18 April 2010

Pre Match : Arsenal VS Wigan

Malam ini Arsenal akan menentang Wigan dengan misi mesti menang selepas Tottenham memberikan kita sedikit peluang untuk kembali mengejar Chelsea yang tewas semalam.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 8.25 malam ini..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----SILVESTRE-----CLICHY
NASRI-----DENILSON-----DIABY
ROSICKY-----BENDTNER-----VAN PERSIE

Jika Sol Campbell gagal cergas malam ini.. Ianya mungkin bermakna Sagna akan beraksi sebagai pertahanan tengah dan Eboue akan masuk untuk mengisi tempat di posisi bek kanan.. Jika Denilson gagal pulih.. Ianya mungkin akan menyaksikan Walcott akan mengisi tempatnya.. Dan Van Persie pula akan diperiksa sebelum disahkan berada di kesebelasan utama..

Sementara itu Wenger mengatakan yang kedudukan kewangan Arsenal cukup baik sehinggakan boleh untuk mengambil alih Chelsea.. Dan Wenger mengakui dia kini mempunyai wang yang cukup untuk membawa pemain kesukaannya ke Emirates Stadium..

Adakah ini bermakna Wenger bersedia memecahkan tabung pada pintu perpindahan kali ini?? Hmm.. Atikah pun x tahu.. Tetapi Wenger sudah mengesahkan akan kemungkinan perpindahan secara percuma Chamakh ke Emirates Stadium..

Namun Wenger menegaskan yang segala perjanjian tersebut akan didedahkan sebaik sahaja tamat musim ini.. Jadi ianya bermaksud segala dakwaan yang Chamakh menolak Liverpool untuk Arsenal nampaknya semakin benar.. Terutama sekali Chamakh telah menegaskan pilihan utamanya ialah Liga Perdana dan kelab yang mahu dia wakili ialah Arsenal..So Atikah x sabar nak ucapkan selamat datang kepada Chamakh.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment