampton dan Barcelona..

Andrei Arshavin disahkan mengalami kecederaan betis sehingga Wenger terpaksa membawanya keluar seawal minit ke-27.. Namun masih belum ada sebarang pengesahan bila Arshavin akan kembali beraksi..

William Gallas yang dirisikokan Wenger beraksi awal pagi tadi dijangka mungkin terlepas aksi sepanjang musim ini selepas kembali mengalami kecederaan betis.. Jelas kehilangan Gallas pada separuh masa kedua cukup dirasai sehinggakan tercipta 2 gol Ibrahimovic.. Apa-apa pun Atikah ucapkan Get Well Soon kepada Fabregas, Arshavin dan juga Gallas.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment