03 April 2010

Segalanya berjalan lancar untuk Ramsey

Aaron Ramsey terus memberikan respon positif terhadap kecederaan teruknya bulan lepas apabila proses pemulihannya berjalan dengan lancar.. Ramsey mengesahkan yang dia akan pergi bercuti di Dubai minggu ini sebelum staf perubatan Arsenal memeriksanya untuk aksi selanjutnya..

Ramsey yang mengejutkan ramai rakan sepasukannya termasuk Wenger dengan datang ke padang latihan tanpa mengunakan bantuan dari tongkat beberapa minggu lalu mula menceritakan peristiwa yang berlaku..

Ramsey mengakui yang dia mengingati kesemuanya yang berlaku.. Dia juga yakin yang Shawcross tidak bermaksud untuk mematahkan kakinya.. Namun jika dia tidak meneruskan tackle tersebut perkara ini pasti tidak akan berlaku..

Aaron Ramsey juga memberitahu berapa terharunya dia apabila menerima banyak kata-kata semangat daripada keluarga, rakan sepasukan, peminat dan malahan dari Mark Webber.. Fan dan pemain pasukan lain dan juga bekas rakan sepasukannya juga memberikan dia kata-kata semangat..

Atikah harap Ramsey boleh kembali semula sepantas yang boleh.. Fan Arsenal jelas merindui aksinya bersama Arsenal selepas menampilkan aksi cemerlang dalam musim keduanya sebagai pemain Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment