Wojciech Szczesny

Wojciech Szczesny merupakan rakan senegara Lukasz Fabianski.. Dilahirkan di Warsaw, Poland pada 18 April 1990.. Szczesny mula menjalani latihan bersama Agrykola Warszawa sebelum jurulatih penjaga gol Legia Warsaw mengambil Szczesny pada tahun 2005 untuk menyertai pasukannya yang turut disertai Fabianski..
Namun Wenger menyambar Szczesny pada tahun 2006 sebelum setahun kemudiannya menyambar Fabianski yang merupakan penjaga gol no.1 Legia Warsaw sewaktu itu.. Szczesny hanya berada bersama Legia Warsaw selama semusim sahaja.. Pada tahun 2007 iaitu setahun selepas kehadirannya, Szczesny menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal..

Pada 24 Mei 2009, di mana Mannone membuat debutnya di liga perdana menentang Stoke City pada perlawanan terakhir liga, Szczesny berada di bangku simpanan untuk skuad utama buat pertama kalinya selepas Almunia dan Fabianski mengalami kecederaan.. Pada musim 2009/2010 Szczesny lebih kerap berada di bangku simpanan hasil kecederaan Almunia dan Fabianski..


Wenger mengakui yang dia dan staf kejurulatihan Arsenal mempunyai harapan yang cukup tinggi kepada Szczesny.. Wenger yakin suatu hari nanti Szczesny akan menjadi penyarung jersi no. 1 Arsenal.. Dan Szczesny juga meluahkan keyakinannya baru-baru ini yang dia mampu menyelesaikan masalah penjaga gol yang dialami Arsenal sekarang..
Namun Wenger mungkin akan membiarkan Szczesny mengutip lebih banyak pengalaman lagi sebelum dia betul-betul bersedia menyarung jersi no.1 Arsenal walaupun Szczesny telah meluahkan kesediannya untuk menjadi penjaga gol no.1 Arsenal musim depan.. Dan jika Wenger akan meminjamkannya lagi Brentford muncul pasukan pertama yang bersedia mendapatkan khidmatnya semula..
Namun bagi Atikah.. Agak bagus jika Szczesny diberikan pengalaman liga perdana sebelum dia diserahkan jersi no.1 Arsenal.. Kerana perbezaannya cukup ketara sebagai penjaga gol liga satu England dan liga perdana.. Kerana penyerang liga perdana lebih baik dari liga satu..


0 comments:
Post a Comment