Kelebihan buat Arsenal
Arsenal terus menerus mempunyai kelebihan untuk menjulang trofi liga perdana selepas Manchester United hanya mampu seri 0-0 dengan Blackburn.. Terima kasih kepada bekas penjaga gol Tottenham Paul Robinson yang memastikan MU gagal menjarakkan terus diri mereka dengan Arsenal..Ini bermakna Arsenal hanya ketinggalan 5 mata di belakang MU dengan 1 perlawanan di dalam tangan.. Jika kita mampu menewaskan Spurs hujung minggu ini, kita hanya akan ketinggalan 2 mata di belakang MU..

Tiada lagi kesilapan yang mampu dilakukan kita jika mahu menjulang trofi EPL.. Pasukan-pasukan lain sebenarnya banyak membantu Arsenal untuk menjulang trofi EPL.. Yang terbaru Blackburn memastikan MU tidak menjarakkan diri dengan Arsenal.. Jadi gunakan kelebihan yang kita ada..
Dan siapa tahu mungkin kita boleh menjulang trofi EPL walaupun pada permulaan musim Arsenal dijangka bergelut untuk menempatkan di kalangan top 4.. Kita juga perlu memastikan kali ini kehilangan pemain tonggak tidak akan menjadi penghalang sekali lagi.. Okey di sini Atikah postkan post match Arsenal Ladies vs Everton Ladies semalam..
Arsenal Ladies memastikan 3 mata penuh menjadi milik mereka selepas menewaskan Everton 1-0.. Arsenal berada di puncak liga selepas pendahulu liga, Leeds tewas 1-0 kepada Chelsea.. Arsenal mendahului dengan kelebihan 2 mata dengan 4 perlawanan dalam tangan di hadapan Chelsea dan 1 perlawanan dalam tangan di hadapan Leeds..


Emma Byrne dan barisan pertahanan dan pemain Arsenal memastikan mereka tidak kecewa sekali lagi di Everton selepas mempertahankan gol pendahuluan untuk memastikan Arsenal Ladies mendahului carta liga.. Adios Amigos!!
0 comments:
Post a Comment