From zero to hero

Jika sebelum ini tiada harapan boleh diletakkan kepadanya kerana dia jelas sekali bergelut untuk menyempurnakannya.. Namun kali ini dia semakin matang dan semakin tajam di hadapan pintu gol sejak melepaskan 6 peluang semasa menentang Burnley lebih kurang 3 minggu lepas..
Bendtner meledakkan hatrik pertama dalam kariernya dan yang pertama di Emirates Stadium hanya beberapa hari selepas melepaskan double hatrik.. Sejak itu dia tidak lagi pandang ke belakang dan terus muncul hero Arsenal untuk meledakkan gol kemenangan Arsenal semasa menentang Hull City dan Wolves..

Pada musim 2007/2008 dia mula mengukuhkan kedudukannya sebagai super sub Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan selepas 3.8 saat berada di atas padang semasa dia menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Tottenham..

Namun semasa musim lepas hampir tamat.. Bendtner bagaikan mula hilang punca.. Wenger meletakkannya di posisi sayap sehingga dia kerap menampilkan aksi turun naik.. Dia mula menjadi pemain yang di benci peminat Arsenal..
Permulaan musim ini juga tidak lain.. Bendtner gagal menjaringkan banyak gol dan selepas itu mengalami kecederaan dan menjalani pembedahan hernia dan disisihkan selama 3 bulan.. Dengan kecederaan jangka panjang Van Persie.. Fan Arsenal tiada pilihan lain melainkan meletakkan harapan kepadanya semasa dia kembali beraksi..
Bendtner memerlukan beberapa perlawanan sebelum mula mencipta impak.. Pada bulan Februari di mana dia kembali selepas berehat 3 bulan.. Dia menjaringkan 2 gol dalam 5 perlawanan.. Namun bulan 3lah menyaksikan kebangkitan pemain yang bernama Nicklas Bendtner..



Selepas Theo Walcott bagaikan mencuri takhtanya sebagai super sub Arsenal Bendtner membuktikan dialah super sub Arsenal yang sebenarnya semalam.. Bendtner menanduk padu melepasi Hahnemann untuk gol kemenangan Arsenal dan terus berada di saingan kejuaraan liga..
Adakah Bendtner mampu meneruskannya semasa Arsenal pastinya bergantung harap kepadanya semasa menentang Barcelona nanti?? Atikah harap dia mampu muncul hero Arsenal.. Kerana dia mempunyai kualiti tersebut.. Dan terdapat juga andaian yang Bendtner akan mengambil alih tugas Fabregas untuk membawa Arsenal menjulang kejuaraan liga..
Ianya tidak mustahil jika Bendtner meneruskan aksi sebegini.. Namun bantuan daripada pemain lain juga diperlukan jika mahu Arsenal menamatkan kemarau 4 musim tanpa sebarang kejuaraan.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment