18 April 2010

Badi Birthday Fabianski

Wigan bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk melenyapkan terus impian Arsenal untuk menjulang kejuaraan liga selepas tewas 3-2.. Bantuan yang diberikan oleh Spurs semalam gagal dipergunakan oleh Arsenal.. Namun kekalahan ini langsung Atikah x tundingkan kepada mana-mana pemain Arsenal pun..

Kerana kesemuanya beraksi cemerlang kecuali Arsene Wenger.. Dengan Van Persie kembali ke dalam pasukan, Wenger membuat keputusan untuk menyimpannya semasa menentang Wigan sehinggalan Wigan menyamakan kedudukan.. Dalam masa lebih kurang 4 minit apa yang boleh dilakukan RVP?? Ianya ternyata menjadi punca utama Arsenal tewas tadi..

Lukasz Fabianski menyambut hari jadinya buat 2 tahun berturut-turut dengan kekalahan.. Ianya cukup malang untuk Fabianski yang genap berusia 25 tahun semasa perlawanan ini selepas Almunia mengalami kecederaan pergelangan tangan.. Namun kekalahan ini bukanlah kesalahan Fabianski..

Pada second half Fabianski menampilkan aksi yang cukup menyakinkan dari pada first half.. Namun gol pertama masuk disebabkan pergerakannya dihalang oleh pemain Wigan semasa Ben Watson merembat ke gawang gol.. Untuk gol kedua pula dia cukup tidak bernasib baik selepas bola tersebut melarikan diri darinya..

Untuk gol kemenangan Wigan.. Tiada apa yang boleh dilakukan Fabianski mahupun penjaga gol terbaik dunia sekali pun kerana rembatan tersebut cukup cantik dan tiang memainkan peranan untuk gol tersebut..

Jelas sekali Fabianski kecewa.. Siapa yang akan bergembira jika pasukannya tewas semasa hari jadinya.. Atikah yakin dia akan mempersalahkan dirinya atas kemenangan Wigan.. Namun jelas sekali 100% kekalahan tersebut bukan berpunca darinya.. Ianya kerana kesilapan taktikal Wenger..

Wenger jelas terlalu yakin sehinggakan membiarkan Van Persie berseorangan warm up dengan Eboue dan Merida di bawa masuk semasa Wigan menjaringkan satu gol.. Dan jelas sekali keputusan untuk tidak membawa masuk RVP lebih awal memakan diri sendiri..

Atikah nak tegaskan.. Atikah bukannya memback up Fabianski.. Namun itulah hakikatnya.. Bagi Atikah Fabianski beraksi cemerlang namun nasib tidak memihak kepadanya terutama sekali semasa gol penyamaan.. Namun jika Van Persie di bawa masuk lebih awal.. Keputusannya mungkin akan berlainan..

Ianya juga satu permulaan yang cukup mengecewakan untuk Sol Campbell yang kembali memakai armband Arsenal sejak tahun 2006.. Campbell yang mungkin akan dilanjutkan kontraknya masih gagal memastikan Arsenal menang dengan setakat ketiadaan Fabregas, Arsenal tewas 3 perlawanan dari 4 perlawanan.. Dengan 3 perlawanan berturut-turut tewas..

Ditambah pula dengan pengadil yang cukup menyakitkan hati.. Pengadil berusia 38 tahun ini sememangnya tidak layak mengadili perlawanan Liga Perdana.. Sememangnya pengadil ini pernah membuat banyak keputusan yang cukup kontroversi sehinggakan ada yang mengatakan sebegini..

'Is a notorious fucking cunt who robs teams of victories.. If one player jumps on another, you must give the decision against the guy who rugbytackled the other guy, not the guy who was fouled.. Also if a ball comes off a defender and goes behind the line the referee should award the attacking team a corner, not smugly point for a goal kick.. Fuck you Mason you conceited fucking imbecile..'

Wenger sendiri mengakui yang kekalahan perlawanan ini bukannya berpunca kerana penjaga gol.. Ianya sebenarnya kerana tahap disiplin pemain Arsenal dan tidak fokus.. Itulah respon dari Arsene Wenger..

Atikah pun x tahu nak cakap apa lagi.. Sejujurnya Atikah salahkan Wenger atas kekalahan ini.. Dan Atikah sebenarnya berpuas hati dengan aksi birthday boy kita, Fabianski yang cukup tidak bernasib baik walaupun berjaya menampilkan aksi yang menyakinkan..

Namun kekecewaan ini berjaya diubati sedikit skuad Arsenal Ladies yang kini mendahului saingan liga selepas menundukkan pendahulu Leeds 1-0 terima kasih kepada jaringan pemain sayap England, Rachel Yankey..

Dengan Emma Byrne terus menampilkan aksi cemerlang menyelamatkan Arsenal Ladies dari percubaan demi percubaan dari pemain Leeds untuk muncul role model terbaik Atikah pada hari selasa ini semasa Atikah akan menyarung jersi no.1 skuad bola baling U-18 sekolah Atikah..

Arsenal Ladies kini mendahului liga dengan kelebihan 2 mata dengan ada 2 dan 4 perlawanan dalam tangan (dihadapan Leeds dan Chelsea).. Dengan skuad simpanan dan pasukan utama lelaki semakin pudar peluang menjuarai kejuaraan liga musim ini.. Arsenal Ladies sekali lagi muncul penyelamat untuk mengubati sedikit kekecewaan fans Arsenal..

Jadi tahniah kepada skuad Arsenal Ladies dan harap-harap musim depan skuad lelaki Arsenal akan mengikut jejak langkah skuad Arsenal Ladies yang muncul pasukan terbaik dan pasukan paling digeruni di England.. Adios!!

7 comments:

Anonymous said...

aku bapak bengang dow ngan game tadi.. mule2 ok r 2-0..pastu kne kejar blk..aku depan tv dh mencarot carot r..parent aku smua dgr..yang bebal sgt x g masok RVP awal2 apehal? Ingat arsenal punye defend kuar sgt ke? Nk harapkan bentdner gol mmg harapan dunia akhirat r..Pompey pon boleh kalahkan Spurs, knp diowg xjdkn bnd tu satu pengajaran ea? aku sokong ko, fabianski hebat! cme luck die kureng baik..xpe arsenal, next season kte cipta satu team invicible mcm time henry dulu..itu pon kalo wenger beli player yg berkualiti mase musim panas nnt..

19.4.10
kareem said...

pegi mampos sama fabianski...Die antara kambing hitam mlm td..Tak kesahla die main bagus ke tp kalau nak hold bola pun xbole...berentila jadik keeper...Gol kedua mmg salah celaka ni...Tp mlm ni bukan salah die sorg jek..wenger pun sama sial..

pendek kate, fabianski boleh main di liga poland saja...byebye season depan budak...

P/S-no offense to atikah ok?

19.4.10
TokiDoki said...

sepatutnye gol kedua tuh boleh ditumbuk...
boleh lak dia nak tangkap pastu terlepas..
giler seh marah aku malam tadi...

19.4.10
atikah said...

woi.. kalau tuhan ckp bola tu akn terlepas bola tu ttp akn terlepas walau apa pun cara fabianski buat.. itu takdir.. Allah nak kita tunggu lagi utk tgk arsenal julang piala.. mungkin ada hikmah disebalik segala cerita spnjg musim ini..

19.4.10
kareem said...

ohh...takdir?

xperlulah kita berlatih gigih kerana nnti takdir yg menentukan...mcm tu?

Apa guna fabianski training?apa guna die blatih 8 jam sehari jika bola xbole ditangkap?..baik pegi mkn nasik..

No offense ok?

19.4.10
atikah said...

kareem.. walau mcm mana pun kita berlatih.. mcm mana pun kita buat.. kalau tuhan kata bola tu ttp masuk kita nk buat mcm mana.. inilah.. asyik2 fikir yg negatif.. x cuba langsung nak fahami apa yg atikah cuba maksudkan..

atikah jadi keeper bola baling.. atikah berlatih tiap2 hari.. injured pun gi berlatih gak.. tapi bola ttp masuk walau mcm mana pun atikah try nak selamatkan.. dh tuhan kata bola tu masuk so ianya akn ttp masuk walau pun ada 10 keeper sekali pun..

dah fabianski nasib dia x baik waktu tu.. malang pula dh rezeki bramble nak bagi masuk bola tu.. so kita nk buat apa.. sabar jelah..

19.4.10
THEo WALLcott said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment